Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan ke 14 : Berbuka di Bubba Gump Shrimp




Saya baru sahaja berpindah ke rumah baru yg terletak lebih dekat jaraknya dengan pejabat.
Apa yg buat saya mengeluh ialah broadband saya langsung tiada gelombang di kawasan rumah baru saya. Maka ini membuatkan saya agak 'lumpuh' dalam mengupdate blog ini.
Tetapi, tidak mengapa saya akan cuba usahakan untuk update blog ini.

Pilihan untuk berbuka kali ini ialah di Bubba Gump Shrimp. Ini ialah kali pertama kami ke sini. Berjaya saya pujuk enche botak untuk ke sini. Yeah (jerit seronok).

::itu wajah happy saya::

Maka kami ke sini iaitu cawangan kedua Bubba Gump iaitu di The Curve, selain itu terdapat juga di Sunway Piramid. Kalau mengikut sejarah, Bubba Gump ini merupakan cetusan idea daripada sebuah filem "Forrest Gump" yg terkenal di Amerika Syarikat iaitu di mana kutipan filem ini sgt boombastic. Filem ini juga turut memenangi 6 anugerah drpd 17 anugerah yg di calonkan di Academy Award.

Sebelum ke sini, saya sudah membuat tempahan sejak dari hari Jumaat lagi kerana bimbang jika tempat sudah penuh. Dan sememangnya tepat kerana apabila kami tiba, tempat sudah penuh dan mujurlah saya sudah membuat tempahan awal.



::Enche Botak yg setia menemani saya::




Kehadiran kami di sambut mesra oleh pekerja di situ. Akan tetapi, pelayan di situ tidak fasih berbahasa Melayu. Maka, medium perantara komunikasi kami ialah di dalam English. Ini antara menu yg kami cuba pada waktu berbuka itu:

1) Shrimpers Net Catch with Cajun-spiced baramundi (a type of Australian fish, similar to Halibut) - 3/5 pound RM 29.90. 1 and 1/2 pound RM 58.90

2)"I'm Stuffed!" Shrimp RM 39.90 - Large Shrimp stuffed with Crab, baked in Garlic Butter, and Topped with Monterey Jack Cheese. Served with Jasmine Rice RM 39.90

3) Blueberry Smoothies RM 11.90

4) Mango Sparkler RM 11.90

5) dessert - Mama's Cinnamon Bread Pudding Rm 13.90

Ha. Satu yg menarik untuk di kongsi bersama di sini ialah pada yg baru kali pertama ke sini (merujuk pada diri sendiri) jika mahu pelayan ke meja anda maka sila ubah tanda di signborad meja anda. (sila rujuk gambar di bawah)


Jika anda tidak mahu pelayan mengganggu konsentrasi anda untuk melantak biarkan sahaja signboard di atas meja begini. = )


Dan keseluruhan total untuk semua ini ialah RM 160. *senyum lebar-lebar ketika melihat jumlah wang yg keluar*

Anda berminat untuk ke sini? Untuk tempahan tempat bolehla di hubungi nombor ini iaitu 03-77109862. Selamat mencuba!
Bubba Gump Shrimp
Lot 145, First Floor
The Curve
Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment