Sunday, January 30, 2011

i am Madridistas


Team kesukaan saya untuk sukan bola ialah Real Madrid. Haha. Kenapa saya suka Real Madrid?

Ini antara sebabnya:

1 - Fav player saya ialah Mesut Özil. Jejaka ini merupakan midfield untuk club Real Madrid. Saya sgt sukakan energy Özil sejak dia bermain dalam World Cup 2010 lagi. Untuk club neh, dia memakai jersi bernombor 23.






2 - skuad ini di terajui oleh Jose Mourinho dan mempunyai star player antaranya Cristiano Ronaldo (7), Gonzalo Higuan (20) dan bintang muda Angel Di Maria (22) yang posisi midfield dan Sergio Canales (16).


3 - Saya memang sukakan Özil.



Ini merupakan kasut dari Nike yg di buat sempena dengan pemain kesukaan saya ini. Wow! Exclusive with Ö trademark



dan ini juga merupakan barangan eksklusif dari Nike untuk big fan of Özil.


wah! PS3 pon ada - en.botak, hoho suda ada game ini kah?

ok. saya taw mesti ada yg komen kenapa saya banyak cakap hal Özil dari Real Madrid kan?
haha. Point utama, saya suka Real Madrid sbb Özil sahaja. Dan yang paling besh birthday Özil jatuh pada hari anniversary saya dengan en.botak. ; )

Saturday, January 29, 2011

Gong Xi Fat Cai 2011



Rabbit is the animal sign for this 2011.
Happy Chinese New Year for those who are celebrating this celebration.
Here, I post few picture that represent and must-have with the Chinese New Year celebration.






Friday, January 28, 2011

bila kesal menguasai diri

pernah ta korang rasa kesal yg amat sangat.
perasaan yang 'heret' korang atas tindak tanduk sendiri.
dan perasaan tu buat korang tanggung rasa bersalah yg amat sangat.
and hasil dari tindak tanduk tu, buat insan laen rasa kecewa.
buat insan laen rasa mcm sedih.
perasaan tu buat korg ta senang duduk.
perasaan tu buat korg at last sendiri jugak yg sedih.
dan even sudah minta maaf pon, still ta tenang.
dan korg buntu bagaimana cara untuk tebus rasa bersalah itu.
dan perasaan tu terus-terusan buat korg rasa korg yg paling teruk + don't deserve anyone pon.
oh.

realitinya perasaan itu la yg saya alami sekarang.


gambar sekadar hiasan.

Tuesday, January 25, 2011

fear of losing her







"..ibu.
engkaulah ratu hatiku.
bila ku berduka.
engkau hiburkan selalu.."








Owh. Saya ta mengerti kenapa hati saya sebak ketika menaip entri pada kali ini. Mungkin kerana ini ada kena mengena dengan kehidupan saya. Tadi, baru terima berita yang sedih tentang seorang rakan sepejabat yg mak nya baru meninggal. Tergejut sangat. Dan saya cuba bayangkan jika itu yang terjadi pada saya. (saya ta doakan dan saya sangat berharap itu tidak akan terjadi) Saya taw saya ta setabah itu. Kadangkala perkara kecil pon saya cepat ter'usik' -- tu sebab en botak gelarkan saya kememeh. Aduhai.

Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan ma. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sehat walafiat, gembira selalu dan di panjangkan umur. Saya sgt sygkan ma!



Monday, January 24, 2011

Review : Legend Water Chalet, Port Dickson



Ini merupakan entri pertama saya mengenai hotel. Review saya kali ini saya kategorikan kepada 4 perkara; lokasi, bilik penginapan, kemudahan dan khidmat pelanggan.



Lokasi:
Kalau dari KL, boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan dan jarak dalam 100km (sejam perjalanan memandu) untuk ke lokasi ini. Chalet ini terletak di pekan Lukut (lebih kurang 3.5km dari PD) Berdekatan dengan Glory Beach Resort. Di sebelah chalet ini, letaknya Legend International Water Home. Bagi saya, tidak sukar untuk mencari chalet ini kerana terdapat signboard untuk ke chalet ini banyak menolong saya. (Ye. Kereta saya tidak di lengkapi dengan GPS, maka kena cara arah dengan cara yang manual..haha)



Bilik penginapan:
Ok. Pertama kali jejak kaki ke sini, saya sangat teruja dengan suasana chalet ini. Bilik terbahagi kepada Premium Tower Seaview, Deluxe Water Chalet, Executive Water Chalet dan Premium Water Chalet. Saya memilih untuk menginap di Premium Tower Seaview. Bilik sangat cantik + cozy.. ada 2 katil dalam bilik. Di lengkapi dengan jakuzi dalam bilik. Memang sgt best. (maaf tiada gmbr jakuzi - ta sempat na shoot) Dekorasi bilik juga mmg menarik perhatian saya.










Kemudahan:
Hoho. Di sediakan kemudahan wifi di setiap bilik - speed 4Mbps ye! Jgn tanya mcm mana saya taw (da nama kerja dengan Streamyx kan..) Chalet ini juga turut ada kolam renang (yang saya kira semua hotel/chalet wajib ada kemudahan ini) dan 2 jakuzi yang terbuka (sejuk dan panas) untuk tujuan relaxation. Saya turut ternampak bilik karaoke yang berhampiran dengan kolam renang, cuma saya kurang pasti tentang harga di situ.





Khidmat Pelanggan:
Saya di sambut di kaunter check in dan check out dengan mesra. Cuma yang agak merimaskan saya ialah, ketika makan pagi di mana table sudah di tentukan. Mungkin kerana cafe agak kecil, maka terpaksa mencatu pengunjung chalet dengan menetapkan meja mana yg saya harus duduk setiap kali turun untuk makan pagi. Dan menu makanan juga tidak begitu membuatkan saya rasa lapar untuk makan.



Apa - apa pun, saya percaya ini mampu menarik perhatian anda ke sini. Review ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan sekadar mempelbagaikan pilihan kamu jika hendak bercuti ke Port Dickson. Yang penting, ini mampu release kan tension kerja saya. Yea.

Daripada 1 (terburuk) - 5 (terbaek), saya rate hotel ini dengan 4.

Saturday, January 22, 2011

buku ungu saya



Ini merupakan antara barang sentimental value saya. Isi nya sms dari en.botak yang saya salin dan simpan sejak dari tahun 2008 (tahun perkenalan saya dengan dia) Perasaan saya kerap bercampur tatkala saya baca isi kandungan buku ini. Suka duka kami. Dan saya kerap di tegur oleh beberapa insan ttg hobi pelik saya ini. haha. Tapi, saya langsung tak amek port kerana saya selesa dengan cara itu dan itu bagi saya cara tersendiri saya dalam mengabadikan kenangan peribadi.

Sunday, January 16, 2011

hadapi dengan senyuman


Saya rasa sangat sedih pada waktu ini. Perasaan syahdu yg bisa buat saya menitik air mata.
Benar. Tuhan saja tahu perasaan saya pada waktu ini.




Seandainya kau tahu
Perasaan ini
Barulah kau tahu
Apa yang ku rasa

Sekiranya dikau
Menjadi sepertiku
Bagaimanakah dikau
Menghadapinya

Mengapa mudahnya
Kau sakiti hatiku
Tanpa merasa
Belas dan kasihan
Sedangkan kau tahu
Daku menyintaimu
Lalu mengapakah
Kau sakiti hatiku

Bagaimana kiranya
Ku buat kau begitu
Tentu kau tak suka
Jangan kau ulangi... oh...

Dugaan apakah
Yang sedang melanda
Di antara kita di saat ini

Walau hati terhiris
Air mata menitis
Nemun tak pernahku
Dendam kepadamu


Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu

Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi

Friday, January 14, 2011

Review Filem : Faster


Sinopsis filem pilihan saya pada kali ini - Faster. Huhu. Saya memang belum pernah melihat trailer filem ini di panggung. Filem ini pon secara ta sengaja saya tonton atas pelawaan teman baik. Saya cuma berharap yang lakonan Dwayne Johnson (The Rock) kali ini lebih baik berbanding filem beliau sebelum ini. (Tooth Fairy dan The Game Plan)

Bukan apa, sebelum ini saya sudah beberapa kali menonton filem yang di lakonkan oleh The Rock tetapi, agak menghampakan saya. Yang turut menarik perhatian saya ialah Billy Bob Thornton (ex husband Angelina Jolie) ini kerana saya belum pernah menonton filem lakonan Billy.


Filem ini berkisar tentang kasih syg dan dendam. Driver (Dwayne) di penjarakan selama 10 tahun atas kesalahan bersubahat dalam rompakan bank. Setelah bebas keluar dari penjara, Driver membalas dendam kepada setiap yang menyebabkan kematian adiknya. Tetapi pada masa yg sama, Driver turut menjadi sasaran Killer. Killer di upah oleh seseorang untuk membunuh dan mengagalkan misi Driver.





Filem ini berkisar tentang kasih syg dan dendam. Driver (Dwayne) di penjarakan selama 10 tahun atas kesalahan bersubahat dalam rompakan bank. Setelah bebas keluar dari penjara, Driver membalas dendam kepada setiap yang menyebabkan kematian adiknya. Tetapi pada masa yg sama, Driver turut menjadi sasaran Killer. Killer di upah oleh seseorang untuk membunuh dan mengagalkan misi Driver.




Namun siapa sangka dalang di sebalik semua ini merupakan insan yang agak penting dalam filem ini. Apa-apa pun, filem ini berjaya merubah rasa kepercayaan saya kepada kebolehan The Rock. Dan filem ini mmg "keras" dengan aksi thriller nya sekeras nama The Rock.


tiket wayang itu

p/s - sgt teruja dengan skil pemanduan Driver!

Wednesday, January 12, 2011

The Tourist Review




Entri kali ini, tentang filem The Tourist. Gandingan hebat antara Angelina Jolie dan Johhny Depp. Kedua mereka ini merupakan hero dan heroin fav saya jadi, mana boleh saya lepaskan peluang menonton filem ini. Filem ini sebenarnya di tayangkan sudah lama, cuma saya ta berkesempatan untuk menontonnya. Dan macam biasa, en botak yang akan temankan saya untuk menonton wayang. ; )


Angie memegang watak sebagai Elise (agen Interpol yang undercover untuk mission menangkap Alexander Pearce sebelum ini) manakala En Depp pula sebagai Frank Tedole (guru matematik dari Amerika). Seluruh penggambaran filem ini di lakukan di Venice, Italy. Pada dasarnya filem ini mengenai jenayah money laundring. Setahu saya, filem ini ialah remake dari Anthony Zimmer yang sepatutnya di tontonkan di UK dan US pada tahun 2005.


Genre cinta tetap ada di selitkan dalam filem ini. Elise dalam filem ini bertindak untuk menyelamatkan identiti Alexander Pearce yang di kehendaki oleh pihak Interpol kerana mencuri 2 billion dollars daripada gangster Bristish. Makanya, dia menjadikan En Frank sebagai "kambing hitam" untuk misi ini. Tetapi, En Frank sudah jatuh cinta pada Elise. Malangnya En Frank tidak tahu identiti Elise yg sebenarnya.


Filem ini bagi saya, menggambarkan elemen kemewahan. Teruja apabila melihat suite di hotel Venice itu. ; ) Climax filem ini sudah dapat saya jangkakan (barangkali anda pon begitu) - akhirnya Elise akan ke En Frank juga. Bagi saya, filem ini begitu mendatar plotnya. Hurm.


Bagi peminat Angelina, pastinya mengharapkan aksi yang lebih dari filem ini, tetapi malangnya dia seolah 'hilang taring' pada kali ini. Secara peribadi, kedua mereka memang zero chemistry. Hurm. Dan sehingga ke penghujung cerita, saya masih belum nampak kelibat Alexander Pearce. Garapan kedua pelakon hebat ini lah yang membuatkan ramai ke panggung. Tetapi, filem ini ta se'gah' seperti aura kedua pelakon ini.


p/s - saya memang menyimpan angan mahu ke Venice (bandar romantik) dan saya mengenali Venice daripada game Lara Croft Tomb Raider. owh dan gondola itu sgt menarik untuk di naiki! ;)

Saturday, January 8, 2011

malaikat nyawa




bila aku tenung dia - dia senyum.
bila aku renung dia - dia gelak.
bila aku dodoikan dia - dia ketawa.

aku sentuh matanya - nampak cahaya ikhlas.
aku pegang tangannya - rasa genggaman kuat dia.
aku sentuh rambutnya - terasa saraf di kepala dia.

sumpah.
aku sayang dia dunia akhirat.