Sunday, September 25, 2011

open house Rita & Jinggo


Acara rumah terbuka seterusnya ialah di rumah Rita & Jinggo yg berlokasi Tmn Seri Rampai, Wangsa Maju.

Seperti biasa, menu utama ialah bihun sup, nasi daging, roti jala dan kari. Menurut Rita, ada satay di sediakan tetapi agak lewat kerana ada isu teknikal.





Kari yg di buat oleh Rita mmg AWESOME. Sedap yg amat. Maaf tiada gambar yg sempat saya potretkan tentang kari hebat Pn Rita itu.

Di bawah, beberapa keping gambar yg saya sempat potretkan sebagai bukti kami ke rumah terbuka Rita & Jinggo.









Pada tuan rumah, terima kasih dgn jemputan anda. Moga murah rezeki sentiasa.

open house Diana


Selesai sahaja menghadiri rumah terbuka abg Suhaimi, kami serbu rumah terbuka yg seterusnya iaitu zdiana (itu ID dia ditempat kerja kami) yg terletak di Selayang.

Pada waktu kami datang memang tiada tetamu yg lain. Hanya kami sahaja yg ada.
Menurut kata Diana, dia memang sudah bahagikan masa antara tetamu yg datang bagi mengelakkan rumah sesak dan insiden makanan habis.

Menu utama yg di hidangkan ialah lontong, mee rebus, nasi himpit dan kuah kacang.








Kami berada di rumah Diana sehingga lewat malam bagi meraikan pesta menyimbah ari kepada birthday girl - Chot. Baru kami faham kenapa Diana memilih waktu malam untuk kami datang.

:: ini lah birthday girl yg di perkatakan itu ::

Dan macam biasa, ini gambar buat tatapan kalian semua.

:: itu ex TL saya ::

:: rakan seperjuangan ::

:: saya dan Yoi ::


Hari ini merupakan hari yg kenyang yg amat untuk kami kerana ada 2 acara open house pada hari yg sama. Syukur pada rezeki Tuhan.

:: kami di gajet milik Abu ::

Moga Syawal depan, saya terima banyak lagi undangan rumah terbuka. = )

rumah terbuka abg suhaimi


Ini ialah sesi rumah terbuka yg ke empat saya kunjungi iaitu rumah abg Suhaimi yg berada di Desa Coatfield, Sg Buloh. Apa yg menarik tentang rumah terbuka abg Suhaimi ialah ini gabungan dari beberapa kawasan kejiranan abg Suhaimi iaitu hampir 13 - 14 buah rumah yg terlibat sama.

Siap ada khemah lagi yg didirikan khas sempena rumah terbuka di taman perumahan abg Suhaimi. Tetamu yg datang juga tak putus- putus.


Jadi, saya ke sini bersama teman ATT yg lain. Menu utama yg ada ialah lemang, rendang, soto, bihun sup, cakoi dan berbagai lagi.


Tapi, yg paling menarik perhatian ialah truffle yg di buat oleh isteri abg Suhaimi sendiri. Mmg sedap!

:: bukti saya sukakan truffle ini ::

Sila nikmati gambar kami yg yummy ini! (haha)










p/s - Buat abg Suhaimi, terima kasih dengan pelawaan rumah terbuka ini. moga tahun depan ada lagi jemputan rumah terbuka.

Friday, September 23, 2011

September yg sweet


Bulan saya bertukar department.
Syukur.
Dan di team baru jumlah ahlinya lebih kecil.
Cuti di rombak dan jadual seperti government walhal kerja dengan sektor swasta.
Enche Botak cakap dia suka saya ke department ini kerana cuti sabtu ahad. Hurm.
Yg penting, saya punya meja yg tetap dan bebas untuk hias meja saya sendiri. Yeah!



:: himpunan koleksi peribadi keychain saya ::

open house smfariz


Saya rasa acara rumah terbuka mmg menjadi acara wajib di bulan Syawal. Jadi, rumah terbuka yg saya hadiri untuk kali kedua ialah rumah smfariz (rakan ATT - team lama syg yg dahulu) yang diadakan pada 17 September 2011. Menu utama ialah laksa johor. Itu kali pertama saya merasa laksa johor. Di samping itu ada di sediakan roti jala.

:: laksa johor ::

:: roti jala ::


Yg menarik tentang kunjungan rumah terbuka kali ini ialah ada acara karaoke di rumah tuan empunya rumah sendiri. Alhamdulillah seronok rasanya dapat berkumpul sesama kami kerana kebanyakan daripada kami sudah berbeza department. Jadi ini di jadikan sebagai acara 'pengikat' hubungan antara kami semua. Buat tuan rumah, saya doakan semoga murah rezeki sentiasa. Terima kasih bersusah payah melayan karenah kami!

:: suri hari smfariz yg bersusah payah pada hari itu ::

:: smfariz - tuan rumah ::

:: permata hati smfariz ::

:: anak Qayyum - comel sgt! ::

:: Imin sibuk menikmati makanan ::

:: lovebirds - Kaka dan Eza ::

:: saya bersama Khairy::

:: muka sudah tembam sebab overdose makanan ::

:: fokus betul Zaim menyanyi ::

Friday, September 16, 2011

sesi rumah terbuka Pn Anna






Acara rasmi ketika bulan syawal ini semestinya acara rumah terbuka. Ini adalah rumah terbuka pertama yg saya hadiri kelolaan Pn Anna. (Ini untuk rujukan anda kalau kurang kenal siapa Pn Anna, sila rujuk entri http://lessanoorsheda.blogspot.com/2011/01/hari-cinta-termeterai-anna-shahrol.html )


Rumah terbuka ini kami hadiri pada 12 September 2011 yg lalu.
Merujuk kata Pn Anna, ini diadakan khas buat kawan sekerja Pn Anna sahaja. Wah. Terharu kami mendengarnya.

:: saya bersama dengan Chot ::

:: sedondon kale oren ::

:: ex TL saya - Enche Meor ::

:: aksi sengal Noq + Chot ::

:: Abu berposing manja ::

Antara menu utama Pn Anna ialah mee jawa. Tak lupa juga bubur pulut hitam.

:: menu untuk mee jawa ::

Alhamdulillah. Kenyang kami semua dengan makan air tangan Pn Anna.
Kalau boleh buat lagi ye tahun depan. = )

:: tuan rumah yg bersusah payah untuk kami ::