Saturday, August 27, 2011

Ramadhan 27 : Iftar di Sime Darby Convention Centre



Pada mulanya, saya berhajat untuk buffet di Corus Hotel sempena dengan berbuka dan juga sambutan hari lahir untuk Enche Botak. Tetapi, memandangkan saya kurang berkenan dengan cara pengurusan pihak hotel itu untuk membuat tempahan maka saya beralih untuk mencuba di Sime Darby Convention Centre yg terletak di Jalan Bukit Kiara, berdekatan dengan INTAN dan juga KLGC. (sila rujuk map ini - tengss pakcik Google)


Saya mula membuat tempahan pada 23/8/2011 iaitu 3 hari sebelum tibanya hari lahir Enche Botak. Panggilan saya di sambut mesra oleh kakitangan yg menguruskan acara buffet ramadhan ini seolah-olah mengalu-alukan kedatangan saya ke sini.






Yg penting, cara untuk membuat tempahan juga tidak menyusahkan saya iaitu dengan hanya memberi nama dan bilangan yg mahu hadir. Soal bayaran pula, saya di minta menjelaskan bayaran ketika datang sahaja. Mudah bukan.

:: deko dalam dewan yg menarik perhatian ::


Saya turut di fahamkan terdapat 32 warung ke 36 warung di dalam dewan ini. Dan yg paling penting, saya akan cuba untBolduk mencari buffet yg menyediakan menu kambing panggang kerana itu ialah fav Enche Botak.

:: souvenir dari pihak SDCC ::

:: Enche Botak - birthday boi ::

:: abaikan muka spastik saya ini, sekadar iklan sahaja ::

Di bawah ini, saya sertakan antara menu berbuka yg terdapat di sini. Manalah tahu ini mampu menarik perhatian anda pula untuk cuba berbuka di Sime Darby Convention Centre. Mau rambang mata masa memilih juadah. Soal bayaran pula, saya di kenakan RM 174 untuk 2 org. (harga termasuk dengan caj perkhidmatan)












:: itu yg jadi rebutan Enche Botak ::





:: memang sedap cucur durian neh ::



:: ini pula, gerai yg terdapat di luar - khas untuk goreng-gorengan ::



:: sushi pon ada taw ::

:: sushi rebutan - sampai licin di ambil org ::

:: dessert yg tersedia ::

:: fruits yg available ::

:: bonus - band yg menghiburkan para tetamu ::

Ok, dah puas tengok menu yg ada kan? Maka, ini yg kami pilih untuk juadah berbuka.

:: juadah pilihan kami ::

:: Enche Botak sudah ta sabar! ::

:: cubaan Enche Botak beraksi manja ::


Tertarik untuk mencuba? Silakan menghubungi :

1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 3089 3688

2 comments:

  1. Abg ske gile pic spastik bb.. rasa nk sedekah duit raya je.. huhu

    ReplyDelete
  2. smpi hati ckp mcm tuh.. tp ok gak na bagi duit raya. hehe

    ReplyDelete