Saturday, December 17, 2011

hadiah unggul

Alhamdulillah.

Aku bernafas lagi tatkala umurku mencecah tepat 27 tahun ini. Syukur Ya Allah. Kalau di tanya hadiah apa yg paling bermakna bagi aku untuk tahun ini, sebenarnya bukan dari hadiah fizikal yg aku dapat tapi sesuatu yg sangat berharga dan bukan semua org terpilih untuk mendapat hadiah ini. Hadiah istimewa dari Allah SWT.

Hidayah Taufiqi.

Syukur yg amat. Mungkin ini berkat dari doa ma tersyg dan abah. Sampai juga doa mereka di Arasy Allah. Sungguh aku ta sangka sampai saat ini,aku antara yg terpilih untuk mendapat hidayahNya. Rasa yg berlainan dari dahulu. Kalau dulu, aku sering merasa kosong. Tapi sekarang, rasa terisi. Sukar untuk aku terangkan dengan kata-kata.

Yg paling ketara, aku rasa sgt senang dan mudah untuk aku solat. Sebelum ni, mmg liat ya ampun. Tp skrg, mudah sgt aku na solat. Alhamdulillah. Akan ku cuba jaga tiang agama ini sebaik-baiknya. Kalau dulu, mencari hiburan di youtube tetapi skrg mencari ilmu agama, surah-surah di youtube dan internet. Kalau dulu hati lebih pada duniawi, tp kini hanya ingat kematian, alam barzakh dan hari kiamat nanti.

Sekarang ini, aku hanya mencari redha Illahi.

Moga pemberian Allah yg maha unggul ini akan ku jaga dan simpan sampai bila-bila. Moga rasa ini kekal sehingga ke akhir hayatku. Amin Ya Raab!

Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikurniakan hidayah-Nya, berada dalam jalan yang benar, selalu istiqamah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jambatan jambatan Sirath-al Mustaqim, dan seterusnya.

Wednesday, December 7, 2011

saat berhenti berharap.

tatkala loceng kesedaran berbunyi,
baru aku sedar.

baru aku bangun dari mimpi.

baru aku tersentak.

baru aku terjaga dari fantasi panjang.

baru aku kelu dan ta terkata apa-apa.




yg hakikatnya, aku bukan pilihan terbaik dia.

Saturday, December 3, 2011

dulu wishlist, sekarang..


Ini antara wishlist saya yg entah dari bila lagi. Alhamdulillah.
Rezeki bulan Disember.
Akhirnya, berada di genggaman saya.
Ta sabar rasanya mahu melihat perubahan seperti yg sering di canangkan oleh para pengguna
SK II di luar sana.

FYI:
Facial Treatment Essence 150ml = RM 359
manakala Facial Treatment Essence 75ml = RM 199

**senyum lebar yg amat**

Tuesday, November 29, 2011

abah dan aku.


"Sedegil mana pun anak askar kebanyakan diaorang ada satu persamaan, takut pada bapak masing-masing.."


Itu antara wording yg aku dapat dari seseorang. Sorry Brader Leplep - gua cilok lu punya wording. Secara peribadi, memang aku ta sangkal kebenaran wording tu.

Aku bukanlah seorang yg rapat dengan abah pada zaman keanak-anakan aku dahulu. Ini kerana abah aku seorang yg sangat tegas dan garang orangnya. Boleh di kira hanya berapa patah perkataan sahaja yg aku bualkan dengan abah waktu zaman aku kecil dahulu. Aku lebih rapat dengan ma, mungkin kerana ma lebih linean dan penuh dengan sifat penyayang. Haha. Bukan aku na cakap abah kurang sifat penyayang, mungkin dia punya cara sendiri untuk tonjolkan sifat penuh kasih sayang dia. Cuma satu sahaja yg aku berani minta dengan abah - duit. = )

Zaman sekolah rendah aku, aku seorang yg liat bangun pagi. Kadang-kadang aku menghabiskan masa duduk termenung dalam bilik air sebelum mandi. Tu kira ok la. Tapi kebanyakannya, aku akan menangis dalam bilik air sebab aku malas na bersiap ke sekolah. Menangis tetapi dengan volume yg perlahan. Sebab apa? Sebab aku bimbang abah akan dengar. Seksa yg amat menangis tanpa bunyi suara padahal dalam hati memberontak yg amat. Tiap kali aku buat perangai waktu pagi, ma akan pujuk aku sebab ma risau abah akan dengar aku menangis. Kalau abah marah, mau teruk aku kena. Ish. Aku boleh tunjuk sifat memberontak aku dekat ma, tapi bukan dengan abah. Jelingan abah itu umpama jelingan maut bagi aku. Itu belum dia bercakap atau tunjuk signal tangan. Kalau yg itu, aku kena bersedia mental, fizikal dan emosi untuk berhadapan dengan abah.

Pernah juga aku takut untuk tunjuk report card pada abah bila ada beberapa keputusan subjek yg kurang memuaskan di mata abah. Sebab bagi abah, hanya A dan A+ sahaja yg bagus di mata dia. Maka, aku ambil keputusan mudah meniru signature abah. Haha. Itu sebab, signature aku sekarang hampir sama dengan signature abah. Jangan tanya kesan yg aku dapat dari perbuatan yg aku sangkakan bijak itu, hasilnya hanger hinggap di badanku. = )

Dan antara waktu yg paling sensitif untuk kami adik beradik ialah ketika abah sedang tidur. Pernah juga sekali kami cuba mencipta kelainan dengan bermain sorok-sorok di dalam rumah. Mungkin terlampau seronok sangat, maka suara dan pekikan adik-adik ketika bermain membuatkan abah terjaga. Hasilnya..kena jerit dengan abah dan ta cukup dengan itu tali pinggang menjamu tubuh badan kami. Mulai dari saat itu, kami akan senyap dan menikus jika waktu itu abah sedang tidur. Serik. Kalau sekalipun na main sorok-sorok, pada waktu ketika abah kerja. Baru feel na buat apa saja time abah tak de. Hihi

Pernah ada 1 peristiwa dalam hidup aku yg membuatkan aku rasa yg abah sgt caring orangnya. Ketika itu, aku sekolah rendah. Baru balik dari sekolah. Kenderaan utama aku ke sekolah ialah trak askar. Na dijadikan cerita, ketika aku meniti tangga dari trak ke bawah tiba-tiba kain sekolah aku di pijak oleh seorang budak yg berada di belakang aku. Akibatnya, aku tersadung di bawah dan hasilnya perut senak yg amat. Sudahlah pada waktu itu, hujan renyai-renyai. Lagi lah aku rasa na menangis. Na di jadikan cerita, abah balik dari kerja dan lalu dekat dengan trak yg aku naik. Memang sgt perfect la timingnya. Abah cari budak yg pijak kain sekolah aku. Penangannya, memang kena marah la budak tu. Mujurla abah ada, kalau ta senak gak aku na berjalan. Sudahla trak berhenti jauh dari rumah aku. Saat itu, abah berjaya mengubah persepsi negatif aku terhadap abah.

Jadi, aku sangat bersetuju pada statement ini. Aku ialah salah seorang insan yg di perkatakan itu. Seotai mana seseorang itu (merujuk pada anak askar) pada zaman kecil dia, pasti dia akan takut dan respek pada seorang sahaja - iaitu abah mereka sendiri - seorang yg memiliki baju celoreng.

"Every good father is the real super hero for his little daughter, until she starts to look for a junior one"

:: hero aku untuk entri kali ini - pakwe azali aku ::



p/s - sayaaaang abah sgt walaupun dulu abah garang!




Friday, November 25, 2011

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta


Am
Seketika itu
G
Sepi mencuit hati
C Dm
Hanya suara hujan seakan menyanyi
F
Mendendangkan lagu shahdu
Dm E
Seketikaku terpegun merenung jauh
Am
Gambar mu sayangku
Am
Terkilan rasa
G
Bila kata-kata mu
C
Kau ucapkan pada ku
Dm
membuat ku terpaku
F
Bersama surat-surat mu
Dm
Setelah kubaca kini
E Am
Seolah ku berada dalam mimpi
Chorus
Am Dm
Titisan demi titisan
G C
Air mata ku jatuh berlinangan
F
Ku genggam gambarmu
Dm
Dalam pelukan mesra
E
Tak mungkin dapatku
Am
Melupakan mu sayang
Dm
Didalam dunia ini
G C
Tak mungkin dapatku cari
F
Pengganti dirimu
Dm F
Oh o oh mengapa perpisahan
E
Yang kau pinta
Am
Jangan lah kau lupa
G
Satu ketika dulu
C
Kita pernah bersama
F
Berjanji dan bercinta
Dm
Tapi kini kau mungkiri
E
Segala janji mu dulu
Am
Di manakah letak kejujuran mu

Thursday, November 24, 2011

noktah

aku harap kau akan lupus dalam ingatan aku buat selamanya
supaya aku tidak nampak lemah di matamu

aku harap kau pergi jauh dari hidupku
supaya kau tidak nampak air mata bergenang di mataku

aku harap aku boleh lupakan kamu
supaya aku kuat menjalani hidup ini

aku harap kau akan cakap sesuatu yg kejam pada aku
supaya aku benci kau sampai mati

aku harap kau akan tunjuk padaku yg kau bahagia walau tanpa aku
supaya aku tahu yg kau kental tanpa aku

dan, aku percaya ini semua karma.
di atas perbuatan dan khilafku sendiri pada masa lampau.

Wednesday, November 23, 2011

yes. gua homesick!


Hari neh, gua rasa sangat sayu. Ok. Korang mesti pelik nape gua tiba-tiba berubah bahasa. Sebelum ni, sopan je. Korang kena sedia faham ye..bila gua berbahasa macam ni maksudnya gua sedang bermonolog sendirian.

Gua teringat da berapa lama gua ta balik desa tercinta. Nasib baek ma abah ta bagi gelaran "anak derhaka" kat gua. Kalau ta, naya gua. Rasa rindu yg amat bila terkenangkan wajah makwe kesayangan gua dan juga pakwe azali gua tu. Dengan diaorg la, gua rasa ta de sifat malu gua..selamba badak je na nangeh kalau da ta tahan sgt.

Kadang-kadang gua rasa bagus gak gua kije kat kampung halaman gua nun. Sekurang-kurangnya pakwe azali gua dan wajah makwe kesayangan gua ada depan mata. Ta de la gua memanjang risau je pikirkan hal deme.

Penyakit sakit rindu neh mmg kalau p klinik pon ta kan ada ubatnya. Pendek kata, doktor pon ta de cara na ubat penyakit homesick neh. Confirm la syllabus pembelajaran doktor neh pon ta de sebut "cara-cara mengubati penyakit homesick". Melainkan kena jugak bergegas balik kampung. Tengok wajah pakwe azali + makwe kesayangan gua. Penyakit homesick neh mmg kerap gak gua kena. Antara simptom yg ketara tatkala gua kena penyakit homesick neh:

**gua akan moody.
**banyak senyap.
**makan ta berapa lalu.
**cepat berair mata masa tgk handset tambah pulak part SMS yg pakwe azali gua anta.
**cepat marah. (ok, yg ni gua tipu je)

Korang boleh bajet sendiri la betapa seriusnya penyakit gua neh. Datang ta mengira waktu dan tempat.



Ok. Gua cool je sekarang. Steady je. Lu org rilex je.







*senyum paksa*


Tuesday, November 22, 2011

Sesi ayam penyet di Wong Solo, Shah Alam


Sekali lagi, saya meluangkan masa untuk menjamu ayam penyet. Tetapi kali ini berbeza sedikit kerana lokasinya terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Inipun hasil ajakan Rose. Memandangkan saya pun ta punya apa-apa aktiviti,maka saya ke sini. Restoran ini rupanya berdekatan dengan Jakel Shah Alam.

Di cat dengan warna hijau terang berserta dengan perabut kedai yg menarik, suasana kedai yg bersih serta pelayan memakai baju seragam ala-ala Jawa gitu mampu membuatkan kami selesa. Sebelum itu, saya lampirkan dulu deko dalam restoran Wang Solo ini.



:: ada ruang khusus juga buat pengunjung jika mahu bersila ::

Dan sekarang, saya perkenalkan antara para pemakan tegar ayam penyet ini.

:: tukang beri idea dan cadangan - Rose ::

:: pemandu arah - Arm ::

:: penghibur suasana - Sulas ::

:: tukang pujuk saya ke sini - Ain ::

:: pasangan suami isteri yg belum pernah cuba makan ayam penyet ::

:: ini aksi saya sewaktu candid hasil shoot dari Arm yg bertalu - talu ::




Ok, sekarang kita ke bahagian yg penting iaitu keypoint entri kali ini. Ayam Penyet. Selain dari ayam penyet, ada juga Ayam Bakar. Sila layan gambar di bawah;


:: jus jagung Sakinah RM 5.50 ::

:: sekadar iklan ::

:: set ayam penyet RM 10.90 ::



:: terung ::

Nampak menyelerakan ye? Memandangkan saya bukan penggemar masakan pedas jadi saya hanya mampu bertahan sekejap sahaja untuk makan. Tetapi, secara peribadi Ayam Penyet Wong Solo ini mmg sedap berbanding dari ayam penyet yg lain. Kamu boleh cuba untuk ke sini:

Alamat Restoran Wong Solo, Shah Alam :
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial, Seksyen 7
40000 Shah Alam,Selangor
No. telefon : 03-55111835
Dibuka Isnin-Ahad : 11pagi-11 malam





Sunday, November 20, 2011

Misi memanjat Broga Hills





Yeah. Akhirnya berjaya juga saya jejakkan kaki ke sini. Impian ke Broga sebenarnya sudah lama saya idamkan tapi mungkin tiada rezeki lagi itulah yg membataskan impian saya. Saya ke sini dengan Enche Botak yg mmg turut sama menyimpan hasrat ke sini. Kami bertolak dari TTDI pada pukul 430am. Tiba di kawasan Broga pada pukul 6am. Itupun kerana Enche Botak tersasar jalan. Singboard utama untuk ke sini ialah Taman Arnab. Berhadapan dgn Taman Arnab ialah ladang kelapa sawit. Ini tempat di mana parking kereta di sediakan dengan bayaran RM 2 per entry.

:: di sinilah tempat kami parking kereta ::

Pendakian di mulakan pada pukul 630am selepas Hamdan tiba di tempat yg di janjikan. Untuk misi mendaki kali ini, hanya di sertai seramai 3 org sahaja. Bagi saya, pendakian memerlukan kekuatan fizikal dan mental ini kerana bukit Broga ini agak curam dan 85% menaik. Ketika mendaki, turut ada di kaki bukit Broga ini ialah warung menjual air kelapa, air dan juga makanan. Sempat juga saya melirik pada mangkuk cawan maggi yg terjual di situ. Dapat saya simpulkan tempat ini mmg popular di kalangan remaja terutamanya.

:: pemandangan waktu Subuh di Broga ::

:: di pit stop pertama - ramai yg melepaskan lelah di sini ::



:: antara pendaki di pit stop pertama ::



:: itu trademark Broga - lalang yg tinggi dari diri sendiri ::

:: itu Enche Botak saya ::

:: ini Hamdan - rakan sepasukan dgn Enche Botak ::


Di Broga, ada lebih kurang 4 pit stop. Saya cuma ke pit stop ketiga kerana untuk ke pit stop terakhir, mmg curam dan perlu tali untuk ke puncak. Di pit stop ke tiga pon saya sudah dapat view yg menarik. Lagipun keadaan cuaca pada ketika itu seolah-olah tidak mengizinkan kami ke pit stop terakhir. Gerimis menyambut kami ketika pit stop ketiga. Itu yg membuatkan kami tidak duduk lama di situ.

:: tapak kasut yg penuh dengan kotoran lumpur ::

:: pit stop ke dua - mengumpul nafas untuk mendaki ::


:: kami di pit stop kedua::

:: di hadapan itu ialah pit stop ketiga ::

:: pendaki di pit stop pertama - shoot gmbr dari pit stop kedua ::



:: bukti lalang itu lebih tinggi dari saya ::





:: kumpulan remaja yg kecoh di pit stop kedua ::


:: saya cuba mengcontrol kepenatan ::


:: kabus tebal menyelubungi Broga - sejuk! ::

:: kami di Broga ::

:: saya di pit stop ketiga::

:: saat ini gerimis sudah mula turun ::

:: Enche Botak yg muka sudah merah padam ::

:: laluan ke pit stop terakhir ::


:: beramai -ramai turun ::



Akhirnya, kami turun kembali setelah mendapat sedikit tenaga. Dan seperti di jangkakan warung yg menjual air kelapa penuh dgn kunjungan pendaki Broga yg baru turun dari mendaki. Ada juga si penjual ais krim yg cuba menarik perhatian pendaki yg dahaga. Kami berjaya turun dengan selamat ke bawah pada pukul 830am. Alhamdulillah, semua selamat. Cuma saya agak terkilan kerana tidak berjaya untuk shoot gambar sunrise. Apa-apa pun Broga sememangnya menjadi antara tumpuan utama jika ke Semenyih. Cuma, di kesalkan akan kebersihan kawasan Broga agak tercemar dengan sampah yg di tinggalkan pendaki.


Syukur, kami berjaya menjejakkan kaki juga ke sini. = )