Tuesday, August 30, 2011

Eid Ul Fitri 1432


Alhamdulillah. Setelah berpuasa hampir sebulan maka, pada 30 Aug 2011 umat Islam menyambut hari kemenangan umat Islam. Seperti biasa, lebaran kali ini di sambut di kg halaman saya sendiri iaitu Kota Bharu, Kelantan. Raya pertama, saya agak bizi melayan tetamu yg datang memandangkan ma cuma harapkan saya saja. Lelah badan sehingga ta sempat na bergambar. Jadi ini antara gambar Eid Ul Fitri yg sempat saya potretkan.

:: younger sis ke empat saya - Ju ::


:: ini mmg tetamu wajib pertama kami setiap tahun, adik bongsu saya yg memakai baju ungu di kanan sekali - Bard ::

:: bersama adik bongsu saya ::

:: adik ketiga saya - Ita dan adik ipar saya ::

:: family adik saya - young papa + young mama ::

:: si kecik yg plg di sayangi ::

:: sgt suka kamera, lihat cara dia berposing ::


:: ini saya semasa raya kedua ::

Sunday, August 28, 2011

rumah manis rumah


Haha. Itu apabila "home sweet home" di translate kan ke bahasa Melayu. Akhirnya, masa yg di tunggu telah pun tiba. Balik kampung. Mau ta semangat kan! Dah terbayang wajah-wajah kesayangan hamba neh. Mujur ada Enche Botak yg tolong hantar ke LCCT. Kalau ta, mau lunyai saya di jalan mengadap jammed. Jalan mudah, balik guna laluan udara. Mudah dan cepat walaupun agak berkos. Feel balik kampung sudah terasa. *excitedItalic*

:: sahur dulu sebelum balik ::


Saturday, August 27, 2011

Ramadhan 27 : Iftar di Sime Darby Convention Centre



Pada mulanya, saya berhajat untuk buffet di Corus Hotel sempena dengan berbuka dan juga sambutan hari lahir untuk Enche Botak. Tetapi, memandangkan saya kurang berkenan dengan cara pengurusan pihak hotel itu untuk membuat tempahan maka saya beralih untuk mencuba di Sime Darby Convention Centre yg terletak di Jalan Bukit Kiara, berdekatan dengan INTAN dan juga KLGC. (sila rujuk map ini - tengss pakcik Google)


Saya mula membuat tempahan pada 23/8/2011 iaitu 3 hari sebelum tibanya hari lahir Enche Botak. Panggilan saya di sambut mesra oleh kakitangan yg menguruskan acara buffet ramadhan ini seolah-olah mengalu-alukan kedatangan saya ke sini.






Yg penting, cara untuk membuat tempahan juga tidak menyusahkan saya iaitu dengan hanya memberi nama dan bilangan yg mahu hadir. Soal bayaran pula, saya di minta menjelaskan bayaran ketika datang sahaja. Mudah bukan.

:: deko dalam dewan yg menarik perhatian ::


Saya turut di fahamkan terdapat 32 warung ke 36 warung di dalam dewan ini. Dan yg paling penting, saya akan cuba untBolduk mencari buffet yg menyediakan menu kambing panggang kerana itu ialah fav Enche Botak.

:: souvenir dari pihak SDCC ::

:: Enche Botak - birthday boi ::

:: abaikan muka spastik saya ini, sekadar iklan sahaja ::

Di bawah ini, saya sertakan antara menu berbuka yg terdapat di sini. Manalah tahu ini mampu menarik perhatian anda pula untuk cuba berbuka di Sime Darby Convention Centre. Mau rambang mata masa memilih juadah. Soal bayaran pula, saya di kenakan RM 174 untuk 2 org. (harga termasuk dengan caj perkhidmatan)












:: itu yg jadi rebutan Enche Botak ::





:: memang sedap cucur durian neh ::



:: ini pula, gerai yg terdapat di luar - khas untuk goreng-gorengan ::



:: sushi pon ada taw ::

:: sushi rebutan - sampai licin di ambil org ::

:: dessert yg tersedia ::

:: fruits yg available ::

:: bonus - band yg menghiburkan para tetamu ::

Ok, dah puas tengok menu yg ada kan? Maka, ini yg kami pilih untuk juadah berbuka.

:: juadah pilihan kami ::

:: Enche Botak sudah ta sabar! ::

:: cubaan Enche Botak beraksi manja ::


Tertarik untuk mencuba? Silakan menghubungi :

1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 3089 3688

Friday, August 26, 2011

selamat ulangtahun kekasih hati.


27 Aug.
Itu tarikh istimewa dia.
Akhirnya, usia menginjak ke angka 29. Hampir menjengah ke usia 3 series.
Apa pula kejutan untuk dia pada tahun ini?

1) Hadiah pemberian untuk Enche Botak.*berdebar memikirkan dia suka atau tidak*





2) Berbuffet Ramadhan di Sime Darby Convention Centre. Sudah 3 tahun berturut, hari jadi Enche Botak jatuh di bulan Ramadhan Kareem. Maka sebagai treat, saya sendiri yg akan merancang sendiri ke mana lokasi berbuka kami. Maka, untuk tahun ini saya memilih Sime Darby Convention Centre.

Sekadar mengimbau, ini pula pemberian untuk Enche Botak pada tahun lepas. Susahnya mencari jeans ini hanya saya sorang saja yg tau. Sampai ke Pavilion saya cari (demi jeans ini) di mana ketika itu hanya tinggal saiz ini sahaja di butik FCUK cawangan Malaysia. Syukur dia suka dengan pemberian ini.


p/s - kepada Enche Botak yg di sayangi sokmo -
selamat harijadi arjuna hati, semoga panjang umur,di murahkan rezeki dan sentiasa berada di dalam limpah kurnia Illahi. Love u. XOXO