Friday, July 30, 2010

Damai di Tasik Kenyir





Mungkin destinasi Lake Kenyir tak sepopular ke pulau peranginan. Tp, bagi saya Tasik Kenyir punya keistimewaan dan tarikan tersendiri. Berpeluang ke sana pada 16 - 18 July lepas dan menginap di Lake Kenyir Resort Spa (LKRS). Resort ini merupakan resort bertaraf
4 bintang. Lawa dan konsep seperti di Laguna Redang. Cuma, yang buat saya tertawan pada LKRS ini ialah bilik airnya. Sgt ekslusif. (maaf ta sempat na capture gambar bilik air)


Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia. Di fahamkan yang keluasan tasik ini mampu memuatkan 2 pulau negara Singapura. Luas kan?





Hari pertama sampai,tak banyak aktiviti yang dilakukan kerana agak penat (walaupun bukan saya yang drive). Perjalanan dr KL ke Tasik Kenyir mengambil masa 8 - 9 jam. Lagipun,kami ambil jalan jauh. Masuk Cameron Highland ke Gua Musang then baru la ke Lake Kenyir. Aktiviti malam di sini agak terhad. Dan agak sunyi. Jadi, mungkin kurang sesuai bagi yg suka berparti. Makanan pon tak banyak pilihan. Itupun beli makanan di luar dari LKRS. Cuba untuk save kan budget seminima mungkin.

dari pemandangan balkoni



Hari kedua di Kenyir, aktiviti ke Lasir Waterfall. Setelah negotiation, akhirnya dapat RM300 gak se trip ke Lasir Waterfall. Itupun untuk 2 jam setengah. Untuk ke Lasir Waterfall, mengambil masa setengah jam. Keadaan agak sunyi di sini. Ada jugak terserempak dengan boat house semasa dalam perjalanan ke Lasir. Boathouse pon agak menarik,cuma target untuk big group mcm 10 orang ke atas. Dan, yang termurah untuk boathouse ialah RM800 semalaman. Dan semestinya trademark Tasik Kenyir ialah 'dead trees'. Perasaan takut tu ada bila tgk tasik yang luas tu,dan byk pokok yang ada dalam tasik tu. Semacam je rasa.





Sampai ke Lasir, air terjunnya mmg cantik sbb tak terusik sgt mcm kebiasaan air terjun yang kita dah selalu pergi. Air pun agak dalam. Kalau tak pandai berenang, di nasihatkan pakai je la 'life jacket' tuh. Saya memang tak mandi pun. Hihi. Bila dah puas mandi, barulah kami balik. Dan,perlu meredah tasik setengah jam lagi untuk sampai ke jeti Pengkalan Gawi.




Selain dari aktiviti yang aku lakukan,ada lagi trip ke tempat lain. Tapi,memandangkan tak cukup masa sgt jadi pilih untuk ke Lasir Waterfall sahaja. Ada aktiviti lain yang disediakan oleh pihak LKRS. Boleh check di laman sesawang LKRS iaitu http://www.lakekenyir.com/recreation_resort.php




Tembat Restaurant

Malam kedua seperti malam yang sebelumnya. Sunyi sepi. Rehatkan badan je la. Lagipun,esok dah nak pulang ke KL (walaupun hati tak rela sepenuhnya nak balik) Bagi yang nak merasa percutian yang lain dari yang lain, saya sarankan ke sini. Sangat damai bila di sini. Mmg lari dari kesibukan kota. Dan saya akan sentiasa meninjau peluang ke sini lagi. ; )


Thursday, July 29, 2010

light showcase in ICity

gambar yang wajib ada kalau ke sini

Akhirnya dapat juga peluang untuk ke sini. Selama ni tengok je dalam website dan gambar kawan-kawan. Bukannya jauh sangat nak ke sini,tp mungkin banyak sgt kekangan yang buatkan saya tak berkesempatan nak datang. Mula-mula sampai je,da di sambut dgn cahaya lampu yang mmg cantik. Terpana seketika..hik hik.

cetusan idea dari enche botak tersayang

I City ni sebenarnya antara projek daripada MSC. Projek ni tak siap lagi sepenuhnya. Sgt brilliant! boleh jadi salah satu sebab untuk menarik pelancong luar dan dalam negeri ke Shah Alam. Dan secara peribadi, I City merupakan kewujudan idea yg bagi saya di luar kotak fikiran.

Dan mungkin cetusan ini bisa buat anda mahu ke sana juga. Ayuh!