Friday, March 25, 2011

Grean means Nature



This is one reason why i love my hometown much. To be surrounded with nature [and off course having good quality of oxygen here]. I'm so lucky where my lovely home is near with this beautiful gifted nature.

::mempelam - in front of my house::


::buah limau bali::

::padi fields::






Monday, March 21, 2011

Girls Time!



acara makan - makan oleh rakan kantor dan paling penting di hadiri oleh girls sahaja.
lokasi : IKEA
tema : bebas
dan ini antara wajah teman kantor yg mmg penuh dgn sense of humor, yg bikin saya gelak saja.

them

ain - BFF yg laser tapi ta penah berkira

sulas - senyap orgnya, tp bila da knl mmg byk mulut

diana - kuat bahan org neh

rose - saya mmg suka bangat dengan bunga di tudungnya

aini - sekutu braces

arm

chot - berbaju oren

ogeh - piece of me

p/s - what eva it is, friendship forever.

Friday, March 18, 2011

buat kaum adam - inilah realitinya


"Artikel ini saya jumpa ketika bizi mengodek page facebook kawan, maka saya ingin share ini dengan anda semua yg saya kira kebenarannya ta perlu di sangkal. Dan buat kaum adam, bacalah artikel ini dan semoga anda akan lebih memahami kaum hawa."


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

arjuna saya

Thursday, March 17, 2011

souvenir from Hatyai


aha.. what is so special with these items?
actually, this has been given by enche botak to me as a souvenir.
enche botak ke Hatyai on Feb lalu dan ini sebagai buah tangan dari dia untuk saya.
senyum simpul masa dapat benda neh sbb saya ta aspect anything from him.
suka? "off coz la saya suka pemberian dari arjuna saya"




thai silk + sling beg
::enche botak cakap thai silk tu agak mhl, saya kurg pasti berapa harga nya::
::sling bag tu sgt comel kan?::


p/s - tengs for the wonderful souvenir. next time, mahu lagi! = p

Tuesday, March 15, 2011

Review : Impiana Resort Cherating



Saya memilih Impiana Resort Cherating sebagai pilihan pada kali ini setelah membaca review dari bloggers yg laen ttg resort ini. Sebelum ini, saya pernah ke Legend Cherating tapi dek kerana kurang memuaskan saya berhajat untuk mencuba Impiana pula pada kali ini. Bak kata orang, biarlah kali ini saya pula yg merasa sendiri.

berlatar belakangkan resort

deko yg menarik perhatian saya

Saya check in agak lewat kerana lambat tiba di Cherating. Di sambut dengan pelayan yg mesra - En Fariza. Resort agak fullhouse kerana cuti sekolah. Mujur saya sudah book sejak sebulan yg lalu. Review saya kali ini saya kategorikan kepada 4 perkara; lokasi, bilik penginapan, kemudahan dan khidmat pelanggan.


Lokasi:
Agak jauh dari bandar Kuantan. Dan mengambil masa lebih kurang 45 ke sini. Tapi apabila menghampiri Impiana, tempat nya agak jauh ke dalam dan privacy sedikit manakala pantai nya tidak sebegitu sesak.

pemandangan resort


Bilik penginapan:
Ini merupakan antara elemen penting bagi saya setiap kali memilih resort/hotel. Saya di tempatkan di tgkt 3 (yg paling atas). Pada mulanya saya mahu menukar bilik, tetapi memandangkan fullhouse maka no choice. Bukan apa, sebab utama - tiada lif jadi saya agak penat untuk naek tangga membawa barang + beg baju. Jadi di sini, saya sertakan beberapa gmbr sebagai tatapan apa yg menarik untuk bilik pilihan saya (Deluxe Seaview) dan kesemua bilik menghadap laut China Selatan.

tv yg old school - cuma 14 inci

couch yg menarik perhatian - menghadap pantai dan laut





siling bilik di tingkat 3



toiletries - lengkap siap dengan berus gigi + ubat gigi

pemandangan dari bilik - terus ke laut.


Kemudahan:
Antara kemudahan wajib yg ada semestinya swimming pool, cafe, bicycles, playground untuk si kecil comel. Cuma kekurangan nya, bilik tiada kelengkapan internet. Mujur saya punya broadband, dan coverage celcom broadband tidak menghampakan saya.



cafe

berhampiran dengan laut


Khidmat pelanggan:
Sepanjang saya menginap di sini, khidmat pelanggan nya memuaskan hati. Dari receptionist sehinggalah kepada housekeeping. Saya ada request untuk ironing board + iron, dan semuanya sampai dalam masa terdekat.


Dan daripada experience saya sendiri, maka saya rate Impiana Resort Cherating dengan 4. (1 for worst, 5 is for best ever). Saya cadangkan anda untuk menjadikan Impiana Resort Cherating dalam top priority jika berkunjung ke Cherating.


nama saya di pantai





so happy to see the sea

sehingga berjumpa lagi!

Review Filem : Hikayat Merong Mahawangsa


"Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kamu berdua,
Bila 2 jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama"


Itu antara bait pantun yg menyentuh jiwa saya. Dan sangat puitis sekali. Dan review filem saya agak istimewa dan laen dari kebiasaan kerana saya akan menilai filem tempatan ini dlm entri terbaru saya. Filem ini di arahkan oleh Yusry Abdul Halim yg saya kira berani mengambil risiko dengan membelanjakan bajet yg besar untuk filem ini. Filem ini merupakan aksi epik terbaru selepas epik Puteri Gunung Ledang.


Dan kali ini, lokasi pilihan kami untuk menonton filem ini agak istimewa kerana jauh dari KL iaitu di Kuantan, Pahang. = )

Stephen Rahman-Hughes yg merupakan tunggak utama filem ini mendukung watak ini dengan baik. Saya puji watak ini di berikan pada Stephen kerana bersesuaian dengan karakter beliau.
Imej keperkasaan. mimik muka, gestur badan di lihat selari dengan wataknya. Begitu juga dengan watak Khir Rahman (Kamawas) yg berjaya membawakan watak antagonis sehingga membuatkan saya benci dengan dia. Watak 'hitam' nya sangat berkesan di hati saya. Dan untuk Wan Hanafi Wan Su (Taji), Nell Ng (Ying Ying) dan Ummi Nazeera (Embok) telah menambahkan lagi warna filem ini.


Filem ini agak berat bagi saya kerana berkait rapat dengan sejarah Langkasuka iaitu Negeri Kedah pada masa sekarang. Maka, tidak boleh sewenangnya memutar belitkan fakta sejarah.


Kalau di ikut dari sejarah, Merong Mahawangsa berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.


Hikayat bermula apabila Merong Mahawangsa (Stephen Rahman-Hughes) yg mengundang minat Putera Marcus (Gavin Stenhouse) pada ketika itu singgah membaiki kapal mereka di Goa, India dengan ketangkasan dan perkasa Merong Mahawangsa. Di tugaskan untuk membantu Putera dari Rome itu untuk ke Langkasuka dan mengetuai rombongan Rome demi misi berkahwin dengan Puteri Meng dari Dinasti Han di China.


Plot menjadi semakin menarik apabila Wan Hanafi Wan Su (Taji) bertindak menculik Puteri Meng dan di bawa ke Geruda. Maka bermula kisah untuk mendapatkan kembali Puteri Meng. Filem ini turut menyelitkan Umi Nazeera (Embok) sebagai seorang wanita yg kehormatannya telah di cabul oleh Kanmawas namun, akhirnya menjadi permaisuri Merong Mahawangsa.



Di sebalik kehebatan filem ini, namun masih terselit kekurangan dari segi mutu audio visual HMM, ini kerana gred warna filem itu agak kusam sehingga objek yg di tayangkan pada layar adakalanya kurang jelas dan agak kabur. Namun, filem ini tetap layak di berikan pujian seiring dengan jerih-perih pengarah kalibernya iaitu Yusry Abd Halim. Dan untuk filem ini saya rate 4.5 dari kiraan 1 (yg ta besh) ke 5 (yg besh sgt).



Fakta filem ini:
*ditayangkan secara serentak di 34 buah negara pada 10 Mac 2011.
*kos produksi sekitar RM8 juta.
*set perkampungan Melayu hancur sehari sebelum penggambaran bermula dan terpaksa dibina semula dan seluruh kampung dibina semula dalam masa 3 hari.
*lokasi penggambaran ialah di Pantai Merang, Terengganu.
*105 pemain muzik orkestra antarabangsa di bawah bimbingan Malaysia Philharmonic memainkan lagu latar serta efek bunyi untuk filem ini.


ada apa dengan Tanjung Lumpur





Kalau Melaka terkenal dengan Umbai, Selangor terkenal dengan Bagan Lalang,Jeram..maka tidak keterlaluan saya katakan, Tg Lumpur mampu menjadi tarikan dari segi pilihan makanan seafood nya. Ini antara tarikan di bandar Kuantan - di mana terkenal dengan banyak restoren yg menawarkan pilihan seafood yg pelbagai. Yea. Enche botak saya seorang yg sgt sukakan seafood. Dan dari dia lah saya turut terjebak dan menyukai seafood. ;p


Ini kunjungan kali kedua kami ke sini. Sebelum ini, saya pernah ke Tg Lumpur pada bulan Dec yg lalu. Cuma, kami mencuba restoren yg laen pula. Dan kali ini, restoren pilihan ialah di Restoren Ana Ikan Bakar Petai. Ha. Dengar nama saja sudah unik. Sebab utama ke sini ialah petai. Sebelum ini, ikhlas saya katakan yg belum pernah lagi saya rasa seafood yg menawarkan di antara masakannya main ingredients ialah petai. = )

meja pilihan kami

saya yg lapar ;p

muka saya yg lebar - petanda gemuk kah itu?



enche botak saya yg turut sama kelaparan = )


ini menu pilihan kami;
udang goreng pedas
::sedap, dan udangnya agak besar dari segi size::

menu wajib saya - sotong goreng tepung
::seperti kebiasan saja rasanya, cuma agak liat sebab sotong agak besar::

ha - ini ikan bawal goreng petai = )
::rasa yg mmg menarik::

sampingan - kangkung goreng belacan


Menurut kata enche botak, menu ini semua mencecah RM80. Amaun yg saya kira, berbaloi - baloi dengan suasana, masakan yg cukup rasanya dan servis pelayan restoren yg tak lekang dengan senyuman. Tg Lumpur ta pernah menghampakan saya dari segi kualiti seafood nya. Cuma yg buat saya terkilan, sampai sekarang saya masih belum ada rezeki mencuba satar ikan. Saya sendiri kurang pasti bilakah saya akan berpeluang untuk ke sini kembali.