Ini agak istimewa kerana kami berbuka di pejabat bersama teman satu department. Ini adalah hasil idea Zul (nama manja : Zul Tiger) dan juga Tenqu.
Pada mulanya mahu berbuka di luar tetapi kerana kekangan waktu maka ini pilihan yg terbaik di samping kami dapat menjimatkan masa dan hampir keseluruhan rakan sejawat boleh menyertai acara ini.
Dan menu kami pada waktu berbuka ialah..jeng jeng jeng.. (rujuk gambar di bawah)
Nasi Beriyani
Ayam Masak Merah
Daging
Gulai Kari Dal
Kek Batik
Puding Jagung
Karipap
Kuih Seri Muka
Untuk menu sebegini, kami cuma perlu membayar RM 11 setiap seorang. Yg menariknya, semua menu ini di sediakan oleh ibu Zul Tiger sendiri.
::TL saya yg sekarang - En Megat::
Alhamdulillah. Dapat juga di kumpulkan hampir keseluruhan warga TOP meskipun ada juga yg tidak dapat menghadirkan diri kerana cuti dan ada hal peribadi masing-masing. Sekurang-kurangnya majlis ini berjaya di adakan tanpa ada pembaziran makanan. Antara yg hadir ialah ex TL Top sendiri iaitu TL Nazli.
::En Nazli - Ex TL TOP::
Di bawah ini turut saya sertakan gambar warga IBM saya sendiri yg gila-gila. Pecah perut na tangkap gambar neh. Aduhai!
No comments:
Post a Comment