Friday, December 31, 2010

Bye 2010, Welcome 2011


Ari ni ari last untuk tahun 2010. So, da banyak suka duka yg di lalui untuk tahun 2010. And now, kena buka diari baru. Bila da masuk hujung tahun, pertanyaan lazim yg sinonim waktu macam neh ialah - azam. So, topik saya kali ni, apa azam korang untuk tahun 2011?

untuk pengetahuan korang, ni di sertakan senarai azam
tahun baru saya untuk 2011.

1. mau beli speedlight untuk Nikon tersayang.

2. mau tambah berat badan - 45 kg!
3. mau saving duit kawen. ehem ehem

4. mau perbaiki skill photography yang ta seberapa neh.

5. berdoa yang masih bersama dengan en botak lagi pada tahun 2011. = )
(sgt sygkan kamu!)


p/s - chaiyok! harus berusaha keras untuk realisasikan azam ini untuk tahun 2011. = )

Thursday, December 30, 2010

18th December 1984


what so special with this date?
off coz la special. sebab itu date saya di lahirkan.
dan saya semakin menginjak usia ke 30 an.
takot! rasa mcm baru semlm je saya tinggalkan alam persekolahan, zaman universiti.
masa tu cepat berlalu kan.

ok.
mls na bebel panjang-panjang lagi.
so, di bawah neh saya sertakan kejutan yang saya dpt dari en.botak terchenta.


tadaaa.. besh kan?

p/s - en.botak - awak buat saya menitis air mata taw bila dapat kezutan neh. syg kamu!

Pre Wed : Azrul & Umi





Hey. Da lama rasanya tak update blog neh. Bukan sebab bizi,tapi kadangkala kekurangan idea untuk entri baru. Jadi, entri kali ini agak spesel sket. Haha. Bukan apa, di beri peluang untuk shoot gambar pre wed rakan sepejabat. maka,ini boleh di jadikan folio untuk diri ini juga. *senyum lebar*

Jadi, ta mau lepaskan peluang yg susah na dapat neh. di sertakan, beberapa "teaser" untuk tatapan korg. ta de la sehebat mana,sebab saya masih lagi peringkat amatur. Lokasi kali ini di Bukit Tinggi, Pahang. Tempat ni jadi pilihan sebab kedua pasangan ini ta pernah lagi ke sini,bak kata org "sambil menyelam minum air" - sambil shoot gambar,dapat la juga diaorg makan angin. apa lagi,jom layan gambar-gambar pre wed kali ini.



Umi Azra & Azrul

Jadi, apa pandangan korg? Mau tengok yang laen lagi? Ops..maaf ye. Buat masa neh,ta dapat na tunaikan kerana menghormati permintaan mereka yg ta mau semua gambar di paparkan untuk tujuan umum. Selepas majlis mereka, saya cuba untuk publishkan gambar-gambar mereka yang laen pula. ; )

Monday, November 15, 2010

Paintball Action



Ini kali pertama berpeluang untuk bermain bola cat ini ataupun paintball. Destinasi kami pada kali ini ialah di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Dan ini merupakan kali pertama juga untuk saya mengenali markers + pellets. Aura askar tu mampu menyerap dalam diri apabila marker sudah berada di tangan. Kalau kena pellets, alamatnya lebam badan. Ada juga yang sampai melecet kulit. Tapi, perasaan tu berbaloi kerana dapat merasa pengalaman baru.


Ini juga merupakan pengalaman pertama untuk saya kerana di tugaskan untuk mengambil gambar. Memang mencabar untuk jalankan tugas tatkala mask di wajah. Apa-apa pun, ini antara shot terbaik saya. Enjoy!


barisan pejuang pada hari itu.

Friday, November 12, 2010

bintang yang hilang


di alam fana cintamu
dewi sanubari
ke pintu kasihmu
luka seribu rindu


Merupakan antara dendangan yang popular dengan penyanyi ini.
Namun, hari ini tercipta sejarah perginya seorang bintang. Dan ini merupakan tribute khas buat beliau. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman.

Amin

Friday, August 20, 2010

antara ego dan rasa cemburu


Da lama ta update blog. Dan blog pun sudah bersawang. Bkn apa kekangan waktu yg membataskan saya untuk ber'blog'. Ha, di samping cuba mencari idea baru untuk saya paparkan dlm blog. Semua manusia yg di lahirkan semestinya di lengkapi dengan rasa emosi yg berbagai-bagai. Tp kali ni, saya cuma mahu fokus pada 2 emosi iaitu ego dan cemburu. 2 benda ni, mmg di akui ada dalam setiap perhubungan.. cuma cara ia di tafsirkan serta formasi nya yg berbeza bagi tiap individu.


Cemburu bagi aku berkait rapat dengan ego. Ada ke org na admit dia jeles? Haha. Cara cemburu tu di tafsirkan ada macam-macam cara. Mungkin melalui perbuatan atau perkataan. Cemburu tu asam garam dalam sesuatu hubungan tu. Bak kata org tua - tua, kalau ta syg ta kan na jeles. Dan, kadang kala apabila kita gagal mengawal rasa cemburu itu..ia sebenarnya mampu mengugat perhubungan itu. Maka di sini, rasional memainkan peranan penting. Secara peribadi, bagi saya hanya kepercayaan yg mampu mem'bunuh' rasa cemburu itu.

buat sang pencinta,
aku suka bila kau cemburu,
itu tanda nya kau sgt syg kan aku,
aku suka bila kau cemburu,
itu tanda nya kau ambil berat hal aku,
aku suka bila kau cemburu,
sbb bagi aku kau nampak lagi seksi bila kau dlm mood itu,
aku suka bila kau cemburu,
ko bikin aku na jerit I LOVE U.



Friday, July 30, 2010

Damai di Tasik Kenyir





Mungkin destinasi Lake Kenyir tak sepopular ke pulau peranginan. Tp, bagi saya Tasik Kenyir punya keistimewaan dan tarikan tersendiri. Berpeluang ke sana pada 16 - 18 July lepas dan menginap di Lake Kenyir Resort Spa (LKRS). Resort ini merupakan resort bertaraf
4 bintang. Lawa dan konsep seperti di Laguna Redang. Cuma, yang buat saya tertawan pada LKRS ini ialah bilik airnya. Sgt ekslusif. (maaf ta sempat na capture gambar bilik air)


Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia. Di fahamkan yang keluasan tasik ini mampu memuatkan 2 pulau negara Singapura. Luas kan?





Hari pertama sampai,tak banyak aktiviti yang dilakukan kerana agak penat (walaupun bukan saya yang drive). Perjalanan dr KL ke Tasik Kenyir mengambil masa 8 - 9 jam. Lagipun,kami ambil jalan jauh. Masuk Cameron Highland ke Gua Musang then baru la ke Lake Kenyir. Aktiviti malam di sini agak terhad. Dan agak sunyi. Jadi, mungkin kurang sesuai bagi yg suka berparti. Makanan pon tak banyak pilihan. Itupun beli makanan di luar dari LKRS. Cuba untuk save kan budget seminima mungkin.

dari pemandangan balkoni



Hari kedua di Kenyir, aktiviti ke Lasir Waterfall. Setelah negotiation, akhirnya dapat RM300 gak se trip ke Lasir Waterfall. Itupun untuk 2 jam setengah. Untuk ke Lasir Waterfall, mengambil masa setengah jam. Keadaan agak sunyi di sini. Ada jugak terserempak dengan boat house semasa dalam perjalanan ke Lasir. Boathouse pon agak menarik,cuma target untuk big group mcm 10 orang ke atas. Dan, yang termurah untuk boathouse ialah RM800 semalaman. Dan semestinya trademark Tasik Kenyir ialah 'dead trees'. Perasaan takut tu ada bila tgk tasik yang luas tu,dan byk pokok yang ada dalam tasik tu. Semacam je rasa.





Sampai ke Lasir, air terjunnya mmg cantik sbb tak terusik sgt mcm kebiasaan air terjun yang kita dah selalu pergi. Air pun agak dalam. Kalau tak pandai berenang, di nasihatkan pakai je la 'life jacket' tuh. Saya memang tak mandi pun. Hihi. Bila dah puas mandi, barulah kami balik. Dan,perlu meredah tasik setengah jam lagi untuk sampai ke jeti Pengkalan Gawi.




Selain dari aktiviti yang aku lakukan,ada lagi trip ke tempat lain. Tapi,memandangkan tak cukup masa sgt jadi pilih untuk ke Lasir Waterfall sahaja. Ada aktiviti lain yang disediakan oleh pihak LKRS. Boleh check di laman sesawang LKRS iaitu http://www.lakekenyir.com/recreation_resort.php




Tembat Restaurant

Malam kedua seperti malam yang sebelumnya. Sunyi sepi. Rehatkan badan je la. Lagipun,esok dah nak pulang ke KL (walaupun hati tak rela sepenuhnya nak balik) Bagi yang nak merasa percutian yang lain dari yang lain, saya sarankan ke sini. Sangat damai bila di sini. Mmg lari dari kesibukan kota. Dan saya akan sentiasa meninjau peluang ke sini lagi. ; )


Thursday, July 29, 2010

light showcase in ICity

gambar yang wajib ada kalau ke sini

Akhirnya dapat juga peluang untuk ke sini. Selama ni tengok je dalam website dan gambar kawan-kawan. Bukannya jauh sangat nak ke sini,tp mungkin banyak sgt kekangan yang buatkan saya tak berkesempatan nak datang. Mula-mula sampai je,da di sambut dgn cahaya lampu yang mmg cantik. Terpana seketika..hik hik.

cetusan idea dari enche botak tersayang

I City ni sebenarnya antara projek daripada MSC. Projek ni tak siap lagi sepenuhnya. Sgt brilliant! boleh jadi salah satu sebab untuk menarik pelancong luar dan dalam negeri ke Shah Alam. Dan secara peribadi, I City merupakan kewujudan idea yg bagi saya di luar kotak fikiran.

Dan mungkin cetusan ini bisa buat anda mahu ke sana juga. Ayuh!

Wednesday, June 2, 2010

I heart Redang






Yea. On March 2010, I've decided to go holiday sbb tensen dgn work. So, planning to go to Pulau Redang. Went to Terengganu naek bus (konon-konon na rasa 'feeling travel la) haha. Sampai je kat Kuala Terengganu, pekena nasi dagang. Price pon cheap je..around RM1.20.

view dari bilik.

swimming pool yg ada di Laguna.




Actually,during our visit to Redang on March, time tu tengah monsoon. Jadi,ombak agak 'ganas'. Then, naek bot pon rasa loya je. Alahai. Sampai lembik je rasa. We are staying in Laguna Redang. Bilik mmg lawa. Puas ati la kata org..amek garden view. Yg besh tu, in Laguna Redang mmg price include with breakfast, lunch and dinner. Berbaloi-baloi. And, tak lupa juga price termasuk dengan snorkeling and boat/ferry from jetty sampai Redang.


1st aktiviti tu after check in dan lunch ialah snorkeling. Hehe. I admit i'm not good in swimming and aktiviti dalam laut neh. So,ta feel enjoy sgt..tapi,mmg besh bagi ikan makan. View dalam laut pon absolutely amazing. Then,after balik from snorkeling..we're free to do other activity. Waktu malam in Redang agak sejuk tapi sgt enjoy sebab dapat dengar bunyi ombak and for your information Laguna Redang neh berhadapan dengan laut.

view dari hadapan Laguna Redang.




laut di hadapan Laguna.

Next day, supposedly to have another snorkeling activity in Marine Park but because of weather issue - monsoon mengganas lagi,so terpaksa la joint other's activity. At that time ada jungle tracking..jauh jugak berjalan sampai la kat area Berjaya Redang. Overall fun even ada rasa penat.

jungle trekking.



Berjaya view.






So far, Redang is too beautiful and i luv their sea too.. Yup. It is true..i'm in luv wif Redang. For further info tentang current promotion or price, can log on to Laguna Redang website which is www.lagunaredang.com.my and i highly recommend this to you if u choose to come to Redang.


p/s - Redang..hoping to see u soon back!