Sunday, February 27, 2011

bila hati berbicara



kalau di beri pilihan,
mahu saja aku cabut hati ini,
biar kosong rasa jiwa,
biar tiada perasaan,
biar hilang semua rasa emosi,
dan tatkala hati itu di telapak tanganku,
maka dapat kau lihat jelas parut luka yang berbekas.

Saturday, February 26, 2011

Flea Market : The Street


lokasi : The Street, The Curve
hari operasi : Sabtu dan Ahad
*antara fav spot saya di The Curve, banyak yg di jual di sini. Harga berpatutan, cuma untuk baju bagi saya agak mahal sedikit dari barangan yg laen.



























saya yg bizi bershopping


baju yg saya beli di The Street

Tuesday, February 22, 2011

Review Filem : The Mechanic




tiket wayang itu.


Kali ini, review saya mengenai filem aksi - The Mechanic. Tajuk filem mungkin ta komersial sangat, tp isi filem sangat memuaskan hati. = ) Dengan di temani en.botak,saya ke Cineleisure (tmpt fav kami kalau nonton wayang) untuk melihat muvee ini.



Permulaan filem ini di mulai dengan aksi. Filem ini hasil arahan dari Simon West yg di lakonkan penuh jayanya oleh Jason Statham, Ben Foster dan David Sutherland. Mengisahkan seorang yg di gelarkan seperti "mechanic" - pembunuh upahan elit yg mengajar seorang anak dari mangsa bunuhnya menjadi seperti beliau (pembunuh upahan).


Plot menjadi menarik apabila Steve McKenna (Ben Foster) bertindak luar dari arahan apprentice nya Arthur Bishop (Jason Statham) untuk misi membunuh seorang pedophilia (yg sukakan remaja/kanak - kanak untuk tujuan seks) ini kerana dia bertindak di luar dari arahan Arthur Bishop. Bagaimanapun, misi pertama ini berjaya di selesaikan meskipun tersasar dari plan asal.


Dari situ, Steve McKenna di latih oleh Arthur Bishop untuk mempertajamkan lagi skil. Namun, akhir sekali pengakhiran cerita Steve mengetahui ttg Arthur yg sebenarnya pembunuh ayahnya. Maka, dia mula merencana strategi untuk membunuh Arthur.



Namun, taktik itu sudah di ketahui oleh Arthur. Pengakhiran cerita, Steve sendiri yg terbunuh. Ini telah di rencanakan oleh Arthur. Dan, sudah adat kalau pembunuh upahan profesional Arthur terlepas dari misi di bunuh oleh Steve yg baru setahun jagung terlibat dalam dunia "assasin".


Aksi filem ini dari mula sampai penghujung cerita mmg mampu membuatkan saya berkata 'wow". Saya sgt teruja dengan cara cerita ini di garap dan di olah. Melodrama, aksi dan cerita yang stabil. Saya sukakan filem ini kerana dunia 'assasin' bagi saya terlalu misteri - tertutup - perlukan minda yg kuat dalam merencana strategi. = )



Oh! Filem ini membuatkan saya asyik menjeling en botak di tepi lantaran hero nya terlalu seksi dengan imej botak. Haha. Oleh itu, saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk filem penuh aksi ini.

Saturday, February 19, 2011

seafood time in Bagan Lalang


tempat pertemuan sebelum gerak ke lokasi.


antara yg meng'kecoh'kan suasana.


tempat pilihan kami pada kali ini.

si ketam.


si kerang.

si lala.

si udang.

si bawal.


si ikan.












Ini kali kedua saya ke sini untuk menikmati kesedapan seafood di Bagan Lalang. Sebelum ini, pernah ke sini dengan en.botak. ; ) So, kali ini saya ke sini lagi tapi dengan rakan office pulak. Saya ke sini pada CNY yg lepas (tapi, terlmbt sket na update dlm blog) untuk makan besar. Masa sampai, mmg penuh kedai ini tapi berkat kesabaran menunggu akhirnya dapat juga table untuk kami semua. Total semua RM300+. Tengs pada yg menyertai outing pada kali ini. Next time, kita plan makan besar lagi.

Thursday, February 17, 2011

Review Filem : Sanctum


tiket wayang itu.




Berpeluang untuk tgk filem ini berdasarkan trailer yg pernah saya lihat sebelum ini. Dan kali ini enche botak di paksa untuk menonton bersama saya. Hehe. = )




Filem arahan James Cameroon (Avatar) ini pada permulaannya agak lembap. Barisan pelakon juga saya kurang kenal. Filem ini mengisahkan tentang siri ekspedisi di dalam gua yang turut di sertai dengan menyelam. Wow. Sgt ekstrem aktiviti ini. Selalu kita di dedahkan dengan diving di laut, tapi fiilem ini buka perspektif baru - diving dlm gua. = )




Ekspedisi ini di ketuai oleh Frank Mc Guire (Richard Roxburgh) yg turut di sertai anak nya Josh (Rake Wakefield). Di biayai oleh Carl Hurley (Ioan Gruffudd) yg menaruh hati pada Victoria (Alice Parkinson) seorang fearless mountaineer. Pasukan Frank turut di sertai oleh penyelam Liz (Nicole Downs), J.P (Christopher Baker), Judes (Alisson Cratchley), pakar komputer Dex (Andrew Hansen), Luko (Cramer Cain) dan George (Dan Wyllie).



Plot berubah menjadi cemas tatkala hujan ribut mula melanda di gua di mana ekspedisi di jalankan. Ini menyebabkan mereka yg di dalam gua terperangkap (Frank, Carl, Victoria, Josh, Luko dan George) Di sini, siri survivor mereka bermula. Hidup atau mati.

Saya dpt simpulkan yang filem ini lebih kepada semangat berpasukan. Ada beberapa scene yg bagi saya agak ngeri dan memaksa saya hanya menjeling scene tersebut. (Yg paling ketara pada scene di mana rambut Victoria tersepit ketika dia mahu menuruni lurah licin itu) Mujur en.botak ada dan dia sentiasa brave melihat scene tersebut. = )


Dan untuk filem ini, saya berikan 4 bintang (1 = tak best. 5 = best sgt). Dan James Cameroon masih belum hilang taringnya untuk filem ini dan saya percaya filem ini punya kekuatan tersendiri sama seperti Avatar.

Wednesday, February 16, 2011

ladies night in Neway


Antara aktiviti yg paling saya gemari. Kali ini, aktiviti ini hanya di sertai girls sahaja. ; )
So, kami bebas untuk buat apa sahaja dalam bilik karaoke.
Lokasi pilihan kali ini di Neway, One Utama dan tema pillihan ialah biru.
Kami memilih ladies night dari pukul 12am - 4am.
Hoho. Saya sangat enjoy dan penat kerana terlalu sibuk menari. Terasa seperti berlari 100m penatnya. Apa-apa pun, saya sgt enjoy!

p/s - lets repeat again!

Diana - mastermind kali ini.

Sha - penghibur kami pada malam itu.


Sulastri - si suara emas.


Ana - si wifey yg sporting.


Ain - my BFF ; )


Nana - my rumate yg suka karok gak.


Rose - yg turut memeriahkan suasana.

ye..itu saya = )

Dan antara menu makanan yang ada di Neway:












paling utama - bill.