Monday, August 22, 2011

Ramadhan 21 : Iftar di Aroma Ikan Bakar.


Syukur alhamdulillah. Akhirnya dapat juga saya berbuka puasa di sini. Saya hampir buntu apabila memikirkan mana lagi lokasi berbuka yg menarik yg boleh saye terjah bersama Enche Botak pada kali ini.

:: ikan pari yg fresh ::



:: ketam biru ::

:: akhirnya, ini yg menjadi pilihan kami ::

Dan, ini menjadi pilihan kami buat kali ini. Sekurang-kurangnya ada juga variasi dalam pemilihan tempat berbuka. Kami berdua memang kaki seafood jadi sememangnya ini amat di persetujui kedua belah pihak.





:: antara landskap yg menarik di sini ::


Tahun lepas lagi kami sudah ke sini tetapi ketika itu dalam bilangan yg agak ramai. Memandangkan ramai yg sibuk dengan urusan masing-masing, jadi hanya kami berdua sahaja ke sini.
:: itu antara yg joint event ini tahun lepas ::

Saya sudah cuba untuk book tempat sejak beberapa hari yg lalu, namun saya di fahamkan yg tempahan sudah penuh maka kami harus walk in untuk mendapatkan meja. Jadi, saya dan Enche Botak bertolak awal kerana bimbang meja penuh.

:: Enche Botak ber posing ::



:: menunggu masa untuk berbuka ::

:: Enche Botak yg bizi ber online ::

Kami tiba di sini dalam 530 petang dan syukur ada rezeki. Mujur ada meja untuk kami. Jadi meja bertuah itu ialah Pantai 40.

:: meja kami untuk kali ini ::

Bagi saya, khidmat pelanggan mereka juga tidak menghampakan. Ini antara tempat top pilihan saya jika mahu makan seafood.

Seperti biasa, tukang pilih lauk ialah Enche Botak. Menu kami kali ini ialah:

Sotong Goreng Tepung (pilihan wajib kami)

Ikan Jenahak Bakar

Ketam Masak Cili

Kepah Masak Cili

Butterprawn

Kailan Ikan Masin (fav saya)

dan tak lupa juga ialah air tembikai jug kecil - maaf tiada gambar.


Untuk kesemua ini, berharga RM 87. Berbaloi bagi saya sebab ini antara destinasi makanan laut yg terbaaeekk dan sedap. Kalau anda berminat untuk ke sini, saya sertakan alamat dan contact person yg boleh di hubungi.


Memang berbaloi-baloi walau perjalanan ke sini mengambil masa 45 minit dari KL!

No comments:

Post a Comment