Saturday, October 29, 2011

Song for Sunday


You won't find faith or hope down a telescope
You won't find heart and soul in the stars
You can break everything down to chemicals
But you can't explain a love like ours. ------ Science & Faith,The Script.


it's karok time!


Untuk tahun ini, aktiviti kelas vokal ini baru sahaja di adakan dua kali. Dan sebelum ini di hadiri seramai 9 org, tetapi kali ini hanya 6 orang sahaja. Kami ke Neway lagi kali ini. Bayaran RM 44 seorang + 4 tidbits + air. Masa berkaraoke pula dari 11pm - 4am. Memang puas dan naik lemau abes! Jadi, kali ini saya tempekkan beberapa gambar untuk tatapan kamu semua.

:: sebelum ke medan kelas vokal ::





:: kami sudah sedia ke kelas vokal ::

:: muka excited Chot ::


:: itu saya ::



:: da macam cover penyanyi kumpulan wanita je ::

:: Chot - Anna - Diana ::

:: itu memang wajib, berdiri masa karok ::

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday Version 2


Kepada si dia,
Cinta itu pasti.
Separuh mati.
Tapi.
Aku mahu yang hakiki.
Dapatkah kau menemani ku di syurga nanti?


[ sumber ehsan Google ]

Sunday, October 23, 2011

akal fikiran dan hati.

kan aku sudah bilang,
tapi kau degil.

kan aku sudah cakap,
tapi kau tetap mahu.

kan aku sudah bebel,
tapi kau tetap pekakkan telinga.

kan aku sudah bagi amaran,
tapi kau tetap langgar.

sekarang,
rasakan.

baru kau tahu,
baru kau rasa,
baru kau mula rasa sedih, syahdu, sebak,
nak merengek sana sini.

tak senang,
tak tenang,
tak bisa,
tak selesa,
tak keruan,
tak aman.

sudah-sudahlah.
lupakan saja.
kisah, memori itu.
bagi peluang org lain pungut senyuman kau.
bagi peluang org lain hiburkan hati kau.
bagi peluang org lain tunjukkan yg dia pun ambil berat.
bagi peluang org lain ukirkan gembira dalam hidup kau.

jangan biarkan airmata itu bertakung sedalam perigi hati kau sendiri.

ahhhh. sudahla.
kau punya hidup, pandailah kau corakkan sendiri.

cinta pertama mereka.



Hari ini merupakan hari di mana cinta mereka termeterai. Anis ni dulu merupakan bekas teman serumah saya. Saya mula mengenali Anis semasa perkahwinan Yana + Azeze di Kota Bharu, Kelantan. Dia ni memang peramah. Mudah je rasa selesa dengan dia. Akhirnya, pencarian Anis berakhir. Ironiknya, dia berkahwin dengan cinta pertama dia. Siapa bilang cinta pertama tak boleh bersatu. Kalau dah jodoh, mmg tak ke mana. Alhamdulillah.







:: itu semua bekas teman serumah saya ::

:: bersama Cik Yat ::


Sebagai seorang teman, saya hanya mampu mendoakan yg terbaik buat Anis dan Hazwan. Semoga kalian kekal ke akhir hayat, di kurniakan cahayamata yg soleh solehah. Amin

Saturday, October 22, 2011

Ahad yg mengejutkan.




Saya terima berita duka ini pada pg ahad. Terkejut. Hati berdetik seketika. Mungkin sudah tiba masanya mengadap Illahi. Jadi saya hadiahkan Al Fatihah buat beliau. Di khabarkan meninggal dunia ketika bermain paintball di Melaka. Serangan sakit jantung antara punca utama.

Mengenali beliau dari Enche Botak. Kami pernah bermain paintball bersama-sama. Berkaraoke bersama-sama dan makan bersama-sama. Beliau sangat menyenangkan dan menghiburkan. Tak pernah lekang dengan gelak tawa dan sakat beliau. Namun, siapalah kita untuk melawan kuasa Tuhan. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Dan buat isteri beliau, Kak Liza semoga tabah dalam menjalani kehidupan selepas ini. Amin.

:: keratan akhbar Kosmo pada 24 Oct 2011 ::

Friday, October 21, 2011

untuk kamu.

kalau ini hukumnya karma,
maka aku redha,
maka aku pasrah.

ini yg bikin hati rasa sayu,
rasa sebak,
rasa syahdu,
tatkala terdetik di hati dan minda akan kamu.

maafkan aku
maafkan di atas kesalahan lampau
maafkan aku lagi
di atas hakikat kau menderita sepanjang aku tiada
maafkan aku
maafkan aku....

maaf aku tak mampu melawan takdir Illahi
dan mungkin ini yg Dia mahukan

ini dedikasi khas buat kamu,
yg dahulunya pernah pegang hati ini sampai ia berhenti berdegup..

:: lagu yg saya tujukan khas untuk kamu ::

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday


sampai bila?
tiada jawapan sampai saat ini.
moga rasa itu tetap ada dalam hati.
jauhkan rasa jemu, bosan dalam penantian ini.

Amin.

Tuesday, October 18, 2011

Smartphone dari Maxis


Hari ini saya terima reward dari Maxis di mana saya di tawarkan smartphone dan pakej data plan 3GB selama 24 bulan (ataupun dengan tersiratnya mengikat kontrak dengan Maxis untuk data plan). Antara smartphone yg di tawarkan ialah:


1 ) Nokia N8
2) HTC Wildfire S
3) HTC Desire S
4) Sony Ericson Xperia ARC - cuma RM 200
5) Samsung Nexus S - cuma RM 200


Saya agak buntu untuk memilih yg mana. Tapi, rasanya pilihan ke - 5 itu agak menarik. = ) Apa kata anda?

Saturday, October 15, 2011

Photoshoot di Empangan

Memandangkan hari istimewa kali ini saya tiada plan khusus maka telah mengutarakan cadangan untuk photoshoot sempena hari ulangtahun ke 3 perkenalan kami. Saya memilih lokasi di Empangan Sungai Selangor Kuala Kubu Bharu sebagai lokasi shoot pada kali ini. Ini kerana saya mahu mengelak dari shoot di tempak sesak. Dan sebagai bukti, saya pos kan gambar ulangtahun kami. Moga-moga ini boleh jadi penyumbang idea pada anda yg barangkali tertanya-tanya lokasi untuk shoot gambar. Untuk pengetahuan anda, untuk gambar kami berdua kami menggunakan tripod untuk mempotretkan gambar kami. Jadi, mungkin hasilnya tidak seberapa. Sila nikmati gambar yg sempat di potretkan ini.


:: lokasi photo shoot kali ini ::










:: shoot dengan lens 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens ::









:: Enche Botak da mula berpeluh - penat dengan tripod lagi ::

:: signboard DANGER, tp Enche Botak boleh senyum lagi! ::

:: untuk Enche Botak - LOVE ::



:: muahs - untuk anda yg setia mengikuti blog saya ::

Monday, October 10, 2011

Saturday, October 8, 2011

Happy 1095!




Itu tanggal ulangtahun kami. 1095 merujuk pada hari perkenalan kami berdua. Pejam celik sudah 3 tahun saya bersama Enche Botak. Alhamdulillah. Semoga hari-hari mendatang akan terus indah buat kami meskipun kadangkala perjalanan itu tidak selancar mana. Dan semoga kami di kurniakan ketetapan sehingga ke akhirnya. Doakan moga 'happy ending' itu milik kami berdua satu hari nanti.


:: ini khas buat Enche Botak - special from Apple ::

:: itu antara sebab mengapa saya beli online dari Apple store - ada engraving! ::

:: specially made by Ayu Wanie, kebiasaannya bagi cupcake je kali ni lain sikit - kalau berminat untuk tempah silalah click di sini http://choc8lat.blogspot.com/ atau https://www.facebook.com/profile.php?id=537567650 ::


:: bunga dari Enche Botak ::
p/s - Buat Enche Botak - someone told me that soulmate : is not the person we can live with but the person we cannot live without. And you are the person that I cannot live without. Sayang kamu dunia akhirat!

Thursday, October 6, 2011

customized skirt


Ha. Kali ini, saya mau promosikan tentang skirt yg bagi saya istimewa. Tapi, sebelum itu sila layan gambar yg telah saya sertakan di entri ini.





:: saya dengan pilihan skirt berwarna electric blue ::

Bagaimana? Sudah puas layan gambar yg saya tempekkan dalam entri kali ini? Kali ini saya ceritakan apa yg menarik tentang skirt ini. Menariknya, skirt ini mempunyai banyak pilihan warna yg mampu membuatkan anda rambang mata memilih. Tambah menarik apabila anda harus menyertakan juga ukuran pinggang, punggung dan panjang skirt yg anda mahu. Material yg di gunakan ialah dari heavy silky crepe italy. Yg terbaru ialah dari material lycra. Maka, secara tersiratnya skirt ini seolah-olah di buat khas untuk anda. Istimewa bukan? Berminat untuk memilikinya sendiri maka silalah ke https://www.facebook.com/profile.php?id=100001223476432