Saturday, July 30, 2011

MAS VS SIN


Ini ialah perlawanan timbal balik antara team Harimau Malaya VS Singapura. Perlawanan pertama sebelum ini di adakan di Stadium Jalan Besar di mana Singapura mendahului Malaysia 5-3. Sebelum perlawanan bermula, negara mengalami fenomena di mana tiket bola habis terjual sebanyak 90,000 (10,000 di peruntukkan untuk pembelian secara online). Manakala, cuma 2,000 sahaja untuk pembeli dari Singapura. Bayangkan nisbah ini.

Pertama kali mencuba face painting ini.


::tadaa..itu hasilnya::


Ini kunjungan kali kedua ke Bukit Jalil. Sebelum ini, saya pernah ke sini untuk melihat Piala AFF Suzuki 2010. Suasana yg sememangnya amat meriah dan havoc dengan berbagai ragam sememangnya menimbulkan rasa patriotik yg amat. Itu sebab saya amat mahu melihat lagi acara ini dan mcm biasa, Enche Botak akan menemani saya. = ) Tiket sudah saya beli pada hari pertama, bayangkan pada hari itu sudah 60,000 tiket habis di jual. Syukur sbb saya dapat juga beli (itupun gf Zaim yg tolong belikan)

::ain - saya - sakhai - gf sakhai::


Kami bertolak ke stadium pada pukul 5pm, dan tiba di sana setengah jam kemudian. Stadium penuh dgn lautan penyokong yg rata-rata memakai jersi Malaysia tanda sokongan. Stadium sudah mula padat dan penuh pada waktu ini. Ini mmg antara situasi yg sudah kami jangkakan.



::di tujukan khas buat Kapten Singapore::













::Enche Botak saya::

penuh padat panas!





::sesi memanaskan badan::

Enche Super Salee.



goalkeeper terbaek! - En Apek!

Syukur saya dapat duduk di seat yg hampir dgn padang dan di kelilingi dengan beribu penyokong Harimau Malaya yg sgt sporting dan mengharapkan beroleh kemenangan dengan pasukan lawan - Singapore. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia yg tewas bermaruah dengan pasukan lawan (1-1). Walau apa pun, kami tetap menyokong Harimau Malaya!

memories..






Gambar ini di ambil exclusively semasa tahun 2009. Sewaktu ini, ada event di Midvalley, KL anjuran ING Insurance di mana penyertaan paling minimum seramai 2 org di perlukan untuk setiap photoshoot yg di buat. Saya perlu membayar RM 15 sahaja untuk sekeping gambar di mana kami harus pose dalam keadaan ceria + gila-gila. Itu termasuk dengan derma kepada bahagian badan anjuran tersebut. Sgt menarik! Kami di berikan props yg berbagai untuk memeriahkan lagi suasana dalam gambar. Gambar yg menarik akan di beri hadiah istimewa dari pihak penganjur. Ini sekadar suka-suka sahaja dan sebagai kenangan untuk kami berdua. Lihat wajah happy kami, ceria bukan? ;p

Wednesday, July 27, 2011

selamat ulangtahun !




Aduhai. Semalam (26 July 2011) harijadi pertama si kecik neh yang pertama. Teringat-ingat pula kat dia. Ini lah permata hari tokwan dan opahnya yg sememangnya di tatang bagai minyak yg penuh. Selamat harijadi sayang, Mohd Muzzafar Nashreeq. (nama ini di beri oleh saya sendiri) Doakan semoga panjang umur, membesar dengan sehat dan berada di kalangan golongan bijak pandai.

sejambak bunga dan cinta



Bulan ini saya agak bizi memandangkan akan berpindah ke rumah baru yg lebih dekat dengan office. Jadi masa packing saya ada terjumpa sentimental value ini yg saya simpan rapi bawah katil. = )

terselit kad yg isi kandungannya terpaksa di rahsiakan.

Ini pemberian enche botak tersyg sempena hari ulangtahun perkenalan kami. Bouquet flower neh saya terima semasa ulangtahun kami yg pertama iaitu pada tahun 2009. Sedar ta sedar, sudah 2 tahun, bouquet flower neh bersemadi di bawah katil saya. Haha. Dan untuk enche botak, saya akan berusaha keras untuk menyimpan bouquet flower ini selagi terdaya. ;p

Sunday, July 17, 2011

big day Raini and Sam




Date : 16 Julai 2011
Venue : Dewan MAEPS, Serdang

Mereka berdua merupakan rakan kerja dan satu team split dahulu. Cinta berputik pon masa zaman split dulu. = ) Dan confirm la ramai rakan kerja yg datang meraikan majlis resepsi mereka. Yang menarik nya, Sam sgt sporting dan menyanyikan lagu "Belaian Jiwa - Innuendo" untuk suri hatinya. (hmm..kalau saya da ada lagu wajib yg saya mahu dia dendangkan)






Antara barang hantaran yg sempat di potretkan:
(dari pihak perempuan kepada pihak lelaki)







(dari pihak lelaki kepada pihak perempuan)











Semoga kalian berdua yg sama kecik dan comel neh di panjangkan umur, murah rezeki dan kekal ke akhir hayat.


itu kain pemberian enche botak pada saya. Sila lihat entri http://lessanoorsheda.blogspot.com/2011/03/souvenir-from-hatyai.html. Inilah hasil dari kain tersebut. = )