Tuesday, November 29, 2011

abah dan aku.


"Sedegil mana pun anak askar kebanyakan diaorang ada satu persamaan, takut pada bapak masing-masing.."


Itu antara wording yg aku dapat dari seseorang. Sorry Brader Leplep - gua cilok lu punya wording. Secara peribadi, memang aku ta sangkal kebenaran wording tu.

Aku bukanlah seorang yg rapat dengan abah pada zaman keanak-anakan aku dahulu. Ini kerana abah aku seorang yg sangat tegas dan garang orangnya. Boleh di kira hanya berapa patah perkataan sahaja yg aku bualkan dengan abah waktu zaman aku kecil dahulu. Aku lebih rapat dengan ma, mungkin kerana ma lebih linean dan penuh dengan sifat penyayang. Haha. Bukan aku na cakap abah kurang sifat penyayang, mungkin dia punya cara sendiri untuk tonjolkan sifat penuh kasih sayang dia. Cuma satu sahaja yg aku berani minta dengan abah - duit. = )

Zaman sekolah rendah aku, aku seorang yg liat bangun pagi. Kadang-kadang aku menghabiskan masa duduk termenung dalam bilik air sebelum mandi. Tu kira ok la. Tapi kebanyakannya, aku akan menangis dalam bilik air sebab aku malas na bersiap ke sekolah. Menangis tetapi dengan volume yg perlahan. Sebab apa? Sebab aku bimbang abah akan dengar. Seksa yg amat menangis tanpa bunyi suara padahal dalam hati memberontak yg amat. Tiap kali aku buat perangai waktu pagi, ma akan pujuk aku sebab ma risau abah akan dengar aku menangis. Kalau abah marah, mau teruk aku kena. Ish. Aku boleh tunjuk sifat memberontak aku dekat ma, tapi bukan dengan abah. Jelingan abah itu umpama jelingan maut bagi aku. Itu belum dia bercakap atau tunjuk signal tangan. Kalau yg itu, aku kena bersedia mental, fizikal dan emosi untuk berhadapan dengan abah.

Pernah juga aku takut untuk tunjuk report card pada abah bila ada beberapa keputusan subjek yg kurang memuaskan di mata abah. Sebab bagi abah, hanya A dan A+ sahaja yg bagus di mata dia. Maka, aku ambil keputusan mudah meniru signature abah. Haha. Itu sebab, signature aku sekarang hampir sama dengan signature abah. Jangan tanya kesan yg aku dapat dari perbuatan yg aku sangkakan bijak itu, hasilnya hanger hinggap di badanku. = )

Dan antara waktu yg paling sensitif untuk kami adik beradik ialah ketika abah sedang tidur. Pernah juga sekali kami cuba mencipta kelainan dengan bermain sorok-sorok di dalam rumah. Mungkin terlampau seronok sangat, maka suara dan pekikan adik-adik ketika bermain membuatkan abah terjaga. Hasilnya..kena jerit dengan abah dan ta cukup dengan itu tali pinggang menjamu tubuh badan kami. Mulai dari saat itu, kami akan senyap dan menikus jika waktu itu abah sedang tidur. Serik. Kalau sekalipun na main sorok-sorok, pada waktu ketika abah kerja. Baru feel na buat apa saja time abah tak de. Hihi

Pernah ada 1 peristiwa dalam hidup aku yg membuatkan aku rasa yg abah sgt caring orangnya. Ketika itu, aku sekolah rendah. Baru balik dari sekolah. Kenderaan utama aku ke sekolah ialah trak askar. Na dijadikan cerita, ketika aku meniti tangga dari trak ke bawah tiba-tiba kain sekolah aku di pijak oleh seorang budak yg berada di belakang aku. Akibatnya, aku tersadung di bawah dan hasilnya perut senak yg amat. Sudahlah pada waktu itu, hujan renyai-renyai. Lagi lah aku rasa na menangis. Na di jadikan cerita, abah balik dari kerja dan lalu dekat dengan trak yg aku naik. Memang sgt perfect la timingnya. Abah cari budak yg pijak kain sekolah aku. Penangannya, memang kena marah la budak tu. Mujurla abah ada, kalau ta senak gak aku na berjalan. Sudahla trak berhenti jauh dari rumah aku. Saat itu, abah berjaya mengubah persepsi negatif aku terhadap abah.

Jadi, aku sangat bersetuju pada statement ini. Aku ialah salah seorang insan yg di perkatakan itu. Seotai mana seseorang itu (merujuk pada anak askar) pada zaman kecil dia, pasti dia akan takut dan respek pada seorang sahaja - iaitu abah mereka sendiri - seorang yg memiliki baju celoreng.

"Every good father is the real super hero for his little daughter, until she starts to look for a junior one"

:: hero aku untuk entri kali ini - pakwe azali aku ::



p/s - sayaaaang abah sgt walaupun dulu abah garang!




1 comment:

  1. Sy srtuju..sbb sy jg ank askar..kt luar brutal giler..tp tkt giler dgn abah..

    ReplyDelete