Tuesday, November 8, 2011

misi flat stomach



Rutin harian saya bagi mendapatkan flat stomach. Perut saya memang agak naik sejak kebelakangan ini, barangkali selepas saya buka braces itu yg menyebabkan berat badan saya naik dengan cemerlangnya. Namun, masih di paras yg normal dan sesuai dgn ketinggian saya. Tapi, itu bukan tiket untuk saya terus mengabaikan antara aset penting wanita - perut. = )


Jadi, untuk rutin ini saya mengambil Elancyl Flat Stomach (beli ketika promosi Guardian RM60) dan juga Elancyl Cellu reverse (yg turut di beli ketika promosi Guardian RM 45) Saya tidak mengharapkan ini sahaja, malah turut menjaga makanan - elakkan dari makanan yg mengandungi karbo (roti, nasi etc). Pada waktu malam, saya menyapu Losyen Mustajab di bahagian perut, peha dan betis (tiga tempat bermasalah saya) dan melakukan sit up sebanyak 3o kali. Moga-moga akan nampak hasilnya dalam beberapa minggu ini.

10/11/2011
Indeks bacaan untuk
1) Perut = 29 inch
2) Peha = 19 inchi
3) Betis = 12.5 inchi




No comments:

Post a Comment