Sunday, November 20, 2011

Misi memanjat Broga Hills





Yeah. Akhirnya berjaya juga saya jejakkan kaki ke sini. Impian ke Broga sebenarnya sudah lama saya idamkan tapi mungkin tiada rezeki lagi itulah yg membataskan impian saya. Saya ke sini dengan Enche Botak yg mmg turut sama menyimpan hasrat ke sini. Kami bertolak dari TTDI pada pukul 430am. Tiba di kawasan Broga pada pukul 6am. Itupun kerana Enche Botak tersasar jalan. Singboard utama untuk ke sini ialah Taman Arnab. Berhadapan dgn Taman Arnab ialah ladang kelapa sawit. Ini tempat di mana parking kereta di sediakan dengan bayaran RM 2 per entry.

:: di sinilah tempat kami parking kereta ::

Pendakian di mulakan pada pukul 630am selepas Hamdan tiba di tempat yg di janjikan. Untuk misi mendaki kali ini, hanya di sertai seramai 3 org sahaja. Bagi saya, pendakian memerlukan kekuatan fizikal dan mental ini kerana bukit Broga ini agak curam dan 85% menaik. Ketika mendaki, turut ada di kaki bukit Broga ini ialah warung menjual air kelapa, air dan juga makanan. Sempat juga saya melirik pada mangkuk cawan maggi yg terjual di situ. Dapat saya simpulkan tempat ini mmg popular di kalangan remaja terutamanya.

:: pemandangan waktu Subuh di Broga ::

:: di pit stop pertama - ramai yg melepaskan lelah di sini ::



:: antara pendaki di pit stop pertama ::



:: itu trademark Broga - lalang yg tinggi dari diri sendiri ::

:: itu Enche Botak saya ::

:: ini Hamdan - rakan sepasukan dgn Enche Botak ::


Di Broga, ada lebih kurang 4 pit stop. Saya cuma ke pit stop ketiga kerana untuk ke pit stop terakhir, mmg curam dan perlu tali untuk ke puncak. Di pit stop ke tiga pon saya sudah dapat view yg menarik. Lagipun keadaan cuaca pada ketika itu seolah-olah tidak mengizinkan kami ke pit stop terakhir. Gerimis menyambut kami ketika pit stop ketiga. Itu yg membuatkan kami tidak duduk lama di situ.

:: tapak kasut yg penuh dengan kotoran lumpur ::

:: pit stop ke dua - mengumpul nafas untuk mendaki ::


:: kami di pit stop kedua::

:: di hadapan itu ialah pit stop ketiga ::

:: pendaki di pit stop pertama - shoot gmbr dari pit stop kedua ::



:: bukti lalang itu lebih tinggi dari saya ::





:: kumpulan remaja yg kecoh di pit stop kedua ::


:: saya cuba mengcontrol kepenatan ::


:: kabus tebal menyelubungi Broga - sejuk! ::

:: kami di Broga ::

:: saya di pit stop ketiga::

:: saat ini gerimis sudah mula turun ::

:: Enche Botak yg muka sudah merah padam ::

:: laluan ke pit stop terakhir ::


:: beramai -ramai turun ::



Akhirnya, kami turun kembali setelah mendapat sedikit tenaga. Dan seperti di jangkakan warung yg menjual air kelapa penuh dgn kunjungan pendaki Broga yg baru turun dari mendaki. Ada juga si penjual ais krim yg cuba menarik perhatian pendaki yg dahaga. Kami berjaya turun dengan selamat ke bawah pada pukul 830am. Alhamdulillah, semua selamat. Cuma saya agak terkilan kerana tidak berjaya untuk shoot gambar sunrise. Apa-apa pun Broga sememangnya menjadi antara tumpuan utama jika ke Semenyih. Cuma, di kesalkan akan kebersihan kawasan Broga agak tercemar dengan sampah yg di tinggalkan pendaki.


Syukur, kami berjaya menjejakkan kaki juga ke sini. = )

No comments:

Post a Comment