Tuesday, November 22, 2011

Sesi ayam penyet di Wong Solo, Shah Alam


Sekali lagi, saya meluangkan masa untuk menjamu ayam penyet. Tetapi kali ini berbeza sedikit kerana lokasinya terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Inipun hasil ajakan Rose. Memandangkan saya pun ta punya apa-apa aktiviti,maka saya ke sini. Restoran ini rupanya berdekatan dengan Jakel Shah Alam.

Di cat dengan warna hijau terang berserta dengan perabut kedai yg menarik, suasana kedai yg bersih serta pelayan memakai baju seragam ala-ala Jawa gitu mampu membuatkan kami selesa. Sebelum itu, saya lampirkan dulu deko dalam restoran Wang Solo ini.



:: ada ruang khusus juga buat pengunjung jika mahu bersila ::

Dan sekarang, saya perkenalkan antara para pemakan tegar ayam penyet ini.

:: tukang beri idea dan cadangan - Rose ::

:: pemandu arah - Arm ::

:: penghibur suasana - Sulas ::

:: tukang pujuk saya ke sini - Ain ::

:: pasangan suami isteri yg belum pernah cuba makan ayam penyet ::

:: ini aksi saya sewaktu candid hasil shoot dari Arm yg bertalu - talu ::




Ok, sekarang kita ke bahagian yg penting iaitu keypoint entri kali ini. Ayam Penyet. Selain dari ayam penyet, ada juga Ayam Bakar. Sila layan gambar di bawah;


:: jus jagung Sakinah RM 5.50 ::

:: sekadar iklan ::

:: set ayam penyet RM 10.90 ::



:: terung ::

Nampak menyelerakan ye? Memandangkan saya bukan penggemar masakan pedas jadi saya hanya mampu bertahan sekejap sahaja untuk makan. Tetapi, secara peribadi Ayam Penyet Wong Solo ini mmg sedap berbanding dari ayam penyet yg lain. Kamu boleh cuba untuk ke sini:

Alamat Restoran Wong Solo, Shah Alam :
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial, Seksyen 7
40000 Shah Alam,Selangor
No. telefon : 03-55111835
Dibuka Isnin-Ahad : 11pagi-11 malam





1 comment:

  1. ini same mcm Restoran Ayam Penyet AP tu ke ?
    atau syarikat lain eh ?

    ReplyDelete