Wednesday, November 16, 2011

tiket MASwings Miri - Mulu yg menjadi rebutan ramai


Syukur. Akhirnya berjaya juga saya dapatkan tiket flight yg dari Miri - Mulu (return). Untuk info kamu, untuk ke Mulu National Park ada 2 cara iaitu dengan plane atau bot. Tetapi, memandangkan cara bot tidak begitu reliable makanya, pilihan untuk plane lagi mudah dan cepat. Saya di fahamkan oleh Jeremy (kakitangan Mulu Park) perjalanan dari Miri ke Mulu menaiki bot kadangkala boleh sampai 12 jam ataupun lebih teruk 2 minggu bergantung kepada tahap paras air.

Jadi, bagi tidak membuang masa saya menjadikan plane sebagai pilihan utama. Hanya MASWings sahaja yg beroperasi untuk ke Mulu. Jadi, plane ATR 72 ini seat nya tidak seluas plane yg biasa kerana hanya beroperasi di kawasan rural sahaja. = ) Saya anggap ini antara pengalaman baru buat saya kerana belum pernah lagi saya naik plane Aerostaple ni.

Pada 15 Nov 2011, pihak MAS ada membuat promosi school break untuk MASWings. Mujur saya check. Mmg sgt berbeza berbanding harga sebelum ini. Syukur, kesemua kami dapat book tiket pada tarikh yg di mahukan. Cuma sekarang menghitung hari sahaja untuk ke Mulu Park.


:: ini lah dia school break promo yg buat saya gila untuk beli tiket a.s.a.p (RM14 sehala) ::

:: ini harga sebelum promo untuk school break (RM86 untuk sehala) ::


:: beberapa jam selepas promo di launchkan - haa..mcm goreng pisang panas! ::

No comments:

Post a Comment