Tuesday, March 15, 2011

ada apa dengan Tanjung Lumpur





Kalau Melaka terkenal dengan Umbai, Selangor terkenal dengan Bagan Lalang,Jeram..maka tidak keterlaluan saya katakan, Tg Lumpur mampu menjadi tarikan dari segi pilihan makanan seafood nya. Ini antara tarikan di bandar Kuantan - di mana terkenal dengan banyak restoren yg menawarkan pilihan seafood yg pelbagai. Yea. Enche botak saya seorang yg sgt sukakan seafood. Dan dari dia lah saya turut terjebak dan menyukai seafood. ;p


Ini kunjungan kali kedua kami ke sini. Sebelum ini, saya pernah ke Tg Lumpur pada bulan Dec yg lalu. Cuma, kami mencuba restoren yg laen pula. Dan kali ini, restoren pilihan ialah di Restoren Ana Ikan Bakar Petai. Ha. Dengar nama saja sudah unik. Sebab utama ke sini ialah petai. Sebelum ini, ikhlas saya katakan yg belum pernah lagi saya rasa seafood yg menawarkan di antara masakannya main ingredients ialah petai. = )

meja pilihan kami

saya yg lapar ;p

muka saya yg lebar - petanda gemuk kah itu?



enche botak saya yg turut sama kelaparan = )


ini menu pilihan kami;
udang goreng pedas
::sedap, dan udangnya agak besar dari segi size::

menu wajib saya - sotong goreng tepung
::seperti kebiasan saja rasanya, cuma agak liat sebab sotong agak besar::

ha - ini ikan bawal goreng petai = )
::rasa yg mmg menarik::

sampingan - kangkung goreng belacan


Menurut kata enche botak, menu ini semua mencecah RM80. Amaun yg saya kira, berbaloi - baloi dengan suasana, masakan yg cukup rasanya dan servis pelayan restoren yg tak lekang dengan senyuman. Tg Lumpur ta pernah menghampakan saya dari segi kualiti seafood nya. Cuma yg buat saya terkilan, sampai sekarang saya masih belum ada rezeki mencuba satar ikan. Saya sendiri kurang pasti bilakah saya akan berpeluang untuk ke sini kembali.

3 comments:

  1. seafood tanjung lumpur murah giler kot... tapi aku tak pernah dapat makan kat kedai Ana Ikan Bakar nih, sentiasa full...

    by the way, sata paling sedap aku makan kat Kemaman, tapi, aku lupa nama kedai. cuma ingat kedai tepi jalan setentang dengan laut. itupun dah banyak tahun dah.. huhu~

    ReplyDelete
  2. yup. betol! murah and sedap. rezeki aku dapat mkn kat sini..mmg full house aje kat sini.. aku dtg awal. tp, aku still ta de rezeki na mkn sata. haish.

    ReplyDelete
  3. ikan bakar petai mmg superb!!!

    ReplyDelete