Tuesday, March 15, 2011

Review Filem : Hikayat Merong Mahawangsa


"Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kamu berdua,
Bila 2 jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama"


Itu antara bait pantun yg menyentuh jiwa saya. Dan sangat puitis sekali. Dan review filem saya agak istimewa dan laen dari kebiasaan kerana saya akan menilai filem tempatan ini dlm entri terbaru saya. Filem ini di arahkan oleh Yusry Abdul Halim yg saya kira berani mengambil risiko dengan membelanjakan bajet yg besar untuk filem ini. Filem ini merupakan aksi epik terbaru selepas epik Puteri Gunung Ledang.


Dan kali ini, lokasi pilihan kami untuk menonton filem ini agak istimewa kerana jauh dari KL iaitu di Kuantan, Pahang. = )

Stephen Rahman-Hughes yg merupakan tunggak utama filem ini mendukung watak ini dengan baik. Saya puji watak ini di berikan pada Stephen kerana bersesuaian dengan karakter beliau.
Imej keperkasaan. mimik muka, gestur badan di lihat selari dengan wataknya. Begitu juga dengan watak Khir Rahman (Kamawas) yg berjaya membawakan watak antagonis sehingga membuatkan saya benci dengan dia. Watak 'hitam' nya sangat berkesan di hati saya. Dan untuk Wan Hanafi Wan Su (Taji), Nell Ng (Ying Ying) dan Ummi Nazeera (Embok) telah menambahkan lagi warna filem ini.


Filem ini agak berat bagi saya kerana berkait rapat dengan sejarah Langkasuka iaitu Negeri Kedah pada masa sekarang. Maka, tidak boleh sewenangnya memutar belitkan fakta sejarah.


Kalau di ikut dari sejarah, Merong Mahawangsa berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.


Hikayat bermula apabila Merong Mahawangsa (Stephen Rahman-Hughes) yg mengundang minat Putera Marcus (Gavin Stenhouse) pada ketika itu singgah membaiki kapal mereka di Goa, India dengan ketangkasan dan perkasa Merong Mahawangsa. Di tugaskan untuk membantu Putera dari Rome itu untuk ke Langkasuka dan mengetuai rombongan Rome demi misi berkahwin dengan Puteri Meng dari Dinasti Han di China.


Plot menjadi semakin menarik apabila Wan Hanafi Wan Su (Taji) bertindak menculik Puteri Meng dan di bawa ke Geruda. Maka bermula kisah untuk mendapatkan kembali Puteri Meng. Filem ini turut menyelitkan Umi Nazeera (Embok) sebagai seorang wanita yg kehormatannya telah di cabul oleh Kanmawas namun, akhirnya menjadi permaisuri Merong Mahawangsa.



Di sebalik kehebatan filem ini, namun masih terselit kekurangan dari segi mutu audio visual HMM, ini kerana gred warna filem itu agak kusam sehingga objek yg di tayangkan pada layar adakalanya kurang jelas dan agak kabur. Namun, filem ini tetap layak di berikan pujian seiring dengan jerih-perih pengarah kalibernya iaitu Yusry Abd Halim. Dan untuk filem ini saya rate 4.5 dari kiraan 1 (yg ta besh) ke 5 (yg besh sgt).



Fakta filem ini:
*ditayangkan secara serentak di 34 buah negara pada 10 Mac 2011.
*kos produksi sekitar RM8 juta.
*set perkampungan Melayu hancur sehari sebelum penggambaran bermula dan terpaksa dibina semula dan seluruh kampung dibina semula dalam masa 3 hari.
*lokasi penggambaran ialah di Pantai Merang, Terengganu.
*105 pemain muzik orkestra antarabangsa di bawah bimbingan Malaysia Philharmonic memainkan lagu latar serta efek bunyi untuk filem ini.


1 comment: