Sunday, March 6, 2011

Review Filem : I am Number Four





Berpeluang untuk menonton filem ini agak lewat seminggu dari tarikh di tayangkan. Dan mcm kebiasaaan, enche botak yg menemani saya. Barisan pelakon untuk filem ini kebanyakannya muka yg jarang saya lihat di layar perak. Di arahkan oleh D.J. Caruso,di lakonkan oleh Alex Pettyfer (John), penjaga John - Timothy Olyphant (Henri), Diana Agron (Sarah), Callan McAuliffe (Sam) dan Teresa Palmer (Number 6).


Filem ini berkisarkan tentang superhero - di mana John memiliki kuasa luarbiasa yg asalnya dari planet Lerion. John di jaga oleh Henri semasa di bumi. Identiti John telah di ubah bertujuan supaya Mogadorians (makhluk asing yg jahat dari Lerion) tidak dapat mengecam kehadiran John semasa di bumi. Selain dari John, turut mempunyai kuasa sebegini ialah 8 yg lain. John di set kan sebagai nombor 4. Untuk Mogadorians membunuh legasi ini, mereka harus membunuh 1 persatu mengikut turutan. Yg agak membanggakan kerana nombor 1 di jumpai di Malaysia.




Dan apabila Mogadorians berjaya menjejaki Number 4, maka John harus bersedia untuk mempertahankan diri nya dari di bunuh dan seterusnya menjejaki Number 5. John turut di bantu oleh Number 6 untuk misi kali ini. Seperti kebiasaan, akan ada adegan cinta antara John dan Sarah. Sam yg kehilangan ayahnya - di dakwa di culik oleh makhluk asing mengukuhkan lagi alasan Sam untuk turut menyertai John di dalam misi ini.


Akhirnya, Number 4 berjaya di jejaki oleh pihak Mogadorians. Maka, bermulalah plot aksi filem ini untuk mempertahankan diri. Plot menjadi semakin mencabar tatkala Henry mula mati. Maka, Number 4 harus mempertahankan diri tanpa guardian nya. Seperti kebanyakan filem superhero yg laen, sudah semestinya hero akan menang.




Skeptikal. Itulah review saya. Pada pendapat peribadi saya, filem ini seperti kebanyakan cerita makhluk asing laen yg pernah saya tonton (contohnya - Kyle XY) Dari 1 (yg terburuk) - 5 (yg best gila babas), saya bagi 3 bintang untuk filem ini. Mungkinkah ada sambungan I am Number Four selepas ini? Bukan apa, penghujung filem seolah tergantung di mana Number 4 pergi meninggalkan Sarah dan mengikuti Number 6 mencari ahli yang laen. Apa yg saya dpaat katakan, nantikan sahaja.





1 comment: