Tuesday, March 15, 2011

Review : Impiana Resort Cherating



Saya memilih Impiana Resort Cherating sebagai pilihan pada kali ini setelah membaca review dari bloggers yg laen ttg resort ini. Sebelum ini, saya pernah ke Legend Cherating tapi dek kerana kurang memuaskan saya berhajat untuk mencuba Impiana pula pada kali ini. Bak kata orang, biarlah kali ini saya pula yg merasa sendiri.

berlatar belakangkan resort

deko yg menarik perhatian saya

Saya check in agak lewat kerana lambat tiba di Cherating. Di sambut dengan pelayan yg mesra - En Fariza. Resort agak fullhouse kerana cuti sekolah. Mujur saya sudah book sejak sebulan yg lalu. Review saya kali ini saya kategorikan kepada 4 perkara; lokasi, bilik penginapan, kemudahan dan khidmat pelanggan.


Lokasi:
Agak jauh dari bandar Kuantan. Dan mengambil masa lebih kurang 45 ke sini. Tapi apabila menghampiri Impiana, tempat nya agak jauh ke dalam dan privacy sedikit manakala pantai nya tidak sebegitu sesak.

pemandangan resort


Bilik penginapan:
Ini merupakan antara elemen penting bagi saya setiap kali memilih resort/hotel. Saya di tempatkan di tgkt 3 (yg paling atas). Pada mulanya saya mahu menukar bilik, tetapi memandangkan fullhouse maka no choice. Bukan apa, sebab utama - tiada lif jadi saya agak penat untuk naek tangga membawa barang + beg baju. Jadi di sini, saya sertakan beberapa gmbr sebagai tatapan apa yg menarik untuk bilik pilihan saya (Deluxe Seaview) dan kesemua bilik menghadap laut China Selatan.

tv yg old school - cuma 14 inci

couch yg menarik perhatian - menghadap pantai dan laut





siling bilik di tingkat 3



toiletries - lengkap siap dengan berus gigi + ubat gigi

pemandangan dari bilik - terus ke laut.


Kemudahan:
Antara kemudahan wajib yg ada semestinya swimming pool, cafe, bicycles, playground untuk si kecil comel. Cuma kekurangan nya, bilik tiada kelengkapan internet. Mujur saya punya broadband, dan coverage celcom broadband tidak menghampakan saya.



cafe

berhampiran dengan laut


Khidmat pelanggan:
Sepanjang saya menginap di sini, khidmat pelanggan nya memuaskan hati. Dari receptionist sehinggalah kepada housekeeping. Saya ada request untuk ironing board + iron, dan semuanya sampai dalam masa terdekat.


Dan daripada experience saya sendiri, maka saya rate Impiana Resort Cherating dengan 4. (1 for worst, 5 is for best ever). Saya cadangkan anda untuk menjadikan Impiana Resort Cherating dalam top priority jika berkunjung ke Cherating.


nama saya di pantai





so happy to see the sea

sehingga berjumpa lagi!

2 comments: