Wednesday, January 12, 2011

The Tourist Review




Entri kali ini, tentang filem The Tourist. Gandingan hebat antara Angelina Jolie dan Johhny Depp. Kedua mereka ini merupakan hero dan heroin fav saya jadi, mana boleh saya lepaskan peluang menonton filem ini. Filem ini sebenarnya di tayangkan sudah lama, cuma saya ta berkesempatan untuk menontonnya. Dan macam biasa, en botak yang akan temankan saya untuk menonton wayang. ; )


Angie memegang watak sebagai Elise (agen Interpol yang undercover untuk mission menangkap Alexander Pearce sebelum ini) manakala En Depp pula sebagai Frank Tedole (guru matematik dari Amerika). Seluruh penggambaran filem ini di lakukan di Venice, Italy. Pada dasarnya filem ini mengenai jenayah money laundring. Setahu saya, filem ini ialah remake dari Anthony Zimmer yang sepatutnya di tontonkan di UK dan US pada tahun 2005.


Genre cinta tetap ada di selitkan dalam filem ini. Elise dalam filem ini bertindak untuk menyelamatkan identiti Alexander Pearce yang di kehendaki oleh pihak Interpol kerana mencuri 2 billion dollars daripada gangster Bristish. Makanya, dia menjadikan En Frank sebagai "kambing hitam" untuk misi ini. Tetapi, En Frank sudah jatuh cinta pada Elise. Malangnya En Frank tidak tahu identiti Elise yg sebenarnya.


Filem ini bagi saya, menggambarkan elemen kemewahan. Teruja apabila melihat suite di hotel Venice itu. ; ) Climax filem ini sudah dapat saya jangkakan (barangkali anda pon begitu) - akhirnya Elise akan ke En Frank juga. Bagi saya, filem ini begitu mendatar plotnya. Hurm.


Bagi peminat Angelina, pastinya mengharapkan aksi yang lebih dari filem ini, tetapi malangnya dia seolah 'hilang taring' pada kali ini. Secara peribadi, kedua mereka memang zero chemistry. Hurm. Dan sehingga ke penghujung cerita, saya masih belum nampak kelibat Alexander Pearce. Garapan kedua pelakon hebat ini lah yang membuatkan ramai ke panggung. Tetapi, filem ini ta se'gah' seperti aura kedua pelakon ini.


p/s - saya memang menyimpan angan mahu ke Venice (bandar romantik) dan saya mengenali Venice daripada game Lara Croft Tomb Raider. owh dan gondola itu sgt menarik untuk di naiki! ;)

2 comments:

  1. ko tau ke tak sape alexander pearce.. aku dapat tangkap kat tgh tgh cerita lagi siapa alexander pearce...

    ReplyDelete
  2. owh. aku ta dpt na tangkap la sape dia tuh..

    ReplyDelete