Monday, January 24, 2011

Review : Legend Water Chalet, Port Dickson



Ini merupakan entri pertama saya mengenai hotel. Review saya kali ini saya kategorikan kepada 4 perkara; lokasi, bilik penginapan, kemudahan dan khidmat pelanggan.



Lokasi:
Kalau dari KL, boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan dan jarak dalam 100km (sejam perjalanan memandu) untuk ke lokasi ini. Chalet ini terletak di pekan Lukut (lebih kurang 3.5km dari PD) Berdekatan dengan Glory Beach Resort. Di sebelah chalet ini, letaknya Legend International Water Home. Bagi saya, tidak sukar untuk mencari chalet ini kerana terdapat signboard untuk ke chalet ini banyak menolong saya. (Ye. Kereta saya tidak di lengkapi dengan GPS, maka kena cara arah dengan cara yang manual..haha)



Bilik penginapan:
Ok. Pertama kali jejak kaki ke sini, saya sangat teruja dengan suasana chalet ini. Bilik terbahagi kepada Premium Tower Seaview, Deluxe Water Chalet, Executive Water Chalet dan Premium Water Chalet. Saya memilih untuk menginap di Premium Tower Seaview. Bilik sangat cantik + cozy.. ada 2 katil dalam bilik. Di lengkapi dengan jakuzi dalam bilik. Memang sgt best. (maaf tiada gmbr jakuzi - ta sempat na shoot) Dekorasi bilik juga mmg menarik perhatian saya.










Kemudahan:
Hoho. Di sediakan kemudahan wifi di setiap bilik - speed 4Mbps ye! Jgn tanya mcm mana saya taw (da nama kerja dengan Streamyx kan..) Chalet ini juga turut ada kolam renang (yang saya kira semua hotel/chalet wajib ada kemudahan ini) dan 2 jakuzi yang terbuka (sejuk dan panas) untuk tujuan relaxation. Saya turut ternampak bilik karaoke yang berhampiran dengan kolam renang, cuma saya kurang pasti tentang harga di situ.





Khidmat Pelanggan:
Saya di sambut di kaunter check in dan check out dengan mesra. Cuma yang agak merimaskan saya ialah, ketika makan pagi di mana table sudah di tentukan. Mungkin kerana cafe agak kecil, maka terpaksa mencatu pengunjung chalet dengan menetapkan meja mana yg saya harus duduk setiap kali turun untuk makan pagi. Dan menu makanan juga tidak begitu membuatkan saya rasa lapar untuk makan.



Apa - apa pun, saya percaya ini mampu menarik perhatian anda ke sini. Review ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan sekadar mempelbagaikan pilihan kamu jika hendak bercuti ke Port Dickson. Yang penting, ini mampu release kan tension kerja saya. Yea.

Daripada 1 (terburuk) - 5 (terbaek), saya rate hotel ini dengan 4.

5 comments:

  1. Mcm kenal je topi tue.. pinjam ek.. waaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. haha. ye la. pinjam je. tu pon nasib baek ada yg sudi pinjamkan topi.

    ReplyDelete
  3. psss.. pandai ek shoot gambar. lawa.. nice!!

    ReplyDelete
  4. aku teringin jugak nak pergi sini. tapi encik driver malas bawak...... anyway, most hotels yg cafe tak besar mmg catu total customer yg masuk utk breakfast. aku pernah rase kat Melia. rase mcm kena makan cepat2 sbb nk bagi chance kat org lain 0_o

    ReplyDelete