Saturday, January 1, 2011

Perfume and Personality


Ada pendapat yang mengatakan bau wangian seseorang berkait rapat dengan personaliti seseorang itu. Mungkin ada benarnya pernyataan ini. Jadi, entri saya kali ini lebih kepada bau wangian. Cuba kamu semak wangian yang di gunakan sekarang lebih menjurus kepada bauan apa. Mungkin itu mampu beri gambaran yg jelas tentang personaliti korang. = )

Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-

BUNGA-BUNGAAN :-
Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.

BUAH-BUAHAN :-
Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.

OCEANIC :-
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI :-
Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !

ORIENTAL :-
seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN :-
wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.


Berikut saya sertakan antara koleksi bau wangian saya. Pendek kata, hampir kesemuanya mempunyai ciri-ciri yg sama iaitu - bau yang menjurus kepada oriental. Hoho. Tapi saya ta berperasaan seksi + eksotik pon. = ) Macam mana pulak dengan wangian korang? Sama kah dengan saya? = )


Ralph
Ralph captures the energy, spirit and personality of today's young woman with a colorful, floral fragrance: sparkling green apple leaves, zesty orange mandarin, charismatic pink magnolia, seductive purple freesia and soft blue musk.

abaikan corak di luar botol perfume - ini perfume yg saya pakai pada 2008.

Emporio Armani Diamond
The fragrance is categorized as a gourmand floral, featuring top notes of lychee and raspberry; middle notes of rose, freesia and lily of the valley, and a base of vetiver, cedar wood, patchouli and vanilla.
ini merupakan hadiah dari enche botak pada 2009.

Fantasy by Britney Spears
It is a refined flowery fragrance with a blend of fruits, jasmine, and heliotrope with low notes of cedar vanilla and musk.

lantaran terlalu minat pada Britney,maka saya beli ini!

Burberry Brit Sheer
“designed to embody the youthful spirit of Burberry Brit and the individual, charismatic woman it was created for”.
The notes include yuzu, mandarin, pineapple leaves, lychee, grapes, peony, peach blossom, sweet pea, nashi pear, white musk and amyris wood.

perfume pilihan saya untuk tahun 2011.

No comments:

Post a Comment