Monday, October 3, 2011

bestfriend sekejap atau lama?


Persoalan yg bermain di minda sekarang. Aduhai. Saya terfikir tentang ini - merujuk khusus pada bestriend, saya cuba mengingat kembali beberapa insan yg pernah saya nobatkan sebagai teman baik. Seingat saya, susah untuk saya menaik tarafkan seseorang dari kawan kepada teman rapat di mana saya akan berkongsi masalah, gembira dan duka saya. Saya senang bergaul dengan sesiapa sahaja namun bukan senang menganggap sessorang itu teman baik saya.

Sebelum ini, saya pernah rapat dengan dua tiga kawan (perempuan.. off course) Tetapi sejak mereka berkahwin dan punya anak, maka hubungan rapat kami seolah-olah terpisah. Itu yg menyebabkan saya sering menangis tatkala teman rapat selamat di ijabkabulkan kerana saya mengerti itu ialah salah satu sebab yg akan menjarakkan hubungan kami.

Ok. Saya bukan prejudis pada sesiapa. Tapi, saya bercakap melalui pengalaman sendiri.

Tak puas hati lagi? Sila jangan teruskan membaca entri saya yg ini.


Hurm.

Apa definisi bestfriend yg sebenarnya? BFF - Bestfriend forever katanya. Kalau betul itu bestfriend maka apa jua yg terjadi bukan alasan untuk terus menyepi. Barangkali sibuk dengan rutin harian. Entahlah. Saat ini hati saya mula berkeras mengatakan yg tatkala seseorang perempuan itu di ikat oleh si lelaki, maka itulah saat di mana dia akan meninggalkan kehidupan bujang sebelum ini termasuklah teman rapat sebelum dia berkahwin.

Betulkan jika saya salah. Entri ini sekadar luahan kata hati saya.


No comments:

Post a Comment