Saturday, October 22, 2011

Ahad yg mengejutkan.




Saya terima berita duka ini pada pg ahad. Terkejut. Hati berdetik seketika. Mungkin sudah tiba masanya mengadap Illahi. Jadi saya hadiahkan Al Fatihah buat beliau. Di khabarkan meninggal dunia ketika bermain paintball di Melaka. Serangan sakit jantung antara punca utama.

Mengenali beliau dari Enche Botak. Kami pernah bermain paintball bersama-sama. Berkaraoke bersama-sama dan makan bersama-sama. Beliau sangat menyenangkan dan menghiburkan. Tak pernah lekang dengan gelak tawa dan sakat beliau. Namun, siapalah kita untuk melawan kuasa Tuhan. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Dan buat isteri beliau, Kak Liza semoga tabah dalam menjalani kehidupan selepas ini. Amin.

:: keratan akhbar Kosmo pada 24 Oct 2011 ::

No comments:

Post a Comment