Tuesday, October 4, 2011

aku semakin gila.


ok. Tajuk entri mungkin agak cemas. Tapi sila bertenang sekarang. Apa yg saya cuba maksudkan saya makin gila pada band ini - The Script yg original dari Dublin, Ireland ni. Dulu mmg saya sudah jatuh cinta pada track The Man Who Can't Be Moved, tapi setelah mendengar track dari album terbaru mereka Science and Faith di mana mempunyai lagu keGILAan saya iaitu "For the First Time" maka itu telah membuat saya seperti cacing kepanasan mencari CD Album mereka. Puas mencari, maka akhirnya saya jumpa juga album mereka di Rock Corner, The Curve. Begitulah hebatnya penangan band ini sehingga mampu membuatkan saya makin gila mendengar lagu dendangan mereka. Tahniah pada band ini kerana turut berjaya mengopakkan duit saya.

:: bukti pembelian original ::

p/s - Terima kasih buat Enche Botak yg sudi menemani saya ketika misi mencari CD Album ini di merata - rata kedai album. Phew.

No comments:

Post a Comment