Saya bukan kaki pancing, tp punya pengalaman tersendiri dalam aktiviti memancing. Berpeluang untuk ke laut China Selatan kali ini untuk aktiviti memancing. Ini agak berbeza berbanding dengan memancing di kolam pancing yg biasa terdapat di kota. Kali ini, semua nya agak thrill di tambah pula denga saya yg memang nature nya mabuk laut. Hish. Pantang nampak ombak, mula la perut saya rasa terbuai-buai mcm ombak. Aduhai.
Saya ke Merang, Terengganu untuk aktiviti kali ni bersama dengan family enche botak. Kami tinggal di Merang Homestay atas cadangan dari Pak Mat (tekong kami). Alhamdulillah, tempat penginapan sgt selesa dan berpatutan dengan harga yg di tawarkan. Ini di datangkan pakej sekali dengan trip memancing di laut. = ) Di bawah ini saya sertakan gambar fizikal rumah homestay pilihan kami.
ruang tamu
Ok. Tiba masa saya perkenalkan para pemancing yg turut serta dalam aktiviti ini:
enche botak saya
uncle merangkap papa enche botak
mama
abg Man
Lin
Hafiz
itu saya
abg Ajis a.k.a Captain Barbosa
Pak Mat a.k.a Captain Jack Sparrow
kami sudah get ready untuk ke laut
waktu senjakala
Memang mencabar untuk berada di atas bot tatkala keadaan saya yg mabuk laut dan kerap muntah-muntah. Dan malam itu memberi satu lagi pengalaman baru untuk saya di mana ribut melanda di tempat kami memancing. Hujan pula sangat lebat dan saya terketar-ketar di dalam bot, sudahla perut pon dalam keadaan yg kurang selesa. Mmg sgt thrill buat saya. Masa itu, saya cuma berdoa agar cepat sampai ke jeti. Syukur, kami berjaya sampai dalam keadaan selamat dengan usaha dari tekong kami yg berpengalaman.
our catch for 1st day
Dan hari kedua pon menjelma. Enche botak dan family ke laut kali ini tanpa saya sebab saya kurang sehat dan ta mampu untuk turut serta. Jadi, saya cuma berehat di homestay. Alhamdulillah, tangkapan untuk hari kedua mmg memuaskan dan sekurang-kurangnya tidak balik dengan tangan kosong.
anglers yg sedia untuk battle
enche botak dan hasil tangkapannya
our catch for second day
wajah excited na tunjuk tangkapan masing-masing
Hari ketiga (12 June 2011) - hari terakhir kami di Merang. Jadi sempat capture potret ini sebelum pulang ke KL. Semua memori di sini akan di simpan rapi dan semoga ketemu lagi pada masa akan datang.
family potrait
Trip mancing kali ni mmg x menghampakan.. mmg rakemen g trip mancing ni. Budget pun br rm500 je
ReplyDeletecorrection : bajet around RM 500 per person
ReplyDelete