Thursday, June 23, 2011

hello Taman Negara!




Kami berpeluang ke Taman Negara pada 19 - 21 Jun yg lepas. Neh adalah sumbangan idea dari Diana. Dengan pakej yg di tawarkan oleh pihak agensi iaitu sebanyak RM 280 (Golden Water Holidays) kami seramai 18 org merealisasikan impian Diana.






Bertolak dari VADS pada pukul dalam pukul 8pg. Kami tiba di Jerantut pada pukul 1115am. Untuk pegetahuan anda sebanyak 4 laluan utama + pintu masuk ke Tmn Negara iaitu di Merapoh, Kuala Koh Gua Musang, Jerantut dan Kuala Tahan. Kami tiba di jeti pada pukul 1pm.
Setelah mendapat permit kamera dan permit untuk masuk Tmn Negara, kami menaiki bot selama 3 jam untuk ke Tmn Negara. Agak scary bila naek bot tu kerana air sungai sangat dekat dengan bot, tp bila rasa hembusan angin semasa naek bot tu rasa besh sgt. Tp membosankan apabila berada di dalam bot selama 3 jam.




Cuma kadangkala kami bertembung dengan bot pelancong yg laen.




Tiba sahaja di Tmn Negara pada pukul 5pm, kami terpaksa berjalan ke Woodland Resort (tmpt penginapan kami) Masa itu, mmg penat saya rasakan, cuaca pon agak panas di tambah dengan pikul beg berat lagi. Tp, saya kuatkan semangat juga. Di Woodland, kami tinggal di dlm hostel. Sebanyak 5 bilik di peruntukan untuk kami.

tempat penginapan kami

get ready untuk aktiviti pertama

3 bilik untuk lelaki, 2 lagi bilik untuk perempuan. Sebaik sahaja tiba di hostel, kami mempersiapkan diri untuk aktiviti waktu malam iaitu Video Show, Night Walk. Sebelum itu kami makan malam di Floating Restaurant. [Menu : nasi + lauk ayam,sayur campur,telur dadar + sirap yg pekat,manis] Mmg sedap! Mcm masakan di rumah. Licin saya makan. Kemudian, kami menyeberangi sungai untuk ke Mutiara Tmn Negara.

Mutiara ini merupakan salah satu resort yg agak selesa di Tmn Negara. Ramai tourist foreigner yg memilih untuk duduk di sini. Video Show ini ialah aktiviti di mana kami di pertontonkan dengan apa yg menarik dengan hutan setua 130 juta tahun ini. Byk binatang dan tumbuhan yg cantik di pertontonkan di dlm video ini. Malangnya semua itu hanya terdapat di dalam hutan Tmn Negara yg jah ke dalam. Kami cuma berada di pinggir Tmn Negara.




Selesai sesi video show, bermulalah aktiviti Night Walk di mana di ketuai oleh Abg Zam dan Abg Mat. Sebelum bermula nya aktiviti ini, kami semua da mempersiapkan diri dengan menyembur serai wangi dan minyak boxing sebab risau di gigit pacat + lintah. Tetapi, sebab tidak hujan maka tiada pacat yg muncul.

Kami di dedahkan dengan binatang yg aktif pada waktu mlm ~ antaranya kala jengking, tarantula, belalang yg seperti ranting, semut kamikaze. Saya agak seram di beri peluang untuk menangkap sendiri gmbr tarantula kerana di fahamkan tarantula itu mampu melompat sejauh 12meter.






Kami juga di ajak untuk ke pondok pemerhati untuk melihat rusa. Masa ini, kami tidak di benarkan untuk memasang torchlight atau headlamp.
Cuma Abg Zam sahaja yg boleh pasang torchlight, masa itu kami dapat lihat Samba Deer di kawasan pdg yg agak aktif. Di maklumkan pihak Perhilitan ada membuat air garam bagi tujuan Samba Deer ini minum.

Dan kawasan itu sebenarnya baru sahaja di lalui oleh gajah berdasarkan daripada keadaan rumput di situ. Kami juga di tunjukkan dengan cicak tokek yg ada di bumbung pondok. [Pergh..kalau dapat tgkp ~ kayo den!]

Selesai sahaja aktiviti pada pukul 1030pm, kami menyeberangi sungai dan berjalan ke hostel pula. Tiba sahaja di hostel, kami terus tidur sebab kepenatan yg amat.

gud morning, Tmn Negara!

Aktiviti pada hari kedua di mulakan dengan makan pagi di Floating Restaurant lagi. [Menu : roti bakar + bihun goreng] Selesai makan, kami ke trek untuk Jungle Trekking sejauh 4.3km dan Canopy Walkaway.








Tiba di Canopy Walkaway, saya rasa amat beruntung kerana berjaya juga tiba di sini. Sebab bagi saya, ini ialah trademark Tmn Negara.







Canopy Walkaway ini sepanjang 500meter dan antara yg terpanjang di Malaysia. Mmg agak gayat buat mereka yg takot pada ketinggian, Alhamdulillah saya tidak merasa begitu meskipun Zaim berulang kali mengoyangkan Canopy Walkaway itu. Selesai aktiviti Canopy Walkaway, kami meneruskan aktiviti Jungle Trekking sambil memanjat Bukit Terisek. Ramai yg kecundang dari memanjat Bukit ini.

Yg pertama menyerah kalah ialah Sha. Kemudian kami tiba di pit stop pertama sebelum berjaya ke Bukit Terisek. Pemandangan mmg chantek. Di sini, Kaka + Chot + Sulas + Ain + En Megat + Safri menyerah kalah. Lalu saya, Yoy + Diana + Asrul + Shida + Zaim + Fizo + Anna + Shahrol + Mutt yg berjaya ke Bukit Terisek. Tetapi agak menghampakan kerana pemandangan di situ tidak secantek view semasa di pit stop pertama td.



Masa ini, saya mula terbayang air sirap di Floating Restaurant tuh. Penat tu toksah cite la. Dah la Abg Mat (tourist guide kami) siap buat lawak ckp kat atas bukit tu ada org jual air milo.
Sebaik selesai aktiviti Jungle Trekking dan Canopy Walkaway, kami kembali ke Floating Restaurant untuk makan tengah hari. Dan seperti biasa, makanannya tetap saya suka. Lazat! [Menu : nasi putih + ayam + ikan + sayur campur + air oren + air sirap]

Selesai makan, kami ke hostel kembali untuk berehat dan untuk meneruskan aktiviti yg seterusnya pada petang hari.

Aktiviti pada waktu petang bermula pada 4pm. Kami menaiki 2 bot untuk aktiviti rapid shooting dan melawat kaum org asli suku kaum Betak. Rapid shooting pula aktiviti di mana kami akan melalu 7 jeram dan mmg kena bersedia untuk get wet. Sebelum itu, kami ke perkampungan org asli melihat dengan mata kami sendiri ttg kehidupan mereka di sana.

rapid shooting


Kami di demonstrasi kan oleh tok batin di situ ttg bagaimana cara untuk menghidupkan api menggunakan kayu. Mmg teruja! Dan di maklumkan bahawa hanya di Tmn Negara sahaja ada demonstrasi sebegini ada. Di perkampungan org asli yg laen, tidak ada demonstrasi sebegini. Lihat, betapa bertuah nya kami.




Di samping itu juga, kami di tunjukkan cara bagaimana untuk membuat dart (alatan menyumpit) + menyumpit dan kami turut di benarkan untuk menyumpit. Buluh sumpit ini hanya di dapati di kawasan Kuala Lipis, Abg Mat maklumkan pada kami yg org asli ini akan berjalan ke hutan Kuala Lipis semata-mata untuk mendapatkan buluh ini.



Mujur juga kaum lelaki suku kaum Betak ini pandai bercakap bahasa Melayu. Kami di fahamkan, kaum perempuan kaum Betak ini mmg langsung tidak tahu berbahasa Melayu.
Kami juga di maklumkan cara suku kaum ini berkahwin dan cara mereka menguruskan kematian iaitu dengan membalut mayat dengan kulit kayu, bawa jauh ke tengah hutan dan mayat di gantung di atas pokok yg tinggi. Penanda mayat hanyalah batu yg letakkan di bawah pokok. Lokasi mayat hanya di ketahui oleh kaum keluarga terdekat sahaja.

sumpit - souvenir yg di jual oleh suku kaum Batek

Selesai sahaja aktiviti ini, kami menyambung kembali aktiviti rapid shooting + mandi sungai. Ye! Kami sgt enjoy aktiviti ini. Saya pun turut berpeluang membuat lompatan ketika mandi.


Selesai aktiviti air ini, kami pulang ke hostel dan bersiap untuk mkn malam. [Menu : sayur campur + telur dadar + ayam masak kicap] Masa ini, kaki saya sudah mula terasa lenguh dan sakit. Na berjalan pun susah. Mujur ada kwn yg memahami. Dan hidangan waktu mlm berjaya membuka selera mkn saya. Dan mcm biasa, sedap. Selesai makan, kami pulang ke hostel.
Tp ada juga yg berkaraoke dan bermain Uno + Saidina. Saya sgt penat dan ta mampu untuk joint mereka untuk aktiviti ini. Bayangkan pukul 830pm, saya sudah tidur lantaran kepenatan yg amat.

Tibalah hari terakhir kami di Tmn Negara, Bangun awal dan bersiap untuk balik. Asalnya kami mahu botmen datang pada pukul 2pm, tetapi idea itu tidak berjaya kerana botmen tidak ada pada waktu petang. Jadi kami pulang pada pukul 11am selepas makan pagi di Floating Restaurant yg sama. [Menu : roti bakar + nasi goreng]


Dan semasa pulang dari Tmn Negara, kami menaiki bot lagi dan pada ketika ini perjalanan kami tidak lama di rasakan sewaktu dtg pada masa mula-mula (menurut kata Ain ~ masa pergi kami lawan arus, itu yg lmbt na sampai). Semasa perjalanan, bot tiba-tiba mati enjin. Pada mulanya kami agak cuak,tetapi hasil usaha gigih dari 2 botmen, bot berjaya di hidupkan. Akhirnya, kami selamat tiba di jeti pada pukul 1pm. Makan tengahhari di Restoren Ima pada pukul 4pm (pelawaaan Mutt - sbb dia penah praktikal kat Pejabat Tanah sini) - Dan macam biasa santapan utama kami ialah ikan patin. Selesai makan, kami bertolak pulang ke KL. Selamat tinggal Tmn Negara!


Dan hasil dari XPDC ini, kebanyakan kami mengalami sakit dan lenguh badan, demam dan sunburn. Apa-apa pon, itu satu kenangan buat kami. Outing trip yg thril. Yeah!



No comments:

Post a Comment