Friday, February 4, 2011

Review Filem : The Green Hornet




Review saya pada kali ini, mengenai muvee The Green Hornet yg di lakonkan oleh Seth Rogen (Britt Reid) dan Jay Chou (Kato). Dan mcm biasa, haruslah ada heroin kan..so, heroinnya merupakan Cameron Diaz (Lenore) dan turut di bantu oleh Christopher Waltz (Chudnofsky).






Idea utama filem ini ialah berkenaan superhero. Jadi, sudah pastila sinonim dengan perkataan aksi. Bezanya filem ini lebih kepada komedi aksi.Mengisahkan tentang kebangkitan semangat seorg anak selepas kematian ayah tersayang. Britt tak punya wawasan dalam hidup, sering gagal dalam hidup dan di anggap loser - itu pun kerana dia sudah di besarkan dalam keadaan yg mewah. Sesudah kematian ayahnya, baru Britt sedar akan erti sebuah komitmen.





Britt menggunakan media sebagai batu loncatan untuk dia memperkenalkan The Green Hornet yg banyak di bantu oleh Kato - seorang mekanik yg bekerja dengan ayah Britt. Kato mampu menyediakan instrumen dan alat bagi membantu misi Britt yg mahu menjadi superhero di bandarnya sendiri. Akhirnya Britt di tentang oleh ketua gangster bandar Chudnofsky untuk berlawan bagi membuktikan kekuasaan. Kato di labelkan sebagai talibarut kerana menerima tawaran Chudnofsky untuk membunuh The Green Hornet, namun atas dasar setia kawan (plot ini sudah di jangka) yg akhirnya Kato berganding bahu dengan Britt untuk menumpaskan Chudnofsky.







Watak Lenore di lihat sebagai watak sampingan sahaja dan penampilan kali ini kurang menonjol berbanding watak lain. Cuma, yg dapat saya simpulkan di sini filem ini tidak berjaya membuat saya rasa "wow" apabila keluar sahaja dari panggung.

No comments:

Post a Comment