Tuesday, February 22, 2011

Review Filem : The Mechanic




tiket wayang itu.


Kali ini, review saya mengenai filem aksi - The Mechanic. Tajuk filem mungkin ta komersial sangat, tp isi filem sangat memuaskan hati. = ) Dengan di temani en.botak,saya ke Cineleisure (tmpt fav kami kalau nonton wayang) untuk melihat muvee ini.



Permulaan filem ini di mulai dengan aksi. Filem ini hasil arahan dari Simon West yg di lakonkan penuh jayanya oleh Jason Statham, Ben Foster dan David Sutherland. Mengisahkan seorang yg di gelarkan seperti "mechanic" - pembunuh upahan elit yg mengajar seorang anak dari mangsa bunuhnya menjadi seperti beliau (pembunuh upahan).


Plot menjadi menarik apabila Steve McKenna (Ben Foster) bertindak luar dari arahan apprentice nya Arthur Bishop (Jason Statham) untuk misi membunuh seorang pedophilia (yg sukakan remaja/kanak - kanak untuk tujuan seks) ini kerana dia bertindak di luar dari arahan Arthur Bishop. Bagaimanapun, misi pertama ini berjaya di selesaikan meskipun tersasar dari plan asal.


Dari situ, Steve McKenna di latih oleh Arthur Bishop untuk mempertajamkan lagi skil. Namun, akhir sekali pengakhiran cerita Steve mengetahui ttg Arthur yg sebenarnya pembunuh ayahnya. Maka, dia mula merencana strategi untuk membunuh Arthur.



Namun, taktik itu sudah di ketahui oleh Arthur. Pengakhiran cerita, Steve sendiri yg terbunuh. Ini telah di rencanakan oleh Arthur. Dan, sudah adat kalau pembunuh upahan profesional Arthur terlepas dari misi di bunuh oleh Steve yg baru setahun jagung terlibat dalam dunia "assasin".


Aksi filem ini dari mula sampai penghujung cerita mmg mampu membuatkan saya berkata 'wow". Saya sgt teruja dengan cara cerita ini di garap dan di olah. Melodrama, aksi dan cerita yang stabil. Saya sukakan filem ini kerana dunia 'assasin' bagi saya terlalu misteri - tertutup - perlukan minda yg kuat dalam merencana strategi. = )



Oh! Filem ini membuatkan saya asyik menjeling en botak di tepi lantaran hero nya terlalu seksi dengan imej botak. Haha. Oleh itu, saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk filem penuh aksi ini.

3 comments:

  1. Cite nie mmg action movie.. sy suka aski yg mengejutkan.. hahaha (smp ada org tue terkejut) wakakak.. 5 bintang!!!

    ReplyDelete
  2. owh ye ke. tergejut? eh mane ade.. part mane? ;p

    ReplyDelete
  3. jason statham my feberet aktor...

    ReplyDelete