Thursday, February 17, 2011

Review Filem : Sanctum


tiket wayang itu.




Berpeluang untuk tgk filem ini berdasarkan trailer yg pernah saya lihat sebelum ini. Dan kali ini enche botak di paksa untuk menonton bersama saya. Hehe. = )




Filem arahan James Cameroon (Avatar) ini pada permulaannya agak lembap. Barisan pelakon juga saya kurang kenal. Filem ini mengisahkan tentang siri ekspedisi di dalam gua yang turut di sertai dengan menyelam. Wow. Sgt ekstrem aktiviti ini. Selalu kita di dedahkan dengan diving di laut, tapi fiilem ini buka perspektif baru - diving dlm gua. = )




Ekspedisi ini di ketuai oleh Frank Mc Guire (Richard Roxburgh) yg turut di sertai anak nya Josh (Rake Wakefield). Di biayai oleh Carl Hurley (Ioan Gruffudd) yg menaruh hati pada Victoria (Alice Parkinson) seorang fearless mountaineer. Pasukan Frank turut di sertai oleh penyelam Liz (Nicole Downs), J.P (Christopher Baker), Judes (Alisson Cratchley), pakar komputer Dex (Andrew Hansen), Luko (Cramer Cain) dan George (Dan Wyllie).



Plot berubah menjadi cemas tatkala hujan ribut mula melanda di gua di mana ekspedisi di jalankan. Ini menyebabkan mereka yg di dalam gua terperangkap (Frank, Carl, Victoria, Josh, Luko dan George) Di sini, siri survivor mereka bermula. Hidup atau mati.

Saya dpt simpulkan yang filem ini lebih kepada semangat berpasukan. Ada beberapa scene yg bagi saya agak ngeri dan memaksa saya hanya menjeling scene tersebut. (Yg paling ketara pada scene di mana rambut Victoria tersepit ketika dia mahu menuruni lurah licin itu) Mujur en.botak ada dan dia sentiasa brave melihat scene tersebut. = )


Dan untuk filem ini, saya berikan 4 bintang (1 = tak best. 5 = best sgt). Dan James Cameroon masih belum hilang taringnya untuk filem ini dan saya percaya filem ini punya kekuatan tersendiri sama seperti Avatar.

2 comments:

  1. cite ni.. mmg terbaek.. byk message.. sy suka.. 5 bintang!!!

    ReplyDelete
  2. 5 bintang juga...mmg best. tengok 2 kali.

    ReplyDelete