Friday, September 2, 2011

berkunjung ke Takbai







Takbai ni terletak di Thailand dan antara pintu masuk ke sini ialah melalui Pengkalan Kubor, Kelantan. Pengkalan Kubor merupakan kawasan bebas cukai.Ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki luar dari Malaysia. Haha. Meskipun cuma ke Thailand, tp saya rasakan ini antara kenangan istimewa saya.



Saya ke sini bersama-sama dengan abah, ma dan Enche Botak. Lebaran kali ni agak istimewa buat saya kerana Enche Botak datang berjumpa keluarga saya buat pertama kalinya.
Jadi, ini di kira sebagai "ice breaking" antara family saya dan Enche Botak.


:: ma kesayangan saya ::

Kami bertolak ke Pengkalan Kubor pada awal pg kerana abah bimbang dengan keadaan lalulintas yg mmg sentiasa jammed khususnya pada waktu hari raya. Kami tiba di kawasan bebas cukai ini pada pukul 10pg.


:: signboard yg menandakan kami sudah hampir ke destinasi ::

Di sini, terdapat beberapa kedai yg menjual pelbagai barangan dari barang hiasan sehingga la ke barang makanan yg kebanyakan barangan dari Thailand. Di Pengkalan Kubor ini, tempatnya tidaklah sebesar mana sangat.

:: comel kan mainan ini ::

:: ulat rainbow ::




Sudah alang-alang ke sini, maka kami ke Takbai yg terletak di seberang sungai sahaja. Untuk ke Takbai, kami perlu menaiki sampan yg di kenakan caj RM 2 seorang. Apa yg menarik di Takbai ialah, perbezaan waktu yg sejam lewat dari waktu Malaysia. (contohnya jika di Malaysia pukul 11pg, di Takbai pada ketika itu baru pukul 10pg)

:: pengangkutan utama ke Takbai ::

:: Enche Botak dan abah ::

:: ma ::

:: Enche Botak yg menahan kepanasan ::

Di Takbai, banyak majoriti yg di jual di sini ialah barangan basah. Hanya ada beberapa kedai sahaja yg menjual baju. Yg menariknya, ada juga yg menjual brg perhiasan seolah-olah emas dan silver di tepi jalan.

:: ceria ye Enche Botak saya ::

Saya cuba bertanya harga yg di kenakan untuk barangan sebegitu. Di maklumkan yg barangan seperti emas itu di jual hanya 50sen seinci. Anda boleh pilih tekstur yg mana berkenan untuk di buat gelang tangan, rantai ataupun gelang kaki.

:: scooter yg byk terdpt di Takbai ::

:: di pasar ini, turut terdapat stesen polis ::



Antara barangan yg popular di sini ialah beras siam. Kualiti beras siam mmg tidak perlu di sangkal lagi. Beras kampit kecil yg beratnya 5kg di jual RM 15 sahaja. Cuaca yg agak panas pada ketika itu membataskan kami berjalan jauh. Sekurang-kurangnya, saya berpeluang ke sini meskipun sebelum ini wilayah selatan Thailand ini sering di gempurkan dengan kisah-kisah tembakan pejuang militan. Walaupun kunjungan saya ke sini hanya sekejap, tetapi ini antara kenangan indah buat saya.



No comments:

Post a Comment