Saturday, September 10, 2011

salam sayonara


buat old lover.
entri ini aku ciptakan khas buat kau.
tiba masa aku ucap sayonara.
kali ini, aku let go kau cara baik.
seperti mana cara aku dan kau di pertemukan dahulu.
aku let go semua.
kenangan, perasaan dan emosi aku.

terima kasih atas semua nya selama 11 tahun usia perkenalan.
terima kasih kerana pernah menyayangi aku.
terima kasih kerana banyak menolong aku selama ini.
terima kasih kerana menjadi teman rapat aku.
terima kasih juga kerana banyak memberi sokongan moral, duit, masa dan tenaga untuk aku.
sesungguhnya, budi itu sampai mati aku bawa mati.
ta tertanggung rasanya untuk membalas budi.

dan semoga kau bahagia dengan cara kau dan pilihan kau.
aku akan teruskan dengan cara dan pilihan aku sendiri.

selamat tinggal old lover, first love.
kau kini aku anggap cuma satu bab saja dalam hidup aku.



No comments:

Post a Comment