Saturday, July 30, 2011

MAS VS SIN


Ini ialah perlawanan timbal balik antara team Harimau Malaya VS Singapura. Perlawanan pertama sebelum ini di adakan di Stadium Jalan Besar di mana Singapura mendahului Malaysia 5-3. Sebelum perlawanan bermula, negara mengalami fenomena di mana tiket bola habis terjual sebanyak 90,000 (10,000 di peruntukkan untuk pembelian secara online). Manakala, cuma 2,000 sahaja untuk pembeli dari Singapura. Bayangkan nisbah ini.

Pertama kali mencuba face painting ini.


::tadaa..itu hasilnya::


Ini kunjungan kali kedua ke Bukit Jalil. Sebelum ini, saya pernah ke sini untuk melihat Piala AFF Suzuki 2010. Suasana yg sememangnya amat meriah dan havoc dengan berbagai ragam sememangnya menimbulkan rasa patriotik yg amat. Itu sebab saya amat mahu melihat lagi acara ini dan mcm biasa, Enche Botak akan menemani saya. = ) Tiket sudah saya beli pada hari pertama, bayangkan pada hari itu sudah 60,000 tiket habis di jual. Syukur sbb saya dapat juga beli (itupun gf Zaim yg tolong belikan)

::ain - saya - sakhai - gf sakhai::


Kami bertolak ke stadium pada pukul 5pm, dan tiba di sana setengah jam kemudian. Stadium penuh dgn lautan penyokong yg rata-rata memakai jersi Malaysia tanda sokongan. Stadium sudah mula padat dan penuh pada waktu ini. Ini mmg antara situasi yg sudah kami jangkakan.



::di tujukan khas buat Kapten Singapore::













::Enche Botak saya::

penuh padat panas!





::sesi memanaskan badan::

Enche Super Salee.



goalkeeper terbaek! - En Apek!

Syukur saya dapat duduk di seat yg hampir dgn padang dan di kelilingi dengan beribu penyokong Harimau Malaya yg sgt sporting dan mengharapkan beroleh kemenangan dengan pasukan lawan - Singapore. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia yg tewas bermaruah dengan pasukan lawan (1-1). Walau apa pun, kami tetap menyokong Harimau Malaya!

No comments:

Post a Comment