Saturday, July 2, 2011

Kejoraku Bersatu - Search


Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu


Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia


Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku

Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu

Itulah bait lagu Search - Kejoraku Bersatu. Lagu yg paling menyentuh jiwa saya. Liriknya terlalu indah dan sgt mendambakan si puteri dalam hidupnya. Saya ta pernah jemu mendengar lagu ini berulang kali dan hampir setiap hari menjadi lagu 'wajib' yg saya harus dengar. Kadangkala, berair gelemaca saya tatkala mendengar lagu ini. Lagu ini punya sentimental value yg amat dalam hidup saya. Dan saya pasti, anda juga punya lagu sentimental kesukaan anda bukan? Haha. Maaf kalau entri pertama untuk Julai ini agak gloomy. Tapi, entahla kebelakangan ini saya kerap di kuasai emosi yg syahdu. Meskipun begitu, jgn risau.. saya masih mampu untuk berblog untuk tatapan kamu semua. = )

No comments:

Post a Comment