Sunday, November 20, 2011

Misi memanjat Broga Hills





Yeah. Akhirnya berjaya juga saya jejakkan kaki ke sini. Impian ke Broga sebenarnya sudah lama saya idamkan tapi mungkin tiada rezeki lagi itulah yg membataskan impian saya. Saya ke sini dengan Enche Botak yg mmg turut sama menyimpan hasrat ke sini. Kami bertolak dari TTDI pada pukul 430am. Tiba di kawasan Broga pada pukul 6am. Itupun kerana Enche Botak tersasar jalan. Singboard utama untuk ke sini ialah Taman Arnab. Berhadapan dgn Taman Arnab ialah ladang kelapa sawit. Ini tempat di mana parking kereta di sediakan dengan bayaran RM 2 per entry.

:: di sinilah tempat kami parking kereta ::

Pendakian di mulakan pada pukul 630am selepas Hamdan tiba di tempat yg di janjikan. Untuk misi mendaki kali ini, hanya di sertai seramai 3 org sahaja. Bagi saya, pendakian memerlukan kekuatan fizikal dan mental ini kerana bukit Broga ini agak curam dan 85% menaik. Ketika mendaki, turut ada di kaki bukit Broga ini ialah warung menjual air kelapa, air dan juga makanan. Sempat juga saya melirik pada mangkuk cawan maggi yg terjual di situ. Dapat saya simpulkan tempat ini mmg popular di kalangan remaja terutamanya.

:: pemandangan waktu Subuh di Broga ::

:: di pit stop pertama - ramai yg melepaskan lelah di sini ::



:: antara pendaki di pit stop pertama ::



:: itu trademark Broga - lalang yg tinggi dari diri sendiri ::

:: itu Enche Botak saya ::

:: ini Hamdan - rakan sepasukan dgn Enche Botak ::


Di Broga, ada lebih kurang 4 pit stop. Saya cuma ke pit stop ketiga kerana untuk ke pit stop terakhir, mmg curam dan perlu tali untuk ke puncak. Di pit stop ke tiga pon saya sudah dapat view yg menarik. Lagipun keadaan cuaca pada ketika itu seolah-olah tidak mengizinkan kami ke pit stop terakhir. Gerimis menyambut kami ketika pit stop ketiga. Itu yg membuatkan kami tidak duduk lama di situ.

:: tapak kasut yg penuh dengan kotoran lumpur ::

:: pit stop ke dua - mengumpul nafas untuk mendaki ::


:: kami di pit stop kedua::

:: di hadapan itu ialah pit stop ketiga ::

:: pendaki di pit stop pertama - shoot gmbr dari pit stop kedua ::



:: bukti lalang itu lebih tinggi dari saya ::





:: kumpulan remaja yg kecoh di pit stop kedua ::


:: saya cuba mengcontrol kepenatan ::


:: kabus tebal menyelubungi Broga - sejuk! ::

:: kami di Broga ::

:: saya di pit stop ketiga::

:: saat ini gerimis sudah mula turun ::

:: Enche Botak yg muka sudah merah padam ::

:: laluan ke pit stop terakhir ::


:: beramai -ramai turun ::



Akhirnya, kami turun kembali setelah mendapat sedikit tenaga. Dan seperti di jangkakan warung yg menjual air kelapa penuh dgn kunjungan pendaki Broga yg baru turun dari mendaki. Ada juga si penjual ais krim yg cuba menarik perhatian pendaki yg dahaga. Kami berjaya turun dengan selamat ke bawah pada pukul 830am. Alhamdulillah, semua selamat. Cuma saya agak terkilan kerana tidak berjaya untuk shoot gambar sunrise. Apa-apa pun Broga sememangnya menjadi antara tumpuan utama jika ke Semenyih. Cuma, di kesalkan akan kebersihan kawasan Broga agak tercemar dengan sampah yg di tinggalkan pendaki.


Syukur, kami berjaya menjejakkan kaki juga ke sini. = )

Thursday, November 17, 2011

quotes for Thursday

Don't expect a man to understand everything, he wouldn't understand unless you tell him what is in your mind.


but in my own situation, I think the best thing is just keep your mouth shut and hide your emotion confidentially in your own heart. Communication is not really important in relations.
Sometimes, it can be misunderstood by the other party.

Wednesday, November 16, 2011

tiket MASwings Miri - Mulu yg menjadi rebutan ramai


Syukur. Akhirnya berjaya juga saya dapatkan tiket flight yg dari Miri - Mulu (return). Untuk info kamu, untuk ke Mulu National Park ada 2 cara iaitu dengan plane atau bot. Tetapi, memandangkan cara bot tidak begitu reliable makanya, pilihan untuk plane lagi mudah dan cepat. Saya di fahamkan oleh Jeremy (kakitangan Mulu Park) perjalanan dari Miri ke Mulu menaiki bot kadangkala boleh sampai 12 jam ataupun lebih teruk 2 minggu bergantung kepada tahap paras air.

Jadi, bagi tidak membuang masa saya menjadikan plane sebagai pilihan utama. Hanya MASWings sahaja yg beroperasi untuk ke Mulu. Jadi, plane ATR 72 ini seat nya tidak seluas plane yg biasa kerana hanya beroperasi di kawasan rural sahaja. = ) Saya anggap ini antara pengalaman baru buat saya kerana belum pernah lagi saya naik plane Aerostaple ni.

Pada 15 Nov 2011, pihak MAS ada membuat promosi school break untuk MASWings. Mujur saya check. Mmg sgt berbeza berbanding harga sebelum ini. Syukur, kesemua kami dapat book tiket pada tarikh yg di mahukan. Cuma sekarang menghitung hari sahaja untuk ke Mulu Park.


:: ini lah dia school break promo yg buat saya gila untuk beli tiket a.s.a.p (RM14 sehala) ::

:: ini harga sebelum promo untuk school break (RM86 untuk sehala) ::


:: beberapa jam selepas promo di launchkan - haa..mcm goreng pisang panas! ::

Monday, November 14, 2011

Zaim dan Shida - Kawen sudah!



Ini ialah kenduri yg saya hadiri pada 13/11/2011 (Ahad) yg lalu. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki di adakan di Taman Sri Andalas, Klang. Majlis pihak perempuan di adakan pada hari sebelumnya iaitu 12/11/2011 (Sabtu) di kawasan perumahan yg sama. Untuk info anda, pasangan ini dari taman yg sama.

Syukur akhirnya percintaan yg di semai sejak hampir 8 tahun yg lalu ke jinjang pelamin juga. Untuk pasangan Zaim dan Shida, kami semua mendoakan kalian kekal dan bahagia sehingga ke akhirnya. Moga di kurniakan cahayamata yg soleh solehah mengiringi kalian berdua.
Selamat pengantin baru.

Sila layan gambar di bawah ye: = )


:: kad simple buatan tangan saya ::

:: lauk kenduri yg superb sedap - ayam golek, tempoyak ikan bilis - daging ::

:: Fariz memujuk anak kesygan yg merajuk ::

:: Pn Anna yg turut menyumbangkan lagu buat pasangan pengantin ::

:: saya dan Chot yg sudi tumpangkan saya ke majlis Zaim ::

:: gmbr hasil dari Chot ::

:: comel bukan? pandai dia pose ::

:: ini dia pengantin yg di tunggu-tunggu ::

:: Zaim & Shida ::

:: them - lovely bride and groom ::

:: them ::

:: pasukan kompang yg memeriahkan majlis ::

:: bersama pengapit yg dulunya ex team saya - Ce'gu Apis ::

:: kami dan bunga ::

:: antara gegirls yg mau bergambar ::

:: kami dan pengantin ::

Saturday, November 12, 2011

VADS BPO Active & Fit 2011



Event : VADS BPO Active & Fit
Date : 12/11/2011
Venue : Stadium PKNS, Kelana Jaya.

Ini adalah penglibatan pertama saya untuk tournament anjuran company. Dengan hanya berbekalkan raket pinjam, training yg cuma selama sebulan lebih maka, inilah hasilnya.
Alhamdulillah.
Saya cuma lah team underdog tapi syukur dapat mara sehingga ke final dan merangkul tempat kedua. Sudah di jangka, kami akan bertemu dgn juara bertahan iaitu dari team KPV.

Pada saringan pertama, team kami bertemu dengan team UNIFI. Dan apabila ke semi final, kami bertemu dengan team AHP dan final bertemu dgn team KPV.

Pada rakan sepasukan saya - Zana (beregu perempuan) terima kasih dengan semua kerjasama dan teamwork. = )

Enche Botak pon turut datang memberikan semangat. = )

:: pasukan badminton dari PV ::

Tuesday, November 8, 2011

misi flat stomach



Rutin harian saya bagi mendapatkan flat stomach. Perut saya memang agak naik sejak kebelakangan ini, barangkali selepas saya buka braces itu yg menyebabkan berat badan saya naik dengan cemerlangnya. Namun, masih di paras yg normal dan sesuai dgn ketinggian saya. Tapi, itu bukan tiket untuk saya terus mengabaikan antara aset penting wanita - perut. = )


Jadi, untuk rutin ini saya mengambil Elancyl Flat Stomach (beli ketika promosi Guardian RM60) dan juga Elancyl Cellu reverse (yg turut di beli ketika promosi Guardian RM 45) Saya tidak mengharapkan ini sahaja, malah turut menjaga makanan - elakkan dari makanan yg mengandungi karbo (roti, nasi etc). Pada waktu malam, saya menyapu Losyen Mustajab di bahagian perut, peha dan betis (tiga tempat bermasalah saya) dan melakukan sit up sebanyak 3o kali. Moga-moga akan nampak hasilnya dalam beberapa minggu ini.

10/11/2011
Indeks bacaan untuk
1) Perut = 29 inch
2) Peha = 19 inchi
3) Betis = 12.5 inchi




Wednesday, November 2, 2011

Langkah Pertama ke Mulu National Park



Saya punya rancangan ke Mulu National Park pada 3 March 2012 - 6 March 2012. Tergerak hati hendak ke sini kerana rindu akan kenangan dan suasana teamwork sewaktu di Taman Negara Pahang bulan Jun yg lalu. Paperwork pun sudah di bentangkan. Dan sudah 6 orang yg telah membeli tiket pada masa ini. Sebagai langkah pertama, saya sudah book tiket ke Miri dengan harga yg amat berpatutan. Ada beberapa perkara yg perlu saya bereskan sebelum tibanya bulan March ini. Oleh sebab itu, saya wujudkan satu archive khas semata-mata untuk trip ke Mulu National Park. Dan moga ini boleh di jadikan panduan untuk anda. Untuk tiket ini, saya cuma perlu membayar RM 158 - tanpa luggage dan insurans. Murahkan?


Saturday, October 29, 2011

Song for Sunday


You won't find faith or hope down a telescope
You won't find heart and soul in the stars
You can break everything down to chemicals
But you can't explain a love like ours. ------ Science & Faith,The Script.