Monday, March 14, 2011

Misi Kenduri Kawen

ini peta perjalanan saya pada 12 - 14 Mac yg lalu.


Fuh. Penat. Kalau da tiba cuti sekolah, mesti la kenduri kawen berderet-deret. Cuti 3 hari ini di isikan dengan menghadiri kenduri kawen sahaja. Pada 12hb Mac (Sabtu) - saya ke Kg Nelayan, Mersing menghadiri majlis persandingan teman pejabat - Mumu. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 6 jam. Enche botak sudah siapkan GPS (google map manual) sebelum perjalanan jauh ini. Bertolak dari KL seawal 7 pagi. Kemudian kami makan pagi di Ulu Bendul sebelum meneruskan perjalanan.

saya yg busan di dlm kereta berjam- jam - maka ini yg saya buat.

semasa di Rompin



hehe. = )

Dari Ulu Bendul, kami melalui jalan ke Muadzam Shah - Endau Rompin - kemudian Mersing. Ini kali pertama dalam hidup saya menjejak kan kaki ke Mersing. Dan kami tiba tepat sebelum majlis bermula. Hebat enche botak punya bajet masa. = )





si dia yg kepanasan


pelamin Mumu




antara hantaran yg ada:
















Mumu dan pasangan.

Destinasi seterusnya, kami ke Cherating demi meraikan hari terchenta si BFF - Sara (Sara merupakan ex batch, ex rumate dan teman opis saya yg kamceng. Dan yg paling penting, kami share tarikh lahir yg sama cuma berbeza dari segi tahun saja)

Kami bertolak dari Mersing pada pukul 2pm, kami tiba di Cherating pada pukul 6pm. Dan pada mulanya, enche botak agak gundah gulana untuk ke pantai Timur memandangkan pada 11 Mac (Jumaat) terjadi nya tsunami di Japan. Maka, kami agak bimbang dengan ombak tsunami yg ada ura-ura akan sampai di pantai timur. Jadi, harus dalam keadaan berjaga-jaga. Tapi, kami cekalkan hati ke sini juga demi big day BFF. Esoknya (13 Mac),kami ke kenduri BFF.

Ini antara gambar yg sempat saya capture kan buat tatapan kalian.



pelamin Sara - OMG! saya sgt sukakan pelamin neh.





antara barang hantaran pihak pengantin:














pulut kuning



dengan pasangan pengantin

Buat BFF - Sara dan Khilmi, saya doakan semoga kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat, di kurniakan zuriat yg soleh dan solehah.


Saya baru saja pulang dari menghadiri kenduri kawen si teman baek di Cherating, Pahang. Mmg agak penat walaupun bukan saya yg drive. Jadi, masa pun sudah lewat. Esok sudah start kije, mata pun sudah berat. Saya tido dahulu. Selamat malam.


Monday, March 7, 2011

Dine in The Apartment






Nama saja sudah unik. Apatah lagi konsep nya yg memang berjaya memukau saya. = ) Ok. Saya ke sini bersama dengan enche botak (peneman setia saya). Sebelum itu, enche botak mmg da senaraikan beberapa lagi restoren yg boleh di lawati. Dan saya pilih The Apartment, The Curve untuk kunjungan kami pada kali ini.





Ini kali pertama kami ke sini. Suasana agak cozy dan tenang. Dan di bawah ini, saya sertakan gambar untuk tatapan kalian semua.

Menu yg kami pilih;

red apple juice - RM 12.50


mango juice - RM 12.50


chicken pasta - RM 22.90
::ok dan saya berjaya habiskan pasta ini::


french lamb rack - RM 38.90
::pilihan enche botak - owh saya mmg ta ske lamb, tp bagi dia sedap - ini lamb yg half cooked::


strawberry pavlova - RM 12.90 [desert]
::sgt manis terutamanya biskut tu - abaikan buah peach dan strawberry, masam sgt!::


Deko;










p/s - to enche botak saya, tengs syg for this wonderful treat. next time, we try other restaurant ye! = )

enche botak mmg gemar dengan aksi sebegini.


setelah di paksa untuk senyum.


Sunday, March 6, 2011

Review Filem : I am Number Four





Berpeluang untuk menonton filem ini agak lewat seminggu dari tarikh di tayangkan. Dan mcm kebiasaaan, enche botak yg menemani saya. Barisan pelakon untuk filem ini kebanyakannya muka yg jarang saya lihat di layar perak. Di arahkan oleh D.J. Caruso,di lakonkan oleh Alex Pettyfer (John), penjaga John - Timothy Olyphant (Henri), Diana Agron (Sarah), Callan McAuliffe (Sam) dan Teresa Palmer (Number 6).


Filem ini berkisarkan tentang superhero - di mana John memiliki kuasa luarbiasa yg asalnya dari planet Lerion. John di jaga oleh Henri semasa di bumi. Identiti John telah di ubah bertujuan supaya Mogadorians (makhluk asing yg jahat dari Lerion) tidak dapat mengecam kehadiran John semasa di bumi. Selain dari John, turut mempunyai kuasa sebegini ialah 8 yg lain. John di set kan sebagai nombor 4. Untuk Mogadorians membunuh legasi ini, mereka harus membunuh 1 persatu mengikut turutan. Yg agak membanggakan kerana nombor 1 di jumpai di Malaysia.




Dan apabila Mogadorians berjaya menjejaki Number 4, maka John harus bersedia untuk mempertahankan diri nya dari di bunuh dan seterusnya menjejaki Number 5. John turut di bantu oleh Number 6 untuk misi kali ini. Seperti kebiasaan, akan ada adegan cinta antara John dan Sarah. Sam yg kehilangan ayahnya - di dakwa di culik oleh makhluk asing mengukuhkan lagi alasan Sam untuk turut menyertai John di dalam misi ini.


Akhirnya, Number 4 berjaya di jejaki oleh pihak Mogadorians. Maka, bermulalah plot aksi filem ini untuk mempertahankan diri. Plot menjadi semakin mencabar tatkala Henry mula mati. Maka, Number 4 harus mempertahankan diri tanpa guardian nya. Seperti kebanyakan filem superhero yg laen, sudah semestinya hero akan menang.




Skeptikal. Itulah review saya. Pada pendapat peribadi saya, filem ini seperti kebanyakan cerita makhluk asing laen yg pernah saya tonton (contohnya - Kyle XY) Dari 1 (yg terburuk) - 5 (yg best gila babas), saya bagi 3 bintang untuk filem ini. Mungkinkah ada sambungan I am Number Four selepas ini? Bukan apa, penghujung filem seolah tergantung di mana Number 4 pergi meninggalkan Sarah dan mengikuti Number 6 mencari ahli yang laen. Apa yg saya dpaat katakan, nantikan sahaja.





Sunday, February 27, 2011

bila hati berbicara



kalau di beri pilihan,
mahu saja aku cabut hati ini,
biar kosong rasa jiwa,
biar tiada perasaan,
biar hilang semua rasa emosi,
dan tatkala hati itu di telapak tanganku,
maka dapat kau lihat jelas parut luka yang berbekas.

Saturday, February 26, 2011

Flea Market : The Street


lokasi : The Street, The Curve
hari operasi : Sabtu dan Ahad
*antara fav spot saya di The Curve, banyak yg di jual di sini. Harga berpatutan, cuma untuk baju bagi saya agak mahal sedikit dari barangan yg laen.



























saya yg bizi bershopping


baju yg saya beli di The Street