Thursday, February 17, 2011

Review Filem : Sanctum


tiket wayang itu.




Berpeluang untuk tgk filem ini berdasarkan trailer yg pernah saya lihat sebelum ini. Dan kali ini enche botak di paksa untuk menonton bersama saya. Hehe. = )




Filem arahan James Cameroon (Avatar) ini pada permulaannya agak lembap. Barisan pelakon juga saya kurang kenal. Filem ini mengisahkan tentang siri ekspedisi di dalam gua yang turut di sertai dengan menyelam. Wow. Sgt ekstrem aktiviti ini. Selalu kita di dedahkan dengan diving di laut, tapi fiilem ini buka perspektif baru - diving dlm gua. = )




Ekspedisi ini di ketuai oleh Frank Mc Guire (Richard Roxburgh) yg turut di sertai anak nya Josh (Rake Wakefield). Di biayai oleh Carl Hurley (Ioan Gruffudd) yg menaruh hati pada Victoria (Alice Parkinson) seorang fearless mountaineer. Pasukan Frank turut di sertai oleh penyelam Liz (Nicole Downs), J.P (Christopher Baker), Judes (Alisson Cratchley), pakar komputer Dex (Andrew Hansen), Luko (Cramer Cain) dan George (Dan Wyllie).



Plot berubah menjadi cemas tatkala hujan ribut mula melanda di gua di mana ekspedisi di jalankan. Ini menyebabkan mereka yg di dalam gua terperangkap (Frank, Carl, Victoria, Josh, Luko dan George) Di sini, siri survivor mereka bermula. Hidup atau mati.

Saya dpt simpulkan yang filem ini lebih kepada semangat berpasukan. Ada beberapa scene yg bagi saya agak ngeri dan memaksa saya hanya menjeling scene tersebut. (Yg paling ketara pada scene di mana rambut Victoria tersepit ketika dia mahu menuruni lurah licin itu) Mujur en.botak ada dan dia sentiasa brave melihat scene tersebut. = )


Dan untuk filem ini, saya berikan 4 bintang (1 = tak best. 5 = best sgt). Dan James Cameroon masih belum hilang taringnya untuk filem ini dan saya percaya filem ini punya kekuatan tersendiri sama seperti Avatar.

Wednesday, February 16, 2011

ladies night in Neway


Antara aktiviti yg paling saya gemari. Kali ini, aktiviti ini hanya di sertai girls sahaja. ; )
So, kami bebas untuk buat apa sahaja dalam bilik karaoke.
Lokasi pilihan kali ini di Neway, One Utama dan tema pillihan ialah biru.
Kami memilih ladies night dari pukul 12am - 4am.
Hoho. Saya sangat enjoy dan penat kerana terlalu sibuk menari. Terasa seperti berlari 100m penatnya. Apa-apa pun, saya sgt enjoy!

p/s - lets repeat again!

Diana - mastermind kali ini.

Sha - penghibur kami pada malam itu.


Sulastri - si suara emas.


Ana - si wifey yg sporting.


Ain - my BFF ; )


Nana - my rumate yg suka karok gak.


Rose - yg turut memeriahkan suasana.

ye..itu saya = )

Dan antara menu makanan yang ada di Neway:












paling utama - bill.


Saturday, February 12, 2011

gol n gincu : futsal




Haha.
Neh antara aktiviti terbaru en.botak. Kadang-kadang jika punya masa terluang, saya akan teman en.botak dengan aktiviti ini. Dan untuk aktiviti ini, selalunya di adakan di Kota Damansara atau Subang. Bayaran dalam anggaran RM 180 untuk 2 jam.






Owh, buat masa ini saya ta berpeluang lagi untuk turun padang bermain futsal. Sekadar jadi pom pom girl dan menyemak di tepi court saja. Hoho. Kira nya sebagai pembakar semangat en.botak. = )

Thursday, February 10, 2011

makan time di Waroeng Penyet!



having first time chance ke sini. bukan first time baru na merasa makan ayam penyet neh, cuma sebelum neh ta berpeluang na snap gambar je everytime datang. so, Waroeng Penyet yg di kunjungi kali neh ialah di The Curve, Damansara.


Berikut, tatapan gambar yg sempat di shoot oleh saya.

antara deko yg ada




kerupuk


nasi + ayam penyet




yg menemani saya - Nana.


total bil

saya kurang gemar makan di sini mungkin kerana masakan Indonesia yg agak pedas. apa -apa pun, bagi yg suka mencuba ta salah rasa nya jika kamu ke sini. = )
tapi, ayam penyet dia mmg sedap!

Monday, February 7, 2011

Review Filem : Shaolin


berpeluang menonton muvee ini hasil ajakan dari teman sepejabat. ; )
muvee ini bagi pendapat peribadi saya, menonjolkan aspek perjuangan, kasih syg dan pembelotan. mampu juga menaekkan semangat patriotik.

scene yg paling menyentuh hati saya ialah di mana ketika anak Jeneral Hou mati kerana pendarahan dan luka yang teruk. ketika itu, sifat kebapaan beliau sgt terserlah.


dan jika di beri peluang, saya sanggup untuk melihat muvee ini sekali lagi!







tiket wayang itu.

Friday, February 4, 2011

Review Filem : The Green Hornet




Review saya pada kali ini, mengenai muvee The Green Hornet yg di lakonkan oleh Seth Rogen (Britt Reid) dan Jay Chou (Kato). Dan mcm biasa, haruslah ada heroin kan..so, heroinnya merupakan Cameron Diaz (Lenore) dan turut di bantu oleh Christopher Waltz (Chudnofsky).






Idea utama filem ini ialah berkenaan superhero. Jadi, sudah pastila sinonim dengan perkataan aksi. Bezanya filem ini lebih kepada komedi aksi.Mengisahkan tentang kebangkitan semangat seorg anak selepas kematian ayah tersayang. Britt tak punya wawasan dalam hidup, sering gagal dalam hidup dan di anggap loser - itu pun kerana dia sudah di besarkan dalam keadaan yg mewah. Sesudah kematian ayahnya, baru Britt sedar akan erti sebuah komitmen.





Britt menggunakan media sebagai batu loncatan untuk dia memperkenalkan The Green Hornet yg banyak di bantu oleh Kato - seorang mekanik yg bekerja dengan ayah Britt. Kato mampu menyediakan instrumen dan alat bagi membantu misi Britt yg mahu menjadi superhero di bandarnya sendiri. Akhirnya Britt di tentang oleh ketua gangster bandar Chudnofsky untuk berlawan bagi membuktikan kekuasaan. Kato di labelkan sebagai talibarut kerana menerima tawaran Chudnofsky untuk membunuh The Green Hornet, namun atas dasar setia kawan (plot ini sudah di jangka) yg akhirnya Kato berganding bahu dengan Britt untuk menumpaskan Chudnofsky.







Watak Lenore di lihat sebagai watak sampingan sahaja dan penampilan kali ini kurang menonjol berbanding watak lain. Cuma, yg dapat saya simpulkan di sini filem ini tidak berjaya membuat saya rasa "wow" apabila keluar sahaja dari panggung.