Thursday, February 10, 2011

makan time di Waroeng Penyet!



having first time chance ke sini. bukan first time baru na merasa makan ayam penyet neh, cuma sebelum neh ta berpeluang na snap gambar je everytime datang. so, Waroeng Penyet yg di kunjungi kali neh ialah di The Curve, Damansara.


Berikut, tatapan gambar yg sempat di shoot oleh saya.

antara deko yg ada




kerupuk


nasi + ayam penyet




yg menemani saya - Nana.


total bil

saya kurang gemar makan di sini mungkin kerana masakan Indonesia yg agak pedas. apa -apa pun, bagi yg suka mencuba ta salah rasa nya jika kamu ke sini. = )
tapi, ayam penyet dia mmg sedap!

Monday, February 7, 2011

Review Filem : Shaolin


berpeluang menonton muvee ini hasil ajakan dari teman sepejabat. ; )
muvee ini bagi pendapat peribadi saya, menonjolkan aspek perjuangan, kasih syg dan pembelotan. mampu juga menaekkan semangat patriotik.

scene yg paling menyentuh hati saya ialah di mana ketika anak Jeneral Hou mati kerana pendarahan dan luka yang teruk. ketika itu, sifat kebapaan beliau sgt terserlah.


dan jika di beri peluang, saya sanggup untuk melihat muvee ini sekali lagi!







tiket wayang itu.

Friday, February 4, 2011

Review Filem : The Green Hornet




Review saya pada kali ini, mengenai muvee The Green Hornet yg di lakonkan oleh Seth Rogen (Britt Reid) dan Jay Chou (Kato). Dan mcm biasa, haruslah ada heroin kan..so, heroinnya merupakan Cameron Diaz (Lenore) dan turut di bantu oleh Christopher Waltz (Chudnofsky).






Idea utama filem ini ialah berkenaan superhero. Jadi, sudah pastila sinonim dengan perkataan aksi. Bezanya filem ini lebih kepada komedi aksi.Mengisahkan tentang kebangkitan semangat seorg anak selepas kematian ayah tersayang. Britt tak punya wawasan dalam hidup, sering gagal dalam hidup dan di anggap loser - itu pun kerana dia sudah di besarkan dalam keadaan yg mewah. Sesudah kematian ayahnya, baru Britt sedar akan erti sebuah komitmen.





Britt menggunakan media sebagai batu loncatan untuk dia memperkenalkan The Green Hornet yg banyak di bantu oleh Kato - seorang mekanik yg bekerja dengan ayah Britt. Kato mampu menyediakan instrumen dan alat bagi membantu misi Britt yg mahu menjadi superhero di bandarnya sendiri. Akhirnya Britt di tentang oleh ketua gangster bandar Chudnofsky untuk berlawan bagi membuktikan kekuasaan. Kato di labelkan sebagai talibarut kerana menerima tawaran Chudnofsky untuk membunuh The Green Hornet, namun atas dasar setia kawan (plot ini sudah di jangka) yg akhirnya Kato berganding bahu dengan Britt untuk menumpaskan Chudnofsky.







Watak Lenore di lihat sebagai watak sampingan sahaja dan penampilan kali ini kurang menonjol berbanding watak lain. Cuma, yg dapat saya simpulkan di sini filem ini tidak berjaya membuat saya rasa "wow" apabila keluar sahaja dari panggung.

Sunday, January 30, 2011

i am Madridistas


Team kesukaan saya untuk sukan bola ialah Real Madrid. Haha. Kenapa saya suka Real Madrid?

Ini antara sebabnya:

1 - Fav player saya ialah Mesut Özil. Jejaka ini merupakan midfield untuk club Real Madrid. Saya sgt sukakan energy Özil sejak dia bermain dalam World Cup 2010 lagi. Untuk club neh, dia memakai jersi bernombor 23.






2 - skuad ini di terajui oleh Jose Mourinho dan mempunyai star player antaranya Cristiano Ronaldo (7), Gonzalo Higuan (20) dan bintang muda Angel Di Maria (22) yang posisi midfield dan Sergio Canales (16).


3 - Saya memang sukakan Özil.



Ini merupakan kasut dari Nike yg di buat sempena dengan pemain kesukaan saya ini. Wow! Exclusive with Ö trademark



dan ini juga merupakan barangan eksklusif dari Nike untuk big fan of Özil.


wah! PS3 pon ada - en.botak, hoho suda ada game ini kah?

ok. saya taw mesti ada yg komen kenapa saya banyak cakap hal Özil dari Real Madrid kan?
haha. Point utama, saya suka Real Madrid sbb Özil sahaja. Dan yang paling besh birthday Özil jatuh pada hari anniversary saya dengan en.botak. ; )

Saturday, January 29, 2011

Gong Xi Fat Cai 2011



Rabbit is the animal sign for this 2011.
Happy Chinese New Year for those who are celebrating this celebration.
Here, I post few picture that represent and must-have with the Chinese New Year celebration.






Friday, January 28, 2011

bila kesal menguasai diri

pernah ta korang rasa kesal yg amat sangat.
perasaan yang 'heret' korang atas tindak tanduk sendiri.
dan perasaan tu buat korang tanggung rasa bersalah yg amat sangat.
and hasil dari tindak tanduk tu, buat insan laen rasa kecewa.
buat insan laen rasa mcm sedih.
perasaan tu buat korg ta senang duduk.
perasaan tu buat korg at last sendiri jugak yg sedih.
dan even sudah minta maaf pon, still ta tenang.
dan korg buntu bagaimana cara untuk tebus rasa bersalah itu.
dan perasaan tu terus-terusan buat korg rasa korg yg paling teruk + don't deserve anyone pon.
oh.

realitinya perasaan itu la yg saya alami sekarang.


gambar sekadar hiasan.

Tuesday, January 25, 2011

fear of losing her







"..ibu.
engkaulah ratu hatiku.
bila ku berduka.
engkau hiburkan selalu.."








Owh. Saya ta mengerti kenapa hati saya sebak ketika menaip entri pada kali ini. Mungkin kerana ini ada kena mengena dengan kehidupan saya. Tadi, baru terima berita yang sedih tentang seorang rakan sepejabat yg mak nya baru meninggal. Tergejut sangat. Dan saya cuba bayangkan jika itu yang terjadi pada saya. (saya ta doakan dan saya sangat berharap itu tidak akan terjadi) Saya taw saya ta setabah itu. Kadangkala perkara kecil pon saya cepat ter'usik' -- tu sebab en botak gelarkan saya kememeh. Aduhai.

Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan ma. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sehat walafiat, gembira selalu dan di panjangkan umur. Saya sgt sygkan ma!



Monday, January 24, 2011

Review : Legend Water Chalet, Port Dickson



Ini merupakan entri pertama saya mengenai hotel. Review saya kali ini saya kategorikan kepada 4 perkara; lokasi, bilik penginapan, kemudahan dan khidmat pelanggan.



Lokasi:
Kalau dari KL, boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan dan jarak dalam 100km (sejam perjalanan memandu) untuk ke lokasi ini. Chalet ini terletak di pekan Lukut (lebih kurang 3.5km dari PD) Berdekatan dengan Glory Beach Resort. Di sebelah chalet ini, letaknya Legend International Water Home. Bagi saya, tidak sukar untuk mencari chalet ini kerana terdapat signboard untuk ke chalet ini banyak menolong saya. (Ye. Kereta saya tidak di lengkapi dengan GPS, maka kena cara arah dengan cara yang manual..haha)



Bilik penginapan:
Ok. Pertama kali jejak kaki ke sini, saya sangat teruja dengan suasana chalet ini. Bilik terbahagi kepada Premium Tower Seaview, Deluxe Water Chalet, Executive Water Chalet dan Premium Water Chalet. Saya memilih untuk menginap di Premium Tower Seaview. Bilik sangat cantik + cozy.. ada 2 katil dalam bilik. Di lengkapi dengan jakuzi dalam bilik. Memang sgt best. (maaf tiada gmbr jakuzi - ta sempat na shoot) Dekorasi bilik juga mmg menarik perhatian saya.










Kemudahan:
Hoho. Di sediakan kemudahan wifi di setiap bilik - speed 4Mbps ye! Jgn tanya mcm mana saya taw (da nama kerja dengan Streamyx kan..) Chalet ini juga turut ada kolam renang (yang saya kira semua hotel/chalet wajib ada kemudahan ini) dan 2 jakuzi yang terbuka (sejuk dan panas) untuk tujuan relaxation. Saya turut ternampak bilik karaoke yang berhampiran dengan kolam renang, cuma saya kurang pasti tentang harga di situ.





Khidmat Pelanggan:
Saya di sambut di kaunter check in dan check out dengan mesra. Cuma yang agak merimaskan saya ialah, ketika makan pagi di mana table sudah di tentukan. Mungkin kerana cafe agak kecil, maka terpaksa mencatu pengunjung chalet dengan menetapkan meja mana yg saya harus duduk setiap kali turun untuk makan pagi. Dan menu makanan juga tidak begitu membuatkan saya rasa lapar untuk makan.



Apa - apa pun, saya percaya ini mampu menarik perhatian anda ke sini. Review ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan sekadar mempelbagaikan pilihan kamu jika hendak bercuti ke Port Dickson. Yang penting, ini mampu release kan tension kerja saya. Yea.

Daripada 1 (terburuk) - 5 (terbaek), saya rate hotel ini dengan 4.

Saturday, January 22, 2011

buku ungu saya



Ini merupakan antara barang sentimental value saya. Isi nya sms dari en.botak yang saya salin dan simpan sejak dari tahun 2008 (tahun perkenalan saya dengan dia) Perasaan saya kerap bercampur tatkala saya baca isi kandungan buku ini. Suka duka kami. Dan saya kerap di tegur oleh beberapa insan ttg hobi pelik saya ini. haha. Tapi, saya langsung tak amek port kerana saya selesa dengan cara itu dan itu bagi saya cara tersendiri saya dalam mengabadikan kenangan peribadi.

Sunday, January 16, 2011

hadapi dengan senyuman


Saya rasa sangat sedih pada waktu ini. Perasaan syahdu yg bisa buat saya menitik air mata.
Benar. Tuhan saja tahu perasaan saya pada waktu ini.




Seandainya kau tahu
Perasaan ini
Barulah kau tahu
Apa yang ku rasa

Sekiranya dikau
Menjadi sepertiku
Bagaimanakah dikau
Menghadapinya

Mengapa mudahnya
Kau sakiti hatiku
Tanpa merasa
Belas dan kasihan
Sedangkan kau tahu
Daku menyintaimu
Lalu mengapakah
Kau sakiti hatiku

Bagaimana kiranya
Ku buat kau begitu
Tentu kau tak suka
Jangan kau ulangi... oh...

Dugaan apakah
Yang sedang melanda
Di antara kita di saat ini

Walau hati terhiris
Air mata menitis
Nemun tak pernahku
Dendam kepadamu


Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu

Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi