Friday, January 14, 2011

Review Filem : Faster


Sinopsis filem pilihan saya pada kali ini - Faster. Huhu. Saya memang belum pernah melihat trailer filem ini di panggung. Filem ini pon secara ta sengaja saya tonton atas pelawaan teman baik. Saya cuma berharap yang lakonan Dwayne Johnson (The Rock) kali ini lebih baik berbanding filem beliau sebelum ini. (Tooth Fairy dan The Game Plan)

Bukan apa, sebelum ini saya sudah beberapa kali menonton filem yang di lakonkan oleh The Rock tetapi, agak menghampakan saya. Yang turut menarik perhatian saya ialah Billy Bob Thornton (ex husband Angelina Jolie) ini kerana saya belum pernah menonton filem lakonan Billy.


Filem ini berkisar tentang kasih syg dan dendam. Driver (Dwayne) di penjarakan selama 10 tahun atas kesalahan bersubahat dalam rompakan bank. Setelah bebas keluar dari penjara, Driver membalas dendam kepada setiap yang menyebabkan kematian adiknya. Tetapi pada masa yg sama, Driver turut menjadi sasaran Killer. Killer di upah oleh seseorang untuk membunuh dan mengagalkan misi Driver.





Filem ini berkisar tentang kasih syg dan dendam. Driver (Dwayne) di penjarakan selama 10 tahun atas kesalahan bersubahat dalam rompakan bank. Setelah bebas keluar dari penjara, Driver membalas dendam kepada setiap yang menyebabkan kematian adiknya. Tetapi pada masa yg sama, Driver turut menjadi sasaran Killer. Killer di upah oleh seseorang untuk membunuh dan mengagalkan misi Driver.




Namun siapa sangka dalang di sebalik semua ini merupakan insan yang agak penting dalam filem ini. Apa-apa pun, filem ini berjaya merubah rasa kepercayaan saya kepada kebolehan The Rock. Dan filem ini mmg "keras" dengan aksi thriller nya sekeras nama The Rock.


tiket wayang itu

p/s - sgt teruja dengan skil pemanduan Driver!

Wednesday, January 12, 2011

The Tourist Review




Entri kali ini, tentang filem The Tourist. Gandingan hebat antara Angelina Jolie dan Johhny Depp. Kedua mereka ini merupakan hero dan heroin fav saya jadi, mana boleh saya lepaskan peluang menonton filem ini. Filem ini sebenarnya di tayangkan sudah lama, cuma saya ta berkesempatan untuk menontonnya. Dan macam biasa, en botak yang akan temankan saya untuk menonton wayang. ; )


Angie memegang watak sebagai Elise (agen Interpol yang undercover untuk mission menangkap Alexander Pearce sebelum ini) manakala En Depp pula sebagai Frank Tedole (guru matematik dari Amerika). Seluruh penggambaran filem ini di lakukan di Venice, Italy. Pada dasarnya filem ini mengenai jenayah money laundring. Setahu saya, filem ini ialah remake dari Anthony Zimmer yang sepatutnya di tontonkan di UK dan US pada tahun 2005.


Genre cinta tetap ada di selitkan dalam filem ini. Elise dalam filem ini bertindak untuk menyelamatkan identiti Alexander Pearce yang di kehendaki oleh pihak Interpol kerana mencuri 2 billion dollars daripada gangster Bristish. Makanya, dia menjadikan En Frank sebagai "kambing hitam" untuk misi ini. Tetapi, En Frank sudah jatuh cinta pada Elise. Malangnya En Frank tidak tahu identiti Elise yg sebenarnya.


Filem ini bagi saya, menggambarkan elemen kemewahan. Teruja apabila melihat suite di hotel Venice itu. ; ) Climax filem ini sudah dapat saya jangkakan (barangkali anda pon begitu) - akhirnya Elise akan ke En Frank juga. Bagi saya, filem ini begitu mendatar plotnya. Hurm.


Bagi peminat Angelina, pastinya mengharapkan aksi yang lebih dari filem ini, tetapi malangnya dia seolah 'hilang taring' pada kali ini. Secara peribadi, kedua mereka memang zero chemistry. Hurm. Dan sehingga ke penghujung cerita, saya masih belum nampak kelibat Alexander Pearce. Garapan kedua pelakon hebat ini lah yang membuatkan ramai ke panggung. Tetapi, filem ini ta se'gah' seperti aura kedua pelakon ini.


p/s - saya memang menyimpan angan mahu ke Venice (bandar romantik) dan saya mengenali Venice daripada game Lara Croft Tomb Raider. owh dan gondola itu sgt menarik untuk di naiki! ;)

Saturday, January 8, 2011

malaikat nyawa




bila aku tenung dia - dia senyum.
bila aku renung dia - dia gelak.
bila aku dodoikan dia - dia ketawa.

aku sentuh matanya - nampak cahaya ikhlas.
aku pegang tangannya - rasa genggaman kuat dia.
aku sentuh rambutnya - terasa saraf di kepala dia.

sumpah.
aku sayang dia dunia akhirat.








Monday, January 3, 2011

si Teddy brown


Kali ini, entri saya agak sentimental. Sentimental dari segi value nya dalam hidup saya. Patung beruang brown beriben coklat stripe. Saya gelarkan dia si "Teddy". Hadiah pemberian yg istimewa. Teddy la yg selalu menemani saya tatkala waktu lena sejak dari zaman universiti saya lagi. (kerana berjaya pas semester tanpa perlu repeat paper law yg memecahkan kepala itu)



Dan dari saat it, Teddy menjadi teman setia. Saya peluk, saya cium, saya luahkan perasaan pada dia. Saat saya sedih juga Teddy sudi temani. Meskipun Teddy hanya senyap, tapi saya faham Teddy mengerti. Teddy akan tetap temani saya tiap malam selagi saya berstatus bujang. = )




p/s - hey kamu ada sentimental value mcm saya? apa kata kita share cerita?

Sunday, January 2, 2011

hari cinta Anna & Shahrol




singgahsana si Raja dan Permaisuri.


Alhamdulillah. Syukur. Selesai sudah majlis perkahwinan teman se'team' - Siti Razilahana dan pasangan nya En Shahrol. Apa yang menarik, majlis ini di adakan pada waktu malam dan yg membuatkan ia lebih nampak istimewa ialah video "Tertusuk Cinta". Mmg a big clap la buat yg terlibat dalam pembikinan video tersebut. Sampai rasa ta mahu berpaling tempat laen sebab bimbang terlepas scene-scene yg besh. = )

Dan, en.botak tetap setia menemani saya ke wedding Anna meskipun dia penat kerana baru pulang dari kerja. Oh. Itu antara sebab mengapa saya chenta kan dia yg amat. Terima kasih, syg!

Saya sertakan beberapa keping foto untuk tatapan kita bersama. (Ada few of it en.botak yang capture kan sebab saya terlalu bizi untuk melayani teman yg laen). Untuk Anna & Shahrol, kami doakan yang baik-baik saja untuk anda berdua. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat dan di kurniakan cahayamata yg soleh dan solehah. Amin.



Saturday, January 1, 2011

Perfume and Personality


Ada pendapat yang mengatakan bau wangian seseorang berkait rapat dengan personaliti seseorang itu. Mungkin ada benarnya pernyataan ini. Jadi, entri saya kali ini lebih kepada bau wangian. Cuba kamu semak wangian yang di gunakan sekarang lebih menjurus kepada bauan apa. Mungkin itu mampu beri gambaran yg jelas tentang personaliti korang. = )

Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-

BUNGA-BUNGAAN :-
Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.

BUAH-BUAHAN :-
Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.

OCEANIC :-
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI :-
Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !

ORIENTAL :-
seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN :-
wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.


Berikut saya sertakan antara koleksi bau wangian saya. Pendek kata, hampir kesemuanya mempunyai ciri-ciri yg sama iaitu - bau yang menjurus kepada oriental. Hoho. Tapi saya ta berperasaan seksi + eksotik pon. = ) Macam mana pulak dengan wangian korang? Sama kah dengan saya? = )


Ralph
Ralph captures the energy, spirit and personality of today's young woman with a colorful, floral fragrance: sparkling green apple leaves, zesty orange mandarin, charismatic pink magnolia, seductive purple freesia and soft blue musk.

abaikan corak di luar botol perfume - ini perfume yg saya pakai pada 2008.

Emporio Armani Diamond
The fragrance is categorized as a gourmand floral, featuring top notes of lychee and raspberry; middle notes of rose, freesia and lily of the valley, and a base of vetiver, cedar wood, patchouli and vanilla.
ini merupakan hadiah dari enche botak pada 2009.

Fantasy by Britney Spears
It is a refined flowery fragrance with a blend of fruits, jasmine, and heliotrope with low notes of cedar vanilla and musk.

lantaran terlalu minat pada Britney,maka saya beli ini!

Burberry Brit Sheer
“designed to embody the youthful spirit of Burberry Brit and the individual, charismatic woman it was created for”.
The notes include yuzu, mandarin, pineapple leaves, lychee, grapes, peony, peach blossom, sweet pea, nashi pear, white musk and amyris wood.

perfume pilihan saya untuk tahun 2011.

Fireworks on 2011


Seingat saya, mmg ta penah na g celebrate new year dengan en.botak terchenta. So tahun 2011,en botak plan bawak p tgk bunga api. Pada mulanya memang plan na tgk bunga api kat Bukit Ampang, dapat gak tengok view bandaraya KL. Tapi, ada roadblock yang ta benarkan naik Bukit Ampang..mungkin ada insiden tahun lepas waktu tahun baru yang menyebabkan kali ini ta dapat sambut dan lihat percikan bunga api di Bukit Ampang.(alahai kempunan nye)


Mengambil kira dengan baki masa yang masih ada, en.botak dan saya terus ke The Curve untuk melihat bunga api. (Barangkali en.botak taw isi hati saya yang kempunan na tgk bunga api). Syukur sempat sampai sebelum detik 12 tgh mlm. Sempat la saya lihat bunga api (at least ta de la kempunan sgt na tengok bunga api tahun 2011) bersama en.botak. Di bawah ini, di sertakan beberapa keping gambar bunga api yang sempat di potrait kan oleh en.botak. ; )











bunga api di The Curve

p/s - happy new year - 2011 to all. May 2011 bring more fortune to us.



Friday, December 31, 2010

Bye 2010, Welcome 2011


Ari ni ari last untuk tahun 2010. So, da banyak suka duka yg di lalui untuk tahun 2010. And now, kena buka diari baru. Bila da masuk hujung tahun, pertanyaan lazim yg sinonim waktu macam neh ialah - azam. So, topik saya kali ni, apa azam korang untuk tahun 2011?

untuk pengetahuan korang, ni di sertakan senarai azam
tahun baru saya untuk 2011.

1. mau beli speedlight untuk Nikon tersayang.

2. mau tambah berat badan - 45 kg!
3. mau saving duit kawen. ehem ehem

4. mau perbaiki skill photography yang ta seberapa neh.

5. berdoa yang masih bersama dengan en botak lagi pada tahun 2011. = )
(sgt sygkan kamu!)


p/s - chaiyok! harus berusaha keras untuk realisasikan azam ini untuk tahun 2011. = )

Thursday, December 30, 2010

18th December 1984


what so special with this date?
off coz la special. sebab itu date saya di lahirkan.
dan saya semakin menginjak usia ke 30 an.
takot! rasa mcm baru semlm je saya tinggalkan alam persekolahan, zaman universiti.
masa tu cepat berlalu kan.

ok.
mls na bebel panjang-panjang lagi.
so, di bawah neh saya sertakan kejutan yang saya dpt dari en.botak terchenta.


tadaaa.. besh kan?

p/s - en.botak - awak buat saya menitis air mata taw bila dapat kezutan neh. syg kamu!

Pre Wed : Azrul & Umi





Hey. Da lama rasanya tak update blog neh. Bukan sebab bizi,tapi kadangkala kekurangan idea untuk entri baru. Jadi, entri kali ini agak spesel sket. Haha. Bukan apa, di beri peluang untuk shoot gambar pre wed rakan sepejabat. maka,ini boleh di jadikan folio untuk diri ini juga. *senyum lebar*

Jadi, ta mau lepaskan peluang yg susah na dapat neh. di sertakan, beberapa "teaser" untuk tatapan korg. ta de la sehebat mana,sebab saya masih lagi peringkat amatur. Lokasi kali ini di Bukit Tinggi, Pahang. Tempat ni jadi pilihan sebab kedua pasangan ini ta pernah lagi ke sini,bak kata org "sambil menyelam minum air" - sambil shoot gambar,dapat la juga diaorg makan angin. apa lagi,jom layan gambar-gambar pre wed kali ini.



Umi Azra & Azrul

Jadi, apa pandangan korg? Mau tengok yang laen lagi? Ops..maaf ye. Buat masa neh,ta dapat na tunaikan kerana menghormati permintaan mereka yg ta mau semua gambar di paparkan untuk tujuan umum. Selepas majlis mereka, saya cuba untuk publishkan gambar-gambar mereka yang laen pula. ; )